Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Sunday, March 18, 2012

Anak Rozita Che Wan Lari Dari Rumah?

Anak Rozita Che Wan Lari Dari Rumah?


KUALA LUMPUR -  Kehilangan Aniq Ezra yang merupakan anak lelaki kepada selebriti jelita tanahair, Rozita Che Wan, menggemparkan sekejap laman sosial Twitter semalam namun berjaya reda apabila dia dikatakan telah ‘dijumpai’ semula hari ini.

Berita kehilangan Aniq yang dikatakan baru bersekolah di tingkatan dua itu tersebut tersebar secara meluas di kalangan pengguna laman Twitter semalam dan dikatakan khabar tersebut bermula dari beberapa kenalan pelakon tersebut.

Kebimbangan jelas dilihat di kalangan para peminat artis jelita itu apabila ada di antara mereka yang menawarkan diri untuk mencari Aniq dan berpesan agar menyerahkan anak lelaki Rozita ke balai polis berhampiran sekiranya ditemui.


“Rozita Che Wan is looking for her son, Aniq Ezra. Please this news if anybody sees him anywhere. Form 2 very small and wearing light blue,” kata ReenaMuhamad yang dipercayai mengenali artis itu secara peribadi.
“Anak aku missing please tolong carikan…dont worry rozita che wan i will find him,” kata al pancho selamba.
“Aniq Ezra (Rozita Che Wan‘s son) is missing. If you see him anywhere, please bring him to the nearest police station. Please,” rayu natasha afifi pula.
Bagaimanapun, seorang pemilik akaun Twitter hari ini telah memaklumkan bahawa Aniq sebenarnya tidak hilang sebagaimana yang didakwa dan telah pulang ke rumah hari ini.
Menurut ceritanya, Aniq merajuk terhadap ibunya dan dipercayai tanpa pengetahuan Rozita, anaknya itu telah melarikan diri ke rumah rakannya.

Anak Rozita Che Wan Lari Dari Rumah?

No comments:

Post a Comment