Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Friday, March 16, 2012
Penyanyi Dangdut Lebih Selesa Tidak Sebumbung Dengan Suami
KUALA LUMPUR – Artis dangdut, Aishah Dahlan atau lebih dikenali sebagai Shikin, lebih selesa untuk tidak tinggal sebumbung dengan suaminya ekoran hubungan yang ‘retak menanti belah’ kerana tiada kesefahaman lagi antara mereka.
Shikin menjelaskan bahawa dia dan suami, Ahmad Zuki Mohd Zain, 36, tidak lagi tinggal serumah sejak lebih setahun dan masih kekal suami isteri demi mengenang cahaya mata mereka, Qistina Balqis yang berusia tujuh tahun.
“Keputusan untuk tidak lagi tinggal bersama dibuat secara bersama dan buat masa ini kami selesa begini kerana ia memberi ruang kepada diri masing-masing.
“Saya dan Zull tidak berniat untuk bercerai buat masa ini tetapi saya tidak dapat menjangkakan jika jodoh saya masih panjang dengannya atau tidak pada masa hadapan. Tetapi kami masing-masing selesa dengan keadaan sekarang iaitu untuk tidak tinggal serumah,” katanya kepada Mstar di sini hari ini.
Bagaimanapun, Shikin yang sering sibuk mendapat undangan membuat persembahan di majlis-majlis korporat dan tertutup selain aktif kembali menyanyi di sebuah kelab malam di sini enggan menjelaskan lebih lanjut mengenai kemelut antara dirinya dan suami.
Selain itu, penyanyi dangdut itu juga memberitahu bahawa dia dan suami sepakat untuk tidak memfailkan penceraian serta ‘malas’ untuk berulang-alik ke mahkamah syariah atas tujuan tersebut.
Pada Shikin, mungkin sudah tiada jodoh antara mereka namun lebih suka memilih untuk menyerahkan kepada takdir Allah sekiranya ada jalan untuk memulihkan hubungan antara mereka berdua.
Shikin dan Ahmad Zuki diijabkabulkan pada 27 September 2003 dan masalah berkaitan rumahtangga mereka mula tercetus sejak tahun lalu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment