Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Sunday, March 18, 2012
Video CCTV Menunjukkan Bagaimana Rafizi Hamdan Dilanggar
KUALA LUMPUR 18 Mac – Seorang ahli Kelab Basikal LeTua, maut selepas dirempuh sebuah kereta ketika sedang berbasikal di Jalan Lingkaran Tengah II, dekat susur Taman Melawati di sini pagi ini.
Mangsa, Rafizi Hamdan, 37, yang juga rakan penaja kelab basikal yang pernah menyertai Le Tour de Langkawi sebelum ini meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Menurut rakan mangsa yang juga ahli kelab tersebut, Sazali Sulaiman, 45, ketika kemalangan pada pukul 7.50 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pegawai bank dalam perjalanan ke Batu 12, Gombak untuk bersama mereka.
“Ketika melalui lokasi kemalangan, sebuah kereta dipercayai jenis Proton Saga yang dipandu laju telah merempuh mangsa yang sedang mengayuh basikal.
“Rafizi yang telah berumah tangga dan mempunyai dua cahaya mata mengalami kecederaan teruk di kepala dan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya ketika di temui Utusan Malaysia di sini hari ini. - UTUSAN
*kereta yg melanggar mangsa melarikan diri tetapi no plat kereta itu tertanggal di tempat kejadian semasa melanggar mangsa
No Pendaftaran Kereta: WCK 2290
Model: Proton Saga 1.5
Warna: Kelabu
Pemilik: Yahya Arif
Alamat: Lot 333, Batu 7 1/2, Ulu Kelang, Ampang, Selangor
Pelumba basikal Le Tour, Rafizi Hamdan meninggal dunia akibat kemalangan dilanggar lari oleh sebuah kereta Proton Saga nombor pendaftaran WCK 2290
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment