Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Monday, March 19, 2012

Tauke Dadah Paling Cantik & Seksi Ditangkap Semula






The Sunday Telegraph melaporkan penjenayah pelarian Simone Farrow yang didakwa tauke rangkaian dadah antarabangsa telah ditangkap di Australia.

Model bikini dan Penthouse telah ditahan di sebuah hotel murah di Lebuh Raya Gold Coast minggu lalu, sebulan selepas dia diikat jamin A$150,000 (RM485  040).

Farrow memberitahu  pemberita pada hari Sabtu bahawa dia melarikan diri kerana seseorang cuba untuk membunuhnya.

Warga Australia berusia 37 tahun, yang juga dikenali Starr, dijangka muncul di mahkamah minggu ini. Farrow dituduh mengedar methylamphetamine atau dikenal sebagai ais yang dibungkus bersama-sama dengan garam mandi dan produk lain ke Australia.

Pihak polis percaya bahawa Farrow adalah individu di balik sindiket dadah terancang yang terdiri daripada sekurang-kurangnya tujuh orang. Polis Persekutuan Australia disiasat Farrow selepas pihak Kastam mengesan tujuh pakej kurier yang mengandungi ais atau bahan kimia yang digunakan sebagai ejen pemotongan untuk dadah pada tahun 2009.

Setelah menyusun maklumat daripada rekod telefon, bank dan pos, polis menahan Farrow pada Oktober 2009, sejurus tiba di Australia  dari Hawaii.

Penyiasat juga menyerbu apartmen Farrow di Hollywood dan merampas 85g ais dan dokumen yang berkaitan dengan penghantaran dadah. Farrow membayar ikat jamin tetapi dia gagal hadir di dua sesi mahkamah pada bulan lepas

No comments:

Post a Comment