Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Wednesday, April 11, 2012
Gempa kuat, tsunami menuju pantai Aceh
BANDA ACEH - Pusat Amaran Tsunami Pasifik (PTWC) mengesahkan gempa bumi kuat di utara Aceh petang tadi telah mencetuskan tsunami dan gelombang tsunami sudah mula bergerak ke arah pantai Aceh tetapi impaknya masih belum jelas.
Sehubungan itu, agensi tersebut telah menasihatkan pihak berkuasa negara-negara di rantau Lautan Hindi supaya mengambil tindakan sewajarnya.
Kawasan Aceh seringkali dilanda gempa bumi. Gegaran paling buruk, yang berlaku pada Disember 2004, telah meragut 170,000 nyawa di Aceh.
Seorang pegawai dipetik Reuters berkata, dua jam selepas gempa bumi pada ukuran 8.7 melanda barat laut Aceh, tsunami 17 sentimeter (6.7 inci) sudah mula dikesan dan sedang menuju ke arah pantai Aceh. Ukuran awal yang dimaklumkan kepada media adalah 8.9.
"Gempa bumi pada skala ini ada potensi untuk menjana tsunami yang boleh membawa kerosakan teruk, menyebabkan kemusnahan di kawasan-kawasan pantai di rantau Lautan Hindi," kata PTWC.
PTWC mengeluarkan amaran tsunami kepada 28 negara kesemuanya - Indonesia, India, Sri Lanka, Australia, Myanmar, Thailand, Maldives, Britain, Malaysia, Mauritius, Syechelles, Pakistan, Somalia, Oman, Madagascar, Iran, UAE, Yemen, Bangladesh, Tanzania, Mozambique, Kenya, Afrika Selatan dan Singapura.
Gegaran susulan pada ukuran 6.5 juga dirasai tetapi Presiden Indonesia berkata tiada laporan kerosakan atau kematian di Aceh setakat ini.
Malah menurut beliau, tiada bahaya tsunami ekoran gempa bumi hari ini.
Pegawai-pegawai Thailand juga mengeluarkan amaran berpindah di kawasan-kawasan tumpuan pelancong di Phuket dan Phangnga serta di beberapa wilayah di sepanjang pantai.
Pihak berkuasa India juga meletakkan amaran di peringkat merah bagi kepulauan Andaman dan Nicobar, dan amaran peringkat rendah di Andhra Pradesh dan Tamil Nadu. Ia antara kawasan dilanda tsunami pada Disember 2004.
Malaysia dan Sri Lanka juga telah meminta penduduknya agar mengelak kawasan pantai.
Penduduk di Aceh memberitahu gegaran dirasai untuk tempoh yang lama.
"Ia bermula dengan gegaran kecil dan kemudian menjadi kuat," demikian menurut seorang korespoden AFP. Gegaran dirasai kira-kira lima minit.
Gempa bumi 8.7 hari ini tercetus di kawasan yang sama tragedi 26 Disember 2004. Gempa bumi lapan tahun lalu dianggarkan berukuran 9.1.
Laporan Bernama menyebut, Aceh digegarkan gempa bumi sekuat 8.9 pada skala Richter dengan gegaran berpusat di 364 km ke barat daya daerah Simeulue menyebabkan pihak berkuasa mengeluarkan amaran tsunami kepada penduduk di kawasan pantai di beberapa provinsi di sekitarnya.
Gempa tektonik yang berlaku pada pukul 3.38 petang waktu tempatan itu serta gempa susulan 8.5 SR beberapa saat kemudian, dipercayai berpotensi menyebabkan tsunami di lima provinsi iaitu Aceh, Sumatera Utara, Sumatera Barat, Bengkulu
dan Lampung.
Pusat gempa itu ialah pada kedalaman 10 km di bawah permukaan laut.
Ketua Bidang Pelayanan Data dan Maklumat Badan Meteorologi Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia Wilayah I Medan, Hendra Suwarta berkata gempa bumi itu berlangsung selama 15 saat.
Belum ada laporan mengenai korban jiwa atau kerosakan harta benda.
Pemantauan pihak berkuasa mendapati gegaran dirasakan oleh penduduk di hampir semua wilayah Aceh serta beberapa daerah lain di luar provinsi itu termasuk Mandailing Natal dan Tapanuli Tengah di provinsi Sumatera Utara.
Berita Berkaitan: Gempa Bumi: Arahan berpindah di enam wilayah di Thailand
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment