Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Friday, March 23, 2012
Ganja: Isteri pengsan dengar suami dihukum gantung sampai mati
JOHOR BAHRU 22 Mac – Seorang wanita pengsan apabila Mahkamah Tinggi di sini hari ini menjatuhkan hukuman gantung sampai mati ke atas suaminya kerana mengedar ganja seberat 500 gram, tiga tahun lalu.
Suasana mahkamah yang sunyi ketika itu turut bertukar pilu apabila tertuduh, Abd. Rahim M. Ali, 39, yang merupakan bekas posmen memeluk dan mencium anak-anaknya yang tidak henti-henti menangis.
Dia dijatuhi hukuman itu setelah didapati bersalah mengedar dadah tersebut di sebuah rumah di Jalan Impian 2/18, Taman Impian Jaya, Seelong, Kulaijaya kira-kira pukul 8 malam, 10 Januari 2009.
Abd. Rahim didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.
Pesuruhjaya Kehakiman, M. Gunalan memutuskan demikian selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment