Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Saturday, April 28, 2012

Linda Jasmine Selamat Lahirkan Anak Perempuan, Tengku Cleopatra Haidar



Linda Jasmine sengaja memilih tarikh 26 haribulan kerana anaknya yang sebelum ini turut lahir pada 26 haribulan. Apa yang penting, Tengku Cleopatra Haidar sekarang berada di dalam keadaan sihat walafiat. Kata Linda Jasmine:-
Alhamdulillah semuanya telah selamat dan paling penting Cleo (panggilan manja untuk Cleopatra) dalam keadaan sihat dan sempurna. Bagaimanapun saya masih mengalami kesakitan kerana tidak boleh mengambil pil tahan sakit disebabkan alergi.
Mengenai pemilihan nama Cleopatra, Linda berkata ia dipilih bagi melengkapi nama anak perempuan sulungnya, Tengku Ratu Haidar.
Nama Ratu cukup kuat menggambarkan dirinya dan sebab itu kami memilih Cleopatra yang juga nama seorang ratu di Mesir cukup terkenal dengan kisahnya sebagai seorang pemimpin wanita
Buat masa ini, Linda dan suami masih belum bersedia untuk berkongsi gambar comel bayi mereka. Abang Nara pasti yang Tengku Cleopatra Haidar secomel mak dan ayahnya. Tahniah sekali lagi kepada Linda dan Que atas kelahiran ini.

No comments:

Post a Comment