Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Wednesday, April 4, 2012
Kelindan Lori Cabul Anak Jiran Dijel, Sebat
PETALING JAYA – Seorang kelindan lori dihukum penjara 12 bulan dan sebatan sekali oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini selepas mengaku bersalah atas tuduhan mencabul kehormatan anak jirannya yang berusia empat tahun pada awal bulan lalu.
Harun Latif, 36, yang berasal dari Pulau Langkawi, Kedah didakwa melakukan perbuatan itu di rumah mangsa di Kampung Melayu Subang di sini pada pukul 3 petang, 4 Mac lalu.
Dakwaan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripada hukuman itu.
Pengadu dalam kes ini adalah seorang pegawai perubatan dari Hospital Sungai Buloh, Norazura Mohamad Rashidi, 28, yang menjalankan pemeriksaan terhadap mangsa.
Terdahulu, Harun yang tidak diwakili peguam bela memohon supaya hukuman ke atasnya diringankan kerana dia begitu menyesal dengan perbuatan itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Siti Aishah Ab. Rashid di hadapan Majistret Nor Afidah Idris.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment