Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Sunday, March 18, 2012
76 Pekerja Asing Mangsa Dera Dihantar Ke KL
GEORGETOWN – Semua 42 wanita warga Vietnam dan 34 lelaki warga Nepal yang diselamatkan daripada terus menjadi mangsa dera di sini akan dihantar ke pusat perlindungan sementara di Kuala Lumpur.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng, berkata polis mendapatkan perintah mahkamah untuk memindahkan mereka dan buat sementara waktu,anggota polis diletakkan di dua lokasi iaitu di Jalan Tull dan Jalan Ismail Che Mat, di mana semua warga asing itu ditempatkan sejak 20 bulan lalu, bagi menjaga keselamatan mereka.”Siasatan awal mendapati ejen syarikat swasta terbabit mengingkari kontrak yang dipersetujui dengan bertindak memotong separuh daripada gaji warga asing itu dan menggunakan kekerasan fizikal terhadap mereka,” katanya ketika dihubungi.
Kes disiasat mengikut Seksyen 14 Akta Anti Pemerdagangan Manusia 2007 yang jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara makismum 15 tahun.
Lebih malang apabila semua mereka yang berumur 30 hingga 50 tahun terpaksa mengikat perut sejak 21 Februari lalu kerana tidak dapat bekerja berikutan visa yang sudah tamat tempoh.
Sementara itu, Penolong Pengarah (I) Jabatan Imigresen Negeri, Mustaffa Kamal Hanaffi, berkata pihaknya sedang menjejaki ejen syarikat swasta terbabit dengan lokasi terakhir operasi mereka di Bayan Lepas
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment