Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Thursday, March 1, 2012
Tampal mulut bayi: JKM buat laporan polis
JOHOR BAHRU — Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor hari ini membuat laporan polis terhadap dua bekas pengasuh di sebuah Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) di Taman Kota Masai di sini yang didakwa menampal pita pelekat pada mulut dan melilit kain bedung pada bayi jagaan mereka serta menyebarkan gambar tersebut di Internet Disember tahun lepas.
Laporan dibuat oleh Pegawai JKM, Mohd. Faizal Abu Bakar tengah hari tadi di Balai Polis Sentral dengan diiringi Pengarah JKM Johor, Khatijah Abdullah dan Timbalannya, Bazlan Ismail.
Bercakap kepada pemberita kemudiannya, Khatijah berkata, laporan terhadap wanita berumur 20 dan 22 tahun itu dibuat bagi tindakan lanjut polis, memandangkan perbuatan seumpama itu boleh menyebabkan gangguan emosi terhadap kanak-kanak.
"JKM membuat laporan mengikut Seksyen 29 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 kerana pengasuh terbabit mencederakan kanak-kanak dari segi fizikal dan emosi dan tidak memaklumkannya kepada JKM. Mana-mana pihak yang tidak mematuhi Seksyen berkenaan boleh didenda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya.
Berikutan itu, polis telah memanggil dua bekas pengasuh yang sudah diberhentikan dari Taska berkenaan sejak Januari lepas untuk direkodkan keterangan mereka.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment