Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Thursday, March 1, 2012
Ulasan Che Det Bahawa Hudud CIPTAAN Ahli Fekah, TIADA dalam Al-Quran, TIDAK Adil...Apa Lagi? Saksikan Video dan Baca Transkripnya
Berdasarkan keterangan klip video, Tun Dr. Mahathir mengulas tentang pelaksanaan hukum hudud yang ditanyakan oleh seorang peserta Konvensyen Kebangsaan Politik dan Patriotisme (K2P) di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pada 26 Februari 2012 yang lalu.
Selain paparan video di bawah ini, saya juga menyalin semula transkrip ulasan beliau untuk bacaan pengunjung DCM.
"Kita harus tahu apa dia hukum ini. Yang pertama hukum hudud ini dibentuk oleh ahli fekah. Ia tidak terdapat dalam al Quran. Dalam Quran ada hukum-hukum yang tidak begitu keras seperti hukum hudud ciptaan ahli-ahli fekah. Sebab itu, apabila kita nak laksana sesuatu kita perlu rujuk kepada al Quran kerana itu lah punca kepada asas kepada agama kita.
Kalau kita baca al Quran dalam bahasa yang kita faham, kalau kita baca dalam bahasa arab mungkin kita tidak faham, walaupun bunyinya sedap tapi kita tak faham, dalam bahasa kita sendiri kalau kita rajin baca dalam Quran, terdapat sekurang-kurangnya 43 ayat yang menegaskan apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Dalam Islam, yang lebih utama ialah bukan hukuman itu, bukan saksi yang empat itu. tapi hukuman yang adil.
Kita hidup dalam masyarakat yang berbilang agama, ada pendapat yang disuarakan oleh pihak yang mahu melaksanakan hukum hudud di Malaysia. mereka berkata bahawa hukum hudud ini akan dikenakan kepada orang Islam sahaja. Orang bukan Islam tidak dikenakan hukum hudud. Apa akan terjadi apabila seorang orang Islam dan seorang bukan Islam melakukan satu jenayah, mencuri umpamanya. apabila kita hukum mereka, yang Islam kita potong tangan, yang bukan Islam kita masuk dalam jail selama dua bulan. Kalau kita tanya kepada diri kita apakah ini adil? Adilkah orang Islam putus tangan, orang bukan Islam masuk jail dua bulan lepas tu keluar bebas. Adilkah? Kalau jawapannya tidak adil, dia bukan Islam. Dalam Islam hukuman mesti adil.
Kalau kita dapati kes rogol umpamanya. Sebenarnya dalam surah an Nisa tak ada hukuman yang disebutkan apa yang dipanggil hukum hudud. Apabila seorang wanita dirogol, dia kenal betul-betul siapa yang merogolnya, tetapi dia tidak dapat menyediakan empat orang saksi yang bebas daripada dosa besar untuk memberitahu kepada mahkamah bahawa dia dirogol oleh si polan si polan. Oleh kerana dia tidak mempunyai empat orang saksi, apabila dia membuat tuduhan maka tuduhan ini dianggap sebagai ciptaannya sendiri dan untuk ini dia akan didera dengan dihukum sebat sebanyak 80 kali.
Kemudian kalau dia hamil, dan melahirkan anak, maka dia akan dituduh pula berzina dan seterusnya hukuman bagi orang yang berzina, ini tiada dalam quran, tetapi ahli fekah kata hukuman bagi orang berzina ini ialah rejam dengan batu sampai mati. Adilkah mangsa rogol dibunuh, perogol dilepas semata-mata kerana tiada empat orang saksi? Ini semua ditambah tokok kepada agama kita.
Sebab itu, kita sanggup membelakangkan ajaran Quran dan mengutamakan hukum yang amat berat ini kerana kita berpendapat kalau hukuman itu berat maka kita Islam. Tak benar. Dalam Quran, sila baca Quran dalam bahasa yang kita boleh faham, kita akan dapati beberapa kali disebut apabila kamu hukum, hukumlah dengan adil. Yang pertama ialah adil, bukan soal saksi, bukan soal hukum hukuman yang berat tetapi keadilan. Sebab itu, mereka yang membuat cadangan melaksanakan hukuman hudud mereka sebenarnya bukan bercakap tentang hukum Islam tetapi mereka bercakap tentang hukuman yang mereka cipta sendiri.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment