Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Sunday, March 18, 2012

Perut Membesar Sebesar Tempayan

 

SEORANG wanita dari Indonesia, Suryati, 32 tahun menghidap penyakit yang dikenali sebagai Cyst-ovarium dan sedang dirawat di bilik bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang.

Wanita malang ini memerlukan bantuan dari segi kewangan yang perlu digunakan untuk memenuhi keperluan kos pembedahan dan ubat-ubatan.

Suami wanita itu yang bekerja sebagai penoreh getah hanya mempunyaipendapatan purata kurang daripada Rp 100 ribu.

"Saya pasrah kepada Allah SWT, mudah-mudahan ada masyarakat yang peduli dengan keadaan isteri dan keluarga saya ini," kata suami wanita itu, Ari Isnandar kepada akhbar Tribun.

Selama lima tahun menderita penyakit cyst-ovarium tersebut, Ari mengaku sudah berusaha sedaya upaya agar sakit isterinya boleh akan disembuhkan termasuk merujuk kepada sebuah hospital yang dikenali sebagai RSUD Soedarso Pontianak.Kos yang diperlukan untuk pembedahan bagi membuang ketumbuhan itumencecah Rp 50 juta, sehingga dirinya mengaku tidak sanggup. Saat ini kerana penyakit itu, perut Suryati telah membengkak sebesar tempayan.

Bagi sesiapa yang berniat untuk membantu keluarga Suryati boleh menghungi suaminya di nombor Hp 082159972748. Atau datang terus ke bilik bersalin kelas IIIa RSUD Ade M Djoen Sintang, Indonesia.

No comments:

Post a Comment