Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Monday, April 23, 2012

Skandal Scorpene: Najib dan Zahid dalam Senarai Saksi Mahkamah Perancis, Berkemungkinan Ditahan Jika Enggan Hadiri Inkuiri




Menteri pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berdepan dengan kemungkinan ditahan di Eropah, seperti yang dialami bekas presiden Chile Augusto Pinochet, sekiranya enggan menghadiri inkuiri di Perancis berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

Seorang peguam terkemuka dalam negara berkata, sekiranya prosiding mahkamah Perancis itu tidak memihak kepada pegawai Malaysia, pendakwaan mungkin dibuat ke atas perdana menteri atau menteri pertahanan.

Seperti juga permohonan oleh kerajaan Sepanyol kepada Britain untuk menangkap Pinoche, kerajaan Perancis boleh memohon kepada anggota Kesatuan Eropah untuk menahan pegawai Malaysia yang didakwa itu, sekiranya mereka memasuki negara Eropah.

Pinochet ditahan pada 1998 di hospital London Bridge atas waran Interpol – yang mendakwa beliau melakukan kekejaman ke atas warga Sepanyol.

Khamis lalu, Paris Tribunal Grande Instance menerima senarai saksi yang dicadangkan Suaram dalam kes ke atas syarikat pertahanan Perancis, DCNS atas dakwaan membayar komisyen haram ke atas pegawai Malaysia dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Antara saksi yang disenaraikan Suaram ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan juga Ahmad Zahid.

Persoalan yang timbul kini adalah sama ada mahkamah Perancis berkuasa untuk memerintahkan pegawai Malaysia untuk hadir ke prosiding mahkamah di Paris.


P/s: Doa!

Berkaitan:

Najib enggan jawab isu Scorpene



[MK] Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak enggan mengulas apabila ditanya mengenai kes di mahkamah Perancis berhubung dakwaan bayaran kepada pegawai tinggi Malaysia berhubung pembelian kapal selam Scorpene.

"Saya tak mahu komen... Saya tak perlu komen, terima kasih," katanya ketika ditanya hari ini dalam sidang media di Universiti Sains Malaysia di Pulau Pinang hari ini.


Najib ditanya sama ada beliau akan memberi keterangan di mahkamah Perancis memandangkan namanya dikemukakan sebagai saksi oleh Suaram ke mahkamah itu.

Suaram mengemukakan namanya memandangkan beliau merupakan menteri pertahanan yang terlibat dalam perolehan kapal selam tersebut.

Sidang media ringkas itu, tidak sampai selama sepuluh minit, juga segera ditamatkan.

No comments:

Post a Comment