Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Monday, April 23, 2012
[PANAS] Skandal Artis & RM1.4 Juta: Shafie Ancam SAMAN, Zuraida Sedia DISAMAN
Menteri pembangunan luar bandar, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengancam untuk mengambil tindakan kepada pihak yang terus mengaitkan dirinya dengan dakwaan bahawa beliau membayar wang sehingga RM1.5 juta kepada pelakon wanita terkenal Zahida Rafik.
"Saya bersedia mengambil tindakan undang-undang terhadap sesiapa sahaja yang terus memfitnah saya dan mengaitkan saya dengan perkara ini," katanya.
Beliau turut menafikan dakwaan berkenaan yang timbul ekoran penyebaran satu laporan polis bertarikh 13 Mac oleh MP Ampang, Zuraida Kamarudin.
"Dengan ini saya ingin menyatakan bahawa semua yang tertera di dalam laporan polis berkenaan adalah tidak benar sama sekali.
"Kenyataan iringan oleh individu yang menyebarluas salinan laporan polis berkenaan adalah berniat jahat dan berunsur politik semata-mata," kata menteri berkenaan dalam satu kenyataan di laman Twitter hari ini.
Zuraida mendakwa laporan polis itu didakwa dibuat oleh seorang lelaki bernama Noor Azman Azemi, 38, pada 13 Mac di balai polis Ampang selepas artis itu dikatakan mendakwa bahawa lelaki tersebut melarikan diri dengan wang sebanyak RM200,000.
Saudara lelaki itu dikatakan memberikan salinan itu kepada anggota parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang kemudiannya mendedahkan kandungannya kepada pemberita di lobi Parlimen dan mempersoalkan sumber dana menteri itu.
Pelakon berkenaan, Zahida yang tampil menafikan dakwaan itu Jumaat lalu berkata peguamnya juga sedang meneliti kes berkenaan.
Berkaitan:
Zuraida Sedia Disaman
[TVS] SHAH ALAM : MP Ampang Zuraida Kamaruddin sedia untuk disaman berhubung kenyataannya yang mengaitkan seorang pelakon wanita dengan menteri kabinet yang dibuat minggu lepas.
“Kita bersedia dengan segala tindakan yang akan diambil. Kalau dia nak saman maka kita bersedia,” kata Zuraida ketika dihubungi TVSelangor di sini hari ini.
Zuraida yang juga Ketua Wanita PKR berkata demikian bagi mengulas reaksi pelakon, Zahida Rafik, yang menafikan dakwaan yang beliau terlibat di dalam hubungan dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar, Datuk Seri Shafie Apdal.
Zahida di dalam kenyataan yang dimuatnaik ke dalam laman web sosial twitter, menafikan dakwaan itu dan menyerahkannya kepada peguamnya untuk tindakan selanjutnya.
Menurut Zuraida, pendedahan perkara itu dibuat atas dasar ingin membantu pemandu peribadi Zahida yang dipercayai menjadi mangsa di dalam kes tersebut.
Katanya, pihaknya juga mahu menteri yang dikaitkan dengan kes itu untuk memberi penjelasan.
“Kita buat pendedahan ini atas dasar membantu pemandu pribadinya mendapat pembelaan sewajarnya. Ia adalah berdasarkan segala dokumen dan bukti yang dimilik.”
Zuraida berkata, beliau telah menjangka bahawa Zahida akan menafikan perkara itu.
Di dalam sidang media pada Apr 18 Zuraida mendedahkan satu laporan polis yang kononnya dibuat oleh bekas pemandu peribadi Zahida, Mohd Azuan Abdullah.
Di dalam laporan itu, Mohd Azuan mendakwa Zahida mengkhianatinya dengan membuat laporan palsu kononnya dia telah melarikan wang sejumlah RM200,000.
Mohd Azuan mendakwa Shafie telah mengarahnya supaya menjadi pemandu peribadi kepada Zahida dan menjadi perantara antara pelakon itu dan Shafie.
Beliau menyatakan telah berkhidmat selama tiga tahun dan meletak jawatan pada 29 Februari lalu kerana tidak tahan dengan tekanan tinggi akibat jawatan itu.
Zahida menafikan dakwaan Mohd Azuan apabila menulis di dalam laman Twitternya, pada 19 dan 20 April lalu.
Beliau menulis:
“Wow!!! Besnya if tis story is tru!! Kesian my x driver tu, sanggup buat cite palsu semata2 utk buat duit!! May allah bless him!
(Wow, besnya kalau cerita ini benar. Saya berasa kesian pada bekas pemandu saya itu kerana sanggup buat cerita palsu semata-mata untuk buat duit. Moga Allah Merahmatinya!)
Zahida berkata beliau tidak berdiam diri dan sudah melantik peguam untuk menyelesaikan isu ini.
P/s: Saman sahajalah Shafie. Nafi sahaja tidak cukup. Semua orang boleh menafikan sesuatu. Tidak semua boleh menyaman kerana sesuatu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment