Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Friday, March 23, 2012
Tulisa Contostavlos Akui Ketulenan Klip Seksnya
LONDON: Juri program realiti X Factor, Tulisa Contostavlos, semalam memohon maaf kepada peminatnya dan mengaku klip video seks yang tersebar di Internet beberapa hari lalu adalah dirinya.
Penyanyi kumpulan N-Dubz berusia 23 tahun itu berkata, rakaman “detik intim” itu dibuat bersama bekas kekasihnya, Justin Edwards.
Kata Tulisa, deejay dikenal sebagai MC Ultra itu “mengkhianati” dirinya kerana memuat naik rakaman berkenaan di Internet.
“Saya benar-benar kecewa,” katanya. Menurut Tulisa, apabila seseorang sanggup berkongsi “detik intim” bersama pasangan yang dicintai dan dipercayai, mereka tidak pernah bimbang rakaman itu akan dikongsi dengan orang lain.
Rakaman itu menggunakan kamera telefon berkualiti tinggi memaparkan Tulisa melakukan aksi seks lebih enam minit. Sebuah firma Internet mengenakan caj 3.90 pound (RM19) untuk sesiapa yang ingin memuat turun rakaman berkenaan, tetapi perkhidmatan laman sesawang itu didapati digantung beberapa jam kemudian.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment