Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Friday, March 23, 2012

Nyaris Maut Terpotong Tangan Dengan Gergaji

Nyaris Maut Selepas Terpotong Tangan Dengan Gergaji


London – Seorang lelaki, Stuart Frain, 50, nyaris maut selepas dia secara tidak sengaja terpotong tangannya ketika menggunakan gergaji untuk memotong kayu di rumahnya.

Namun pengalamannya sebagai bekas bomba berjaya menyelamatkannya nyawanya.

Ketika kejadian, Frain, yang dalam keadaan terkejut sempat mengutip semula tangannya dan membawa ia ke seberang jalan dalam keadaan berlumuran darah.

Selepas menyeberangi terusan, dia berjaya meminta bantuan daripada seorang penunggang motosikal dan dua lelaki yang berjalan bersama anjing mereka.

Mereka kemudiannya membantu Frain menyekat darah yang mengalir tu.

Dia dibawa ke hospital oleh ambulans dan tangannya berjaya disambung semula.

Menceritakan kejadian itu, bapa kepada empat anak itu berkata, dia masih dapat mengingati bagaimana serpihan tulang tangan terkena mukanya sebaik sahaja tangannya terpotong.

Dia yang pernah mendapat latihan kecemasan berkata, selepas tangannya terpotong, dia menyedari adalah lebih penting untuk menyekat aliran darah terlebih dahulu sebelum meminta bantuan.
“Darah mengalir dengan banyak dan ia umpama cerita dalam filem seram. Hanya bahagian kulit sahaja yang ada,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Pippa, 48 berkata, suaminya seorang yang tenang dan keadaan itu membantu menyelamatkan nyawanya.

Frain kini semakin pulih dan mampu menggerakkan semula jarinya biarpun ia tidak akan kembali pulih sepenuhnya.

No comments:

Post a Comment