Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Friday, March 23, 2012
KISAH BENAR | Tolonglah Tangkap Anak Saya!
CHEMOR: Tidak tahan perangai buruk anak lelakinya yang gemar mencuri saban hari, seorang lelaki warga emas merayu anggota Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (Rela) menangkap anaknya itu yang dipercayai penagih dadah.
Lelaki berkenaan yang tinggal di kampung Ulu Kuang di sini, berang selepas anak lelakinya berusia 30 tahun sering mencuri barang berharga di rumah untuk dijual bagi membeli dadah.
Difahamkan, anaknya baru selesai menjalani hukuman di Penjara Sungai Petani, Kedah, lapan bulan lalu sebelum pulang ke kampung.
Ketua Operasi Rela Ulu Kuang, Hamdan Ishak berkata, bapa suspek yang berniaga makanan kecil-kecilan di hadapan rumah, pelik apabila mendapati barang perniagaannya termasuk perkakas rumah kerap hilang sejak lebih sebulan lalu.
“Dia mendapat tahu ia didalangi anak lelakinya sendiri lalu menghalau anaknya itu dari rumah.
“Bagaimanapun, anaknya enggan sebaliknya membina satu bilik kecil di sebelah rumah bapanya untuk tinggal,” katanya.
Menurutnya, sikap anaknya yang tidak mahu berubah dan masih melakukan jenayah menyebabkan si bapa meminta bantuan Rela supaya memberkas anaknya.
“Kami pergi ke rumah mangsa jam 6 petang semalam (kelmarin), tetapi suspek sempat melarikan diri ke dalam kebun berhampiran,” katanya.
Menurutnya, Rela yang membantu polis, serius dalam usaha membendung kegiatan penagihan dadah di kawasan itu kerana turut berkait dengan jenayah curi dan pecah rumah.
“Ramai penduduk mengeluh rumah mereka dipecah masuk manakala hasil tanaman dicuri penagih dadah di kalangan penghuni kampung dan orang luar.
“Setakat ini, Rela melakukan beberapa operasi dan memberkas lebih 40 penagih dadah yang berkeliaran di ladang kelapa sawit berhampiran,” katanya.
Dalam operasi terbaru jam 5 petang kelmarin, lapan penagih dadah yang sedang mengambil dadah dalam kebun kelapa sawit diberkas dan diserahkan kepada polis.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment