DUBAI – Lelaki berusia 65 tahun yang dikatakan paling produktif di dunia kini menikmati bulan madu dengan isteri barunya seoang gadis dari Baluchi berusia 19 tahun.
Bapa super Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Daad Murad baru-baru ini mengahwini Nadia dari Turbat di Pakistan.
Lelaki itu mendedahkan beliau mengadakan hubungan seks dengan isteri remajanya enam kali sehari dari pagi hingga malam.
Daad Murad yang kudung sebalah kaki menarik perhatian antarabangsa apabila cerita mengenainya disiarkan dalam muka surat depan majalah Emirates Today.
Bercakap kepada laman web majalah itu, Daad berkata pengiraan zuriatnya kini menghampiri sasaran 100 orang anak. Bayi perempuan yang baru dilahirkan dalam keluarga itu hanya berusia sembilan bulan dan anak ke-94 dijangka lahir pada November atau Disember tahun ini.
Daad berharap menjelang tahun depan beliau akan mempunyai 100 anak, satu rekod dunia dan beliau akan berhenti berkahwin dan menghasilkan zuriat.
“Kiraan bermula dengan anak ke-93. Seramai 15 anak saya sudah berkahwin dan mempunyai anak. Jumlah keseluruhan keluarga adalah 140 orang,” katanya.
Pemandu trak yang sudah bersara yang menjadi tentera tidak mengingati kesemua anaknya yang terbaru dan berjanji akan kembali dengan maklumat betul.
“Saya menikmati kehidupan rumah tangga dengan dua lagi gadis dari Baluchi. Seorang sudah berusia 50 tahun, kini sibuk membesarkan empat anak.
“Majida, seorang daripada isteri dari Baluchistan, kini menikmati limpahan kasih sayang saya. Pada usia 25 tahun, beliau juga bagus tetapi saya menghabiskan kebanyakan masa dengan Nadia serakangkerana beliau muda dan kami baru berkahwin serta tiada anak yang mengganggu. Beliau gembira dan saya mengurangkan masa melawat dua lagi isteri saya,” katanya.
Bercerita mengenai rahsia kekuatannya, Daad berkata beliau hanya mengambil campuran madu dengan daging burung puyuh kering.
“Saya tidak percaya dengan pengambilan bahan tambahan untuk seks seperti Viagra dan syukur kepada Tuhan, kerana mempunyai tenaga untuk memuaskan semua isteri saya,” katanya
No comments:
Post a Comment