Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Monday, April 2, 2012

Wanita dikasari dan mengalami gangguan seksual di balai polis





Seorang ahli perniagaan yang merupakan ibu kepada empat orang anak, membuat laporan polis mendakwa dia dikasari dan mengalami gangguan seksual ketika disoalsiasat di balai polis Sri Petaling pada pagi 24 Mac.

Bercakap dalam bahasa Mandarin, wanita tersebut Lim Hui Hui berkata, anggota polis wanita yang bertugas di balai Sri Petaling memintanya kencing ke dalam botol untuk ujian air kencing, tetapi tangannya digari ke belakang.

"Apabila saya tanya bagaimana saya boleh buka seluar untuk melakukannya, dia memicit payudara saya dan berkata mesti buat."

Lim juga menunjukkan gambar-gambar tanda bengkak yang dialaminya di bahagian bahu kanan, pinggul, paha, kiri betis dan luka di pergelangan tangannya semasa digari.

Dalam sidang akhbar yang dihadiri oleh Ahli Parlimen DAP Seputeh Teresa Kok dan peguam wanita itu Eric Tan Pok Shyong pagi ini, Lim berkata dia telah membuat laporan polis Khamis lalu (29 Mac).

Katanya,dia sedang memandu ke cawangan Maybank di Kuchai Park, Kuala Lumpur, pada awal pagi 24 Mac untuk menyimpan wang tunai apabila dia ternampak sebuah kereta di belakangnya, memancarkan lampu ke arahnya.

Kerana bimbangkan keselamatan dirinya, Lim memandu pulang ke
apartmennya di Kondo Taman Dinasti di Seputeh.

Pada masa tu,dia ternampak pancaran lampu biru kereta di belakang kereta yang mengejarnya.

Selepas pasti yang ia adalah polis, Lim berhenti dan membenarkan anggota polis, yang mahu memeriksa kereta itu, untuk berbuat demikian.

Dan atas permintaan polis, kata Lim, dia mengikuti mereka ke balai Petaling di Jalan Klang Lama.


p/s: kesian..tapi yang malangnya, dia dikasari anggota polis, malah turut membuat laporan susulan di balai polis jugak..polis nie suma sama ja..kaki rasuah.gila seks. memang bukan semua, tapi kebanyakkan.

No comments:

Post a Comment