Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Thursday, April 26, 2012

Lagi Kes Remaja Perempuan Dibunuh Sebelum Dibakar



Gua Musang - Kejam. Itulah luahan marah berulang kali seorang ibu apabila mengetahui anak gadisnya yang hilang sejak 3 April lalu ditemui mati dengan rangka tulang bersepah dalam kawasan belukar berhampiran ladang sawit di tepi jalan ke Kampung Limau Kasturi, dekat sini, petang kelmarin.

Che Esah Yusoff, 60, tinggal di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh, sebelum itu pengsan sebaik mengetahui mayat anaknya ditemui dan terpaksa dia dikejarkan ke Hospital Gua Musang (HGM) untuk menerima rawatan.

Rangka tulang bersama tengkorak dipercayai Nor Ain Shafnie (gambar), 16, ditemui dalam kawasan belukar tersebut tidak jauh dari rumahnya itu oleh seorang pekerja kontrak mengangkut buah sawit kira-kira jam 6 petang.

Nor Ain dilaporkan keluar dari rumahnya di RKT Kesedar Jeram Tekoh itu jam 9 pagi sebelum didapati hilang kerana tidak pulang ke rumah bersama motosikal yang ditungganginya sehingga lewat malam pada hari sama.

Akhbar ini pernah menyiarkan berita mengenai kehilangan Nor Ain itu pada 12 April lalu ia itu seminggu selepas dibuat laporan di Ibu Pejabat Daerah (IPD) Gua Musang dan melancarkan gerakan mencarinya.

Turut menemui berhampiran rangka tulang itu sebuah motosikal yang dibakar, seutas jam tangan dan dompet berisi kad pengenalan mangsa bersama seluar jeans yang sudah ditanggalkan.

Che Esah ketika ditemui sebaik pulang dari HGM berkata, dia amat terkejut dan kesal dengan kejadian yang amat memilukan itu serta mahu pihak berkuasa mengesan penjenayah terbabit untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Orang macam itu tak patut hidup lebih lama dan hukum dia sepadan dengan perbuatan yang dilakukan itu hingga saya kehilangan seorang anak gadis tersayang,” katanya yang juga ibu tunggal.

Beliau berkata, sejak hari kehilangan lagi dia merasa tidak sedap hati kerana kebiasaan anaknya pulang walaupun lewat malam hingga terpaksa mengerah penduduk dan anggota Rela melancarkan gerakan mencarinya.

Katanya, sebagai seorang ibu tidak pernah berdiam diri untuk mengesan anak bongsu daripada 10 adik beradik itu dengan menemui beberapa bomoh sama ada bomoh tempatan atau luar daerah.

“Saya tidak pernah berputus asa untuk mencari anak saya itu dengan mengunjungi ke semua rumah rakan-rakan dia dan waris terdekat, namun gagal ditemui dan tidak sangka akhirnya menemui rangka tulang.

“Setahu saya dia tidak ada musuh hanya malas sekolah sahaja apabila mengambil keputusan untuk belajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Asap hanya setakat tingkatan dua,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman ketika mengesahkan penemuan rangka tulang seorang manusia itu berkata, rangka tulang itu dipercayai gadis yang dilaporkan hilang dari rumahnya di RKT Jeram Tekoh.

Beliau mengesyaki rangka tulang yang ditemui itu dipercayai mangsa bunuh dan ditinggal di dalam kawasan belukar tersebut bersama sebuah motosikal sebelum ditemui seorang lelaki pekerja ladang sawit berkenaan.

Katanya, serentak itu, pihaknya menahan lapan orang termasuk enam lelaki dan dua wanita untuk membantu siasatan dan hasil ujian air kencing mendapati lima daripada mereka positif dadah.





Gambar: Beberapa penduduk kampung melihat lokasi rangka Nor Ain ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh, Gua Musang kelmarin.

GUA MUSANG – Misteri kehilangan seorang remaja tomboi sejak 21 hari lalu terungkai apabila rangka gadis itu ditemui di ladang kelapa sawit di Jeram Tekoh di sini kelmarin bersama motosikal miliknya yang hangus.

Rangka Nor Ain Shafnie Mohd. Azizi, 16, yang hilang sejak 3 April lalu ditemui seorang pemandu lori membawa kelapa sawit pada pukul 6 petang beserta dompet, kad pengenalan dan sebuah motosikal.

Polis mengesyaki Nor Ain turut dibakar bersama motosikal miliknya.

Ekoran penemuan itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, enam lelaki dan dua wanita berusia 17 hingga 30 tahun ditahan semalam bagi membantu siasatan.

“Enam yang ditahan merupakan individu yang mengenali mangsa dan bersama mangsa sebelum mangsa hilang. Lima daripada mereka termasuk seorang suspek wanita positif dadah,” kata beliau ketika dihubungi di sini semalam.

Menurut beliau, Nor Ain dilaporkan tidak pulang ke rumah di Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Jeram Tekoh di sini selepas keluar pada pukul 9 pagi, 3 April lalu dengan menunggang motosikal Kriss bernombor pendaftaran AEK 4943.

Ekoran itu, keluarganya membuat laporan polis mengenai kehilangan Nor Ain yang merupakan anak bongsu daripada sepuluh adik-beradik.





No comments:

Post a Comment