Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Monday, April 2, 2012

Setiap Penganut Agama Kristian Adalah Anak Tuhan

Di dalam aqidah agama Kristian Yesus Kristus merupakan anak tunggal Tuhan yang diturunkan ke dunia untuk menebus dosa manusia yang diwarisi daripada Adam. Dosa manusia yang diwarisi tersebut tidak akan terhapus sekiranya anak tunggal Tuhan tidak mati di kayu salib. Antara ayat-ayat yang biasanya mereka gunakan untuk menguatkan dakwaan mereka bahawa Yesus Kristus itu adalah anak Tuhan ialah,




Kepercayaan aqidah agama Kristian bahawa Yesus adalah anak Tuhan merupakan satu kepercayaan yang bercanggah dengan ajaran Yesus (Nabi Isa) dan Bible itu sendiri.Gambar Hiasan

“Lalu terdengarlah suara dari syurga yang mengatakan, inilah anak yang ku kasihi kepadanyalah aku berkenaan”
(Matius Fasal 3: Ayat 17)


Walaupun kepercayaan ini saling bertentangan dengan ayat-ayat lain di dalam Bible akan tetapi semua penganut agama Kristian percaya bulat-bulat kepada paderi-paderi mereka. Dengan kata lain mereka lebih mempercayai paderi mereka berbanding Bible yang mereka anggap sebagai kalam Tuhan. Di dalam ayat lain di dalam Bible, Yesus Kristus tidak pernah mengaku sebagai anak Tuhan apa lagi sebagai Tuhan. Sebaliknya semua pengakuan yang di catat di dalam bible ialah dirinya hanyalah utusan Tuhan. Benarlah apa yang difirman oleh Allah SWT di dalam al-Quran yang bermaksud:

”Mereka menjadikan Pendeta-pendeta dan Ahli-ahli Agama mereka sebagai Pendidik selain dari Allah.”
(Surah At-Taubah: Ayat 31)

Inilah yang berlaku ke atas agama Kristian masa kini. Mereka lebih mempercayai paderi-paderi mereka berbanding Bible itu sendiri yang mereka anggap sebagai kalam Tuhan. 

“Maka Yesus mengambil seorang anak kecil dan menempatkannya di tengah-tengah mereka. Kemudian ia memeluk anak itu dan berkata kepada mereka, “barangsiapa menyambut seorang anak seperti ini dalam namaku, ia menyambut aku dan barangsiapa menyambut aku, bukan aku yang disambutnya tetapi yang mengutus aku.”
(Markus Fasal 9: Ayat 36-37)

“Tetapi ia berkata kepada mereka:“Juga di kota-kota lain aku harus memberitahukan Injil kerajaan Allah, sebab itulah aku diutus.”
(Lukas Fasal 4: Ayat 43)

Sebenarnya di dalam Bible telah menyebut semua penganut agama Kristian adalah anak Tuhan. Oleh itu pengakuan yang dibuat Bible ini secara lansung menafikan Yesus Kristus itu adalah anak Tuhan. Sekiranya hanya Yesus Kristus anak Tuhan kenapa tertulis di dalam Bible semua penganut agama Kristian adalah anak Tuhan. Kepincangan dan percanggahan ini sebenarnya membuktikan ajaran dan fahaman Yesus Kristus anak Tuhan adalah salah sesat.

Kefahaman yang didoktrinkan semua penganut agama Kristian adalah anak Tuhan merupakan satu kefahaman yang di ajarkan oleh Paulus@Saulus berdasarkan ajaran Yahudi bahawa mereka merupakan bangsa pilihan Tuhan. Mari kita lihat apa kata Bible terhadap dakwaan ini adakah hanya Yesus Kristus seorang sahaja anak Tuhan atau semua penganut agama Kristian juga adalah anak Tuhan.

“Maka anak-anak Allah melihat, bahawa anak-anak perempuan manusia itu cantik-cantik, lalu mereka mengambil isteri dari antara perempuan-perempuan itu, siapa saja yang disukai mereka.”
( Kejadian Fasal 6: Ayat 2)

Daripada ayat ini, anak Tuhan itu bukan hanya Yesus seorang tetapi ramai. Dan yang paling tidak masuk akal apabila anak-anak Allah ini boleh terpikat dan berkahwin dengan anak-anak perempuan manusia. Dan hasil daripada perkahwinan tersebut telah melahirkan satu generasi raksasa di muka bumi.

“Lihatlah, betapa besarnya kasih sayang dikaruniakan bapa kepada kita, sehingga kita disebut anak-anak Allah dan memang kita adalah anak-anak Allah.”
(Surat Yohanes Yang Pertama Fasal 3: Ayat 1)

“Kerana kamu percaya kepada Kristus Yesus, maka kamu menjadi anak-anak Allah dan bersatu dengan Kristus Yesus.”
(Galatia Fasal 3: Ayat 26)

“Supaya kita boleh menjadi anak-anak Allah.”
(Surat Paulus kepada Jemaat Di Galatia Fasal 4: Ayat 5)

Malahan Paulus@Saulus sendiri mengakui bahawa setiap penganut agama Kristian adalah anak Tuhan. Sedangkan sebelum ini beliau yang membawa doktrin Yesus itu adalah anak Tuhan. Tidakkah pengakuan ini bercanggah antara satu sama lain. Sudah pasti bercanggah dan bila berlaku percanggahan ianya menunjukkan salah dan tidak pasti mana yang benar. 

Di dalam Islam, Yesus Kristus (Nabi Isa a.s) adalah seorang nabi dan rasul. Islam tidak mengangkat tarafnya sehingga ke darjat sebagai Tuhan mahupun sebagai anak Tuhan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

“Dan (ingatlah) ketika Isa putera Maryam berkata: “Wahai Bani Israil! Sesungguhnya aku utusan Allah kepadamu, yang membenarkan kitab (yang turun) sebelumku, yaitu Taurat dan memberi khabar gembira dengan seorang rasul yang akan datang setelahku, yang namanya Ahmad (Muhammad).” Namun ketika rasul itu datang kepeda mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata, “ini adalah sihir yang nyata.”
( Surah As-Saff: Ayat 6)

No comments:

Post a Comment