Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Tuesday, April 10, 2012
Lelaki Ditahan Kerana Potong dan Cuba Jual Kemaluan Lelaki Lain
Kemaluan mangsa.
Seorang lelaki berusia 24 tahun ditahan selepas cuba menjual kemaluan seorang lelaki berusia 45 tahun yang baru dipotong.
Polis di Lakeshore, di daerah Salima, Malawi berkata, mereka menerima panggilan tentang seorang lelaki yang terlantar berlumuran darah dan tidak sedarkan diri bersebelahan dengan landasan kereta api hujung minggu lalu.
Ketika lelaki itu dimasukkan ke hospital, doktor terkejut apabila mendapat tahu bahawa kemaluannya sudah hilang, lapor media tempatan.
Ketua Polis Salima, Foster Mangani berkata, polis dihubungi supaya ke sebuah motel apabila pemiliknya melaporkan seorang tetamu cuba menjual kemaluan kepadanya dengan harga AS$360 (RM1,080).
“Kami segera bergegas ke motel berkenaan dan menahan suspek. Kami turut menemukan organ sulit itu,” katanya kepada akhbar Nyasa Times.
Polis mendedahkan identiti suspek sebagai Samuel Banda. Gambarnya disiarkan akhbar bersama-sama dengan kemaluan yang dibungkus dengan kertas putih.
Samuel Banda
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment