Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Friday, April 27, 2012

Esok Dunia Menjadi Saksi - Petanda Kepada Tumbangnya Rejim UMNO BN Di Malaysia



SHAH ALAM - Bersih 3.0 mahu meneruskan rancangan mahu berhimpun di Dataran Merdeka dan beberapa lokasi yang telah diputuskan, esok meskipun polis telah memperoleh perintah menghalang mereka daripada berkumpul di kawasan bersejarah itu.

"Kami akan meneruskan sebagaimana telah dirancang. Kami tidak akan melanggar halangan. Kami akan bermula pada jam 2 petang dan bermula dengan Negaraku," kata Bersih 3.0 dalam satu kenyataan dikeluarkan menerusi Twitter.

Mesej Twitter itu dikeluarkan serentak dengan sidang media yang diadakan hari ini.

Satu lagi mesej menyebut, "@bersih2: Perintah mahkamah: Permit #Bersih tidak diluluskan oleh DBKL tetapi #Bersih akan diteruskan."

Polis dapat perintah mahkamah, Dataran ditutup 4 hari

Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah melarang BERSIH 3.0 daripada kawasan Dataran Merdeka, Kuala Lumpur esok sehingga 1 Mei, kata BERSIH.

Menurut notis yang dikeluarkan petang semalam, larangan tersebut termasuk jalan-jalan yang menuju ke situ.

Sementara itu, awal pagi ini Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menutup Dataran Merdeka di mana BERSIH mahu mengadakan protes duduk esok.

BERSIH - gabungan menuntut pilihan raya bebas dan adil - berkeras untuk mengadakan protes duduk, bagi menuntut reformasi sistem pilihan raya, dengan menegas bahawa pindaan kepada Akta Kesalahan Pilihan Raya baru-baru ini sudah cukup menjadi alasan bagi mewajarkan perhimpunan itu diadakan.
 -mk


Nasib Bersih 3.0 sama seperti sebelumnya

PETALING JAYA: Bersih 3.0 menghadapi masalah sama seperti dua siri sebelumnya. Lokasi pilihan Bersih 3.0, Dataran Merdeka tidak dibenarkan oleh pihak berkuasa iaitu Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Kenyataan awal Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa Bersih 3.0 tidak mengancam keselamatan kini bertukar menjadi sindiran dan dipandang sinis.

Polis telah mendapat perintah mahkamah menghalang penganjur dan orang ramai berkumpul di Dataran Merdeka.

Perintah mahkamah bermakna pihak keselamatan boleh bertindak menahan mana-mana individu yang melanggar arahan tersebut.

Bersih 3.0 dengan kempen duduk dan bantah yang mulanya kelihatan mudah dan lancar tiba-tiba menjadi sebaliknya.

Hujah yang digunakan untuk menggagalkan Bersih 3.0 ialah faktor lokasi. Pihak berkuasa berhujah Dataran Merdeka tidak sesuai kerana ia untuk acara nasional sahaja.

Alasan sebegini merupakan ulangan kepada dua siri Bersih sebelum ini iaitu menghantar memorandum ke Istana Negara.

`Tindakan tidak ikhlas’

Walaupun pada mulanya kerajaan mencadangkan tempat lain tetapi penganjur pula menolak atas alasan Dataran Merdeka yang terbaik.

Meskipun Hishammuddin tidak mengiytiharkan Bersih 3.0 haram tetapi tindakan mahkamah itu sekaligus `mengharamkan’ perhimpunan menuntut pilihanraya bebas dan adil.

Pemuda PKR menganggap keputusan polis mendapat perintah mahkamah itu sebagai perancangan kerajaan dari awal lagi untuk menggagalkan Bersih 3.0.

“Mencerminkan tindakan yang tidak ikhlas…jika tidak mahu berkompromi perlulah dibuat dari awal supaya tidak membuang masa turun naik berunding.

“Menteri (Hishammudin) takut sokongan rakyat…” kata Timbalan Ketua Penerangan, Rozan Azen Mat Rasip.

Bagaimanapun, kira-kira 10,000 ahli muda PKR akan tetap turun ke enam lokasi yang telah ditetapkan 
-FMT


Datuk Bandar KL jangan angkuh- AMK

KUALA LUMPUR 26 April: Datuk Bandar Kuala Lumpur, Tan Sri Ahmad Fuad Ismail diingatkan tidak bersikap angkuh dengan cuba menghalang himpunan Bersih 3.0, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Ia berikutan kenyataan Ahmad Fuad untuk mengambil tindakan keras sekiranya Bersih meneruskan hasrat mereka berhimpun di Dataran Merdeka, Sabtu ini.

“AMK menggesa agar Datuk Bandar tidak bersikap angkuh dengan siri-siri kenyataan yang hanya menunjukkan kegusaran mereka untuk berhadapan dengan ketidakpuasan hati rakyat,” katanya.

“Kenyataan Datuk Bandar ini jelas bersifat ‘mala-fide’, dalam keadaan beliau bersikap selektif dalam menentukan apa jenis program yang boleh dianjurkan di Dataran Merdeka.

Malah katanya, kenyataan Ahmad Fuad untuk menawarkan lokasi lain juga menimbulkan persoalan.

“Apa bezanya jika Dataran Merdeka menjadi lokasi? Mengapa perlu perubahan lokasi dicadangkan di saat-saat terakhir? Apakah mereka khuatir jika Dataran Merdeka menjadi saksi gelombang kuning kebangkitan rakyat menolak penyelewengan sistem pilihanraya Malaysia?,” Soal Shamsul.

Terdahulu sebelum ini, Ahmad Fuad menolak permohonan Bersih menggunakan Dataran Merdeka atas alasan ia bukan program bersifat nasional dan berteraskan politik.

Namun, Shamsul berkata, pada 27 Jun 2009, Dataran Merdeka menjadi medan pelancaran logo 1Malaysia, yang jelas merupakan kempen politik oleh Umno-Barisan.

Jika dibandingkan dengan Bersih, katanya, motif himpunan itu adalah lebih jelas untuk memperjuangkan sistem pilihanraya yang adil dan telus di negara ini.

“Solidariti telah ditunjukkan oleh rakyat Malaysia di luar negara, malahan masyarakat antarabangsa seantero dunia turut bersama-sama menyatakan sokongan mereka ke atas Bersih 3.0,” katanya

No comments:

Post a Comment