Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Tuesday, March 20, 2012

Lelaki Ini Asyik Ketawa Sejak Menjalani Pembedahan Dua Tahun Lalu!

Kes Parah...Lelaki Ini Asyik Ketawa Sejak Menjalani Pembedahan Dua Tahun Lalu!


Seorang lelaki warga Belanda menjalani pembedahan di bahagian pinggulnya dua tahun lalu.

Entah di mana silapnya, sejak daripada pembedahan itu, Huug Bosse asyik ketawa, ketawa dan ketawa!

Walaupun isterinya sampai naik menyampah dengan keadaan tersebut, Bosse ternyata tidak dapat berbuat apa-apa…malah ketika isterinya marah pun, dia hanya mampu terdiam sebentar sebelum kembali ketawa.

Pakar perubatan sehingga kini masih ‘kebingungan’ dengan keadaan tersebut tetapi mereka percaya ia mungkin akibat ubat bius yang diberikan kepadanya semasa menjalani pembedahan pada tahun 2010 itu.

Namun ada satu keadaan di mana Bosse akan berhenti ketawa, bukan itu saja, dia juga akan menitiskan airmata….iaitu ketika lagu kebangsaan negara itu berkumandang.




Sehingga keluarganya pernah bercadang untuk memasang lagu itu setiap kali mereka hendak berbincang dengannya bila berhadapan dengan satu-satu masalah.

Isteri Bosse berkata, sebelum pembedahan itu, suaminya tidak pernah berhadapan dengan masalah tersebut.

Tabiat suka ketawa Bosse, kata isterinya, membuatkan anak perempuan mereka sudah jarang datang ke rumah untuk menziarahinya.

Nak tahu apa reaksi Bosse ketika ditanya mengenai kelakuannya yang suka ketawa itu?

” Ketawa itu kan normal,” kata Bosse sebelum kembali ketawa. Aduhhhhhhh

No comments:

Post a Comment