Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, April 4, 2012

Penoreh Getah Rogol Anak Dihadap Ke Mahkamah

Penoreh Getah Rogol Anak


KUALA PILAH – Seorang penoreh getah dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol anak kandungnya sendiri yang berusia 13 tahun pada hujung bulan lalu.

Lelaki berumur 35 tahun itu yang memakai baju lokap berwarna ungu mengangguk tanda faham dan mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Azura Alwi.

Bapa kepada enam anak itu didakwa melakukan sumbang mahram di sebuah rumah di Batu 4, Kampung Keru, Air Salak, Tampin dekat sini pada pukul 5.45 pagi, 28 Mac lalu.

Dakwaan terhadapnya dikemukakan oleh Pegawai Pendakwa, Inspektor S. Elangoran mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan.

Mahkamah membenarkan permohonan pendakwaan agar tiada ikat jamin dibenarkan ke atas lelaki itu memandangkan mangsa duduk serumah dengan tertuduh.

Kes itu akan disebut semula pada 15 Mei ini bagi memberi peluang kepada tertuduh melantik peguam bela.

No comments:

Post a Comment