Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Monday, March 19, 2012

Warga Bangladesh Sonsang sering ajak anak tonton video lucah dan seks oral




KUALA LUMPUR: Seorang warga Bangladesh yang menyewa sebuah bilik dalam sebuah rumah yang turut disewa seorang janda dan anak lelakinya berusia tujuh tahun sanggup membuat onar dengan mengajak anak mangsa menonton video lucah sebelum melakukan seks oral.

Dalam kejadian di sebuah rumah teres di Jalan Brunei, di sini, kanak-kanak berkenaan diperlakukan sedemikian sejak beberapa bulan lalu sama ada ditinggalkan bersendirian di rumah ketika mangsa keluar bekerja mahupun ketika wanita itu berada di rumah

Menceritakan kembali kejadian itu, ibu mangsa yang mahu dikenali sebagai Mariam, 33, berkata dia menyewa rumah berkenaan sejak awal tahun lalu, manakala dua lelaki warga Bangladesh berkenaan menyewa sebuah bilik lain sejak hujung tahun lalu.

Menurutnya, dua lelaki itu sering mengajak anak lelakinya makan bersama dan kadang-kala akan mengajaknya lepak bersama mereka di dalam bilik.

“Saya tidak pernah sangsi dengan kelakuan mereka sehingga kelmarin apabila seorang daripada mereka dengan tiba-tiba mengajak anak saya masuk ke dalam biliknya.

“Akibat risau dengan keselamatan anak, saya bertindak membuka pintu bilik lelaki itu dan terkejut melihat anak sedang menonton video lucah pada telefon bimbit bersama lelaki berkenaan dan berang dengan tindakan itu, saya memarahinya sebelum menarik anak saya masuk ke dalam bilik kami,” katanya.

Beliau berkata, lelaki itu pula terus tidur dan berkelakuan seperti tidak melakukan apa-apa dan selepas disoal, anaknya mengaku sering diajak menonton video lucah bersama.

“Tidak cukup dengan itu, selepas terangsang menonton video lucah, lelaki itu akan memaksa anak saya untuk melakukan seks oral

“Apabila saya menyoal tindakannya itu, lelaki terbabit mengugut saya kembali dengan menyatakan mempunyai ramai kenalan yang bertugas sebagai polis malah tidak takut jika membuat laporan polis terhadapnya,” katanya.

Akibat risau dengan keselamatan mereka berdua, ibu mangsa bertindak membuat laporan di Balai Polis Jalan Dang Wangi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

No comments:

Post a Comment