IPOH: Sepasang kekasih yang leka melakukan maksiat berhampiran kubur lama terkejut apabila disergah sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Perak (Jaip).
Dalam kejadian jam 1.50 pagi semalam, pasangan berusia 20-an itu dikesan berpelukan di kawasan gelap di jirat Cina berhampiran Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, di sini.
Bagaimanapun, aksi terlampau itu terbantut apabila beberapa anggota Jaip yang berpakaian biasa menghampiri pasangan itu sebelum diarah beredar.
Tindakan sama turut diambil terhadap sepasang kekasih yang dikesan melakukan maksiat di dalam sebuah Perodua Myvi yang diletakkan di tepi padang berkenaan.
Pasangan berusia awal 20-an itu didapati bercumbu sebelum cermin gelap kereta berkenaan disuluh pegawai penguat kuasa Jaip.
Ketika disoal, pasangan itu memberi alasan sengaja mengambil angin malam di taman selain mendakwa hanya sekadar kawan biasa.
Malah, teman lelaki pasangan itu memberi alasan mahu menghantar gadis terbabit pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
Pasangan itu diberi amaran lisan sebelum diarah meninggalkan taman rekreasi itu yang menjadi tumpuan puluhan pasangan remaja Melayu bermadu kasih.
P/s: Kalau sudah kemaruk berahi, hilang rasa takut. Silap-silap ada yang berahi ehem-ehem di sebelah kubur.
No comments:
Post a Comment