Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Saturday, April 28, 2012

MARSHA AF KECEWA DENGAN BIDANG NYANYIAN




Pelakon dan penyanyi Marsha Milan Londoh berasa kecewa kerana bidang nyanyian yang paling diminatinya itu kurang menyerlahkan bakat beliau berbanding karier lakonannya.

Marsha berkata, sejak keluar daripada program realiti yang disertainya iaitu Akademi Fantasia musim ketiga (AF3), banyak tawaran berlakon yang diterimanya berbanding karier nyanyian.

"Sebenarnya saya sudah putus asa dan seperti tiada harapan lagi untuk saya meneruskan karier di bidang nyanyian walaupun pada mulanya muzik adalah keutamaan.

"Pada tahun lalu, album pertama saya yang berjudul “Yang Pertama” kurang mendapat sambutan. Dan memandangkan saya sering menerima tawaran berlakon, saya ambil peluang itu sebagai mengisi masa kosong," katanya.

Tambah Marsha yang baru sahaja selesai berlakon filem Dr. K Kahwin Lima terbitan KRU Studios, buat masa ini dia akan meneruskan karier lakonannya dan akan menyanyi berdasarkan tawaran yang diberi oleh penerbit drama atau filem untuk membawakan lagu runut bunyi 

No comments:

Post a Comment