Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Thursday, June 28, 2012

Ahli Parlimen PKR Dakwa Ditawar RM5 Juta Untuk Lompat Parti



KUALA LUMPUR 28 Jun: Ahli Parlimen Indera Mahkota, Azan Ismail dari KEADILAN mendedahkan, beliau pernah ditawar RM5 juta untuk lompat ke parti BN.

Menurutnya, tawaran itu dibuat pada tengahari 27 Januari 2010 di sebuah hotel bertaraf lima bintang di Kuala Lumpur.

Kata Azan, lebih 12 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat diberi tawaran sama, dan diatur dengan kemas dan licik.

“Sebagai contoh, Ahli Parlimen tidak akan ‘lompat’ pada masa yang sama. Tawaran juga tidak dibuat oleh perancang, tetapi diwakili seorang tokoh yang dihormati dan pernah ada kedudukan tinggi dalam kerajaan.

“Jumlah tawaran juga bergantung pada rundingan. Ada yang melebihi RM5 juta seperti yang disebut dalam rakaman video,” jelasnya pada sidang media di Parlimen semalam.

Beliau menambah, beberapa bukti lain seperti video dan tokoh yang terlibat akan didedahkan, selepas segala maklumat disusun dengan teratur.

Pada 21 Jun lalu, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat menayangkan klip video berdurasi 30 saat yang dirakam di sebuah restoran di Lembah Klang.

Klip video tersebut menunjukkan rundingan di antara Ahli Parlimen KEADILAN dan agen Umno, didakwa bekas Ketua parti (Kita) Kedah, Zamil Ibrahim.

Kegagalan Zamil menafikan dakwaan tersebut menguatkan lagi kebenaran ini dan peranan beliau sebagai agen Umno.

Dalam pada itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, siri-siri pendedahan akan terus dibuat supaya gambaran sebenar akan menjadi lebih jelas.

Katanya, penampilan Azan sebagai saksi utama untuk menunjukkan memang ada rundingan rahsia untuk memujuk Ahli Parlimen Pakatan Rakyat lompat parti.

“Kita juga mahu rakyat tahu setakat mana kerajaan Umno BN ambil berat soal demokrasi.

“Tindakan ini juga membuktikan mereka tidak menghormati pilihan rakyat, hanya ingin menang pilihan raya dengan apa-apa cara,” kata Khalid.

Bakal Besan Najib Ditangkap di Dubai?



DUBAI 28 Jun: Maira Nazarbayev- bakal besan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dipercayai ditangkap di Dubai ketika dalam perjalanan ke Eropah untuk satu percutian.

Free Malaysia-Today (FMT) yang memetik sumber, melaporkan ibu kepada Daniyar Nazarbayez itu ditahan Jumaat lalu oleh polis Dubai ekoran notis dikeluarkan pihak Interpol, bagi pihak kementerian hal ehwal dalaman Kazakhstan.

“Dia (Maira) ditahan di Dubai sekarang. Dia diwakili oleh tiga firma undang-undang AS dan dia memiliki firma hubungan Awam berpengkalan di New York untuk membantu pertahankan imejnya,” kata sumber itu kepada FMT.

“Dia ditahan di Lapangan Dubai pada 22 Jun,” kata sumber itu lagi.

FMT bagaimanapun tidak dapat mengesahkan secara rasmi penahanan tersebut daripada pihak berkuasa Dubai, manakala E-mail kepada jurucakap Maira, Ronn Torossian juga tidak berbalas.

Maira dilapor tiba di Dubai pada 18 Jun dari Amerika Syarikat, ketika dalam perjalanan menuju ke Eropah untuk bercuti bersama keluarga dan rakan-rakannya.

Anaknya, Daniyar- bertunang dengan anak perempuan Najib, Nooryana Najwa Jun tahun lalu.

New York Post sebelum ini melaporkan Daniyar menipu bapa tirinya, Bolat Nazarbayez seunit kondominum mewah berharga AS$20 juta (RM60 juta). Ia berdasarkan dokumen mahkamah yang difailkan Bolat, yang juga abang kepada presiden Kazakhstan di Mahkamah Agung Manhattan, Amerika Syarikat.

Akhbar itu juga melaporkan Maira dikehendaki pihak berkuasa kerana terlibat dalam kes jenayah termasuk penculikan dan peras ugut.

10 Orang Pelajar Ting 2 CABUL dan UGUT ROGOL 2 Orang Pelajar Perempuan



GOMBAK: Sepuluh pelajar lelaki tingkatan dua bertindak rakus apabila menceroboh tandas wanita sekolah mereka, dekat sini sebelum mencabul dua rakan sekelas secara bergilir-gilir, selain mengugut akan merogol mangsa jika menceritakan kejadian itu kepada orang lain.

Walaupun kedua-dua mangsa berusia 14 tahun sudah mengunci pintu tandas dan bersembunyi di dalamnya, kumpulan pelajar ganas terbabit nekad memanjat dinding tandas sebelum masuk dan mencabul mangsa.

Kejadian itu berlaku kira-kira jam 6 petang 19 Jun lalu, namun ia tidak berakhir di situ saja kerana selepas itu mereka terus mengganggu kedua-dua mangsa malah turut diugut supaya tidak membocorkan rahsia perbuatan mereka atau akan dirogol.

Tidak tahan dengan gangguan dan ugutan yang diterima, seorang daripada mangsa nekad membuat laporan di Balai Polis Rawang, kelmarin.

Menurut sumber, sebelum kejadian kedua-dua mangsa masuk ke dalam tandas sekolah mereka sebelum terdengar bunyi bising di luar.
 
 
P/s: Aduhai!
 
Muhyiddin hanya bimbang pelajar obes di sekolah!
 

Warga Emas Kantoi Khalwat dengan Isteri Orang


Sekadar hiasan.


PAGOH: Seorang warga tua cuba bersembunyi di dapur, sejurus menyedari dia dan pasangannya yang juga isteri orang, dikepung penduduk kampung yang menyedari perbuatan mereka berkhalwat.

Warga tua berusia 59 tahun itu serta pasangannya yang berusia 27 tahun dikesan melakukan perbuatan itu dalam sebuah rumah teres di sini, awal pagi semalam.
 
Helah lelaki itu meninggalkan keretanya di tepi jalan kira-kira 100 meter dari rumah pasangannya sebelum masuk melalui pintu dapur terbongkar apabila mereka diserbu penduduk dan empat anggota dan pegawai penguat kuasa Pejabat Agama Daerah Muar.

Lebih memalukan, perbuatan itu dilakukan ketika anak perempuan wanita berkenaan yang berusia lima tahun sedang tidur dalam bilik, manakala suami wanita terbabit yang juga kakitangan kerajaan tiada di rumah kerana bermalam di rumah isteri pertamanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.45 malam itu, penduduk menyedari pasangan terbabit melakukan maksiat dan penduduk segera menghubungi pihak berkuasa.

Penduduk, Ahmad Zam, 45, berkata mereka membuat aduan kepada pihak berkuasa agama kerana tidak sanggup menanggung dosa bersubahat membiarkan maksiat berlaku di kawasan mereka.

“Selama ini, kami sudah beberapa kali terserempak dengan pasangan berkenaan di sekitar Pagoh, namun semalam, kami nekad tidak membiarkan lelaki terbabit terlepas dengan membantu penguat kuasa Pejabat Agama Muar menahan mereka,” katanya.
Ahmad berkata, ketika keluar ke kedai berhampiran kira-kira jam 9.30 malam, beliau terserempak dengan lelaki itu yang sedang memandu sebuah kereta memasuki taman berkenaan.

Katanya, beliau menghubungi tiga rakannya sebelum mereka mengekori kenderaan lelaki itu selama hampir 10 minit sebelum melihat dia meninggalkan kereta di persimpangan jalan yang terletak kira-kira 100 meter dari rumah wanita terbabit.

Difahamkan, warga tua bukan Islam itu bertugas sebagai pengurus sebuah kilang sawit di sini, manakala pasangannya bekerja di tempat sama. 

Apakah Persamaan Kerajaan Mubarak dengan Kerajaan BN?




Sumber: FB

Pegang Jawatan MB Sama Ada Masuk Syurga atau Neraka



SHAH ALAM - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menegaskan usaha membersihkan pentadbiran beliau daripada rasuah bermula dari dirinya sendiri.

Menurutnya, beliau tidak pernah menggunakan peruntukan menteri besar seperti kenderaan untuk ahli keluarga, rumah, perabot dan kemudahan lain.

Beliau berkata, menteri besar tidak boleh mengambil rasuah kerana mereka juga seorang manusia yang akan dihitung sama ada masuk syurga atau neraka.

“Saya tidak ambil kerana saya tahu pegang jawatan ini (menteri besar), sama ada masuk syurga atau neraka, saya tidak mahu masuk neraka.

Pembantu rumah pun saya cari sendiri, pengawal keselamatan tiada, kereta yang sepatutnya dua, saya ambil satu sahaja, malah kereta keluarga saya beli sendiri,” katanya dalam ucaptama Wacana Ilmu Buku Rasuah, di sini, semalam.

Beliau berkata, rasuah tidak dapat dihapuskan melalui undang- undang, sebaliknya melalui perubahan akhlak dalam diri sendiri.

“Perkara ini mesti difikirkan oleh rakyat kerana selagi sekular menguasai manusia tiada agama, masalah tidak akan selesai,” katanya.

Mengulas dakwaan penyelewengan dalam pentadbiran Kelantan Golden Trade Centre Sdn Bhd (KGT),beliau memberi jaminan tidak akan menghalang anak syarikat Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) itu disiasat.

“Sesiapa hendak siasat, 25 jam saya bagi, bukan 24 jam,” katanya.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Dr Awang Adek Hussin pada 24 Jun lalu memberi tempoh tiga minggu kepada Kerajaan Negeri Kelantan untuk menyiasat secara terperinci berhubung dakwaan terbabit.

Awang Adek berkata, hasil siasatan terhadap pengeluar mata wang dinar dan dirham itu harus didedah kepada rakyat, dan jika ada pihak yang mempertikaikannya, kementerian akan mengarah Bank Negara Malaysia dan Suruhanjaya Sekuriti membuat siasatan. KGT adalah anak syarikat PMBK yang mengeluarkan, menempa, mengedar, menjual syiling dinar dan dirham Kerajaan Negeri Kelantan.

TAHNIAH! MEMEY SUHAIZA DAH HAMIL


Selepas dinikahkan pada 24 September lalu dan diraikan dalam satu majlis resepsi mewah bernilai RM12 juta, pasangan kontroversi Norman Hakim dan Memey Suhaiza bakal menyambut kehadiran orang baru dalam rumahtangga bahagia mereka.


MH Online hari ini melaporkan bahawa Memey disahkan doktor sudah enam minggu hamil dengan kandungan pertamanya.

Berikut adalah pengakuan Memey ketika dihubungi MH online sebentar tadi;

"Semalam, saya ada buat ujian kehamilan sendiri di rumah selepas balik dari lokasi penggambaran. Apabila melihat keputusan yang positif, saya masih tidak percaya, berdebar dan terus menangis.


"Selepas itu, abang Norman membawa saya ke klinik dan Alhamdulillah, doktor sahkan saya hamil enam minggu. Setakat ini saya tiada sebarang alahan, tapi sejak dua hari kebelakangan ini saya rasa mual dan suka makan asam dalam kuantiti yang banyak," katanya yang dijangka akan bersalin pada pertengahan bulan Februari tahun depan.

Menurut Memey lagi, Norman berasa sangat gembira dengan berita tersebut dan pada yang sama risau dengan jadual kerja Memey yang padat. Memey juga dinasihatkan oleh doktor supaya menjaga kandungannya yang masih diperingkat awal.

Tuesday, June 12, 2012

"Perogol Ampang" Target Budak Bawah Umur Terima Hukuman


KWONG MUN (depan) dan Aidil dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang semalam atas tuduhan merogol gadis bawah umur.


AMPANG JAYA - Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen insurans mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan seks daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan Lee Kwong Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.

Aidil didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan Jun 2010 di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3 dan 3.30 petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua berusia 13 tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.

Kwong Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di pangsapuri tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010 pukul 9 dan 9.30 malam.

Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu.


Berita Terdahulu:

[Kosmo] AMPANG JAYA - Taktik seorang kerani penghantar surat dan ejen insurans mengumpan kad prabayar tambah nilai untuk mendapatkan imbuhan seks daripada dua gadis bawah umur memakan diri apabila masing-masing dihukum penjara 15 tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.

Hakim Roszianayati Ahmad menyabitkan tertuduh Aidil Rashid, 38, dan Lee Kwong Mun, 36, atas dua tuduhan rogol setiap seorang selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie.

Beliau mengarahkan hukuman mereka berjalan serentak mulai semalam.

Aidil didakwa merogol gadis pertama berusia 14 tahun antara Mei dan Jun 2010 di sebuah rumah pangsapuri di Lembah Jaya di sini pada pukul 3 dan 3.30 petang dan mengulangi perbuatan serupa terhadap mangsa kedua berusia 13 tahun antara April dan Jun 2010 di tempat sama.

Kwong Mun juga didakwa merogol kedua-dua gadis yang sama di pangsapuri tersebut antara Ogos 2009 dan Jun 2010 dan pada Mei 2010 pukul 9 dan 9.30 malam.

Kedua-dua tertuduh tinggal berjiran di kawasan itu.

Raja/ Sultan pon kena ugut. Semuanya demi kuasa .




[Selangorku] Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan, mendedahkan Almarhum Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja’afar Tuanku Abdul Rahman pernah menerima panggilan ugutan dari seorang menteri kanan Umno pada tahun 1993.

Tunku Harny Tunku Hanan, anak saudara kepada Almarhum Tuanku Ja’afar, berkata panggilan tersebut dibuat ketika isu pemindaan Perlembagaan terhadap kuasa Raja-raja Melayu pada tahun itu.

Tunku Harmy Tunku Hanan berkata beliau mengetahuinya setelah diberitahu oleh Almarhum Tuanku Ja’afar sendiri melalui satu panggilan telefon.

“Jadi tuan-tuan, ada suatu malam kira-kira jam 11.00 malam, saya mendapat satu panggilan telefon daripada Almarhum Tuanku Jaafar masa tu dia adalah Timbalan Yang Dipertuan Agung.

“Dia tanya, Harmy buat apa tu? Tak tidur ke? Belum Tuanku.

“Ni esey ni dapat panggilan telefonlah. Telefon apa Tuanku?

“Tadi ada senior minister baru telefon sekejap tadi, dia kata, Tuanku … kalau Tuanku tak hendak sain isu (pindaan) perlembagaan ini, saya akan tiupkan seruling pemberontakan di seluruh negara.

“Raja-raja Melayu akan saya seret ke jalan raya dan akan kami campakkan ke dalam kawah,” ujar Tunku Harmy yang enggan mendedahkan indentiti menteri kanan itu.

Tunku Harmy berkata demikian ketika berucap dalam program “Diskusi Isu Terkini Lembah Pantai” semalam.

Menurut Tunku Harmy, tindakan menteri kanan tersebut membuktikan sikap sebenar pemimpin Umno-BN yang tidak menghormati Raja-raja Melayu.

Tambah beliau, ketika itu pemimpin Umno-BN mengadakan kempen menjatuhkan maruah Raja-raja Melayu di seluruh negara.

Tunku Harmy turut menggesa masyarakat memikirkan perkara yang sanggup dilakukan pemimpin Umno-BN terhadap rakyat sekiranya mereka terus berkuasa.

“Itu Raja, yang tuan-tuan hormat dia nak masukkan ke dalam kawah. Yang tuan-tuan ni disiang-siangnya, disalai-salai, dibuang, diberi makan anjing,” kata beliau.

Tunku Harmy yang merupakan sepupu kepada baginda Dipertuan Besar Negeri Sembilan hari ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Popout










Pengantin Kantoi Ambil Pil Kuda untuk "Mengganas" pada Malam Pertama



DUNGUN – Seorang pengantin lelaki bertindak di luar dugaan apabila sanggup mengambil pil kuda semata-mata ingin menjadikan malam pertamanya luar biasa.

Bagaimanapun tindakan lelaki yang bekerja sebagai pemandu lori hantu itu membawa padah apabila dia dicekup polis, dua hari selepas dia bergelar pengantin baru.

Pemuda berusia 25 yang baru naik pelamin bersama gadis pilihannya berasal dari Kampung Delong dalam satu majlis persandingan yang difahamkan berlangsung di Kampung Nibong itu ditahan dalam serbuan polis kira-kira jam 2 petang.

Dia ketika itu dipercayai berkunjung ke rumah rakannya untuk mengambil dadah.

Suspek yang mempunyai ahli keluarga berasal dari Pengantin baru ini (kiri) dicekup di tapak projek dekat kampung Tokkah dibawa ke ibu pejabat polis daerah setelah dicekup bersama rakannya kerana disyaki terbabit dengan penyalahgunaan dadah.

Bachok, Kelantan ketika ditemui turut mengakui menjadi penagih sejak beberapa tahun lalu dan pernah ditahan lebih dua kali sebelum ini.

Katanya, dia berjaya memujuk gadis yang kini menjadi isterinya untuk berkahwin setelah mendakwa sudah insaf dan berjanji untuk tidak mengulanginya.

“Sebelum ini isteri saya tahu bahawa saya seorang penagih, akan tetapi demi cinta suci kami, dia sanggup melayari bahtera dengan berkahwin dengan saya. 

“Namun dia tidak mengetahui bahawa saya ada mengambil dadah sehari sebelum naik pelamin sehinggalah saya ditangkap petang tadi,” katanya yang didapati positif dadah jenis methampethamine.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Dahlan Mohd Noor mengesahkan tangkapan oleh sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik itu dan suspek kini ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952.


P/s: Baru kahwin sudah tidak power? Alahai!

Budak Dikurung & Diratah Sekumpulan Individu


Sekadar hiasan.


Budak dikurung kena rogol
 
KUALA LUMPUR: Seorang murid perempuan Tahun Enam, menempuh detik hitam apabila dikurung sekumpulan individu di sebuah rumah selama dua hari sebelum dirogol dalam keadaan tidak sedarkan diri, selepas diberi sejenis minuman di Lembah Jaya Selatan, Ampang, kelmarin.

Mangsa yang tinggal di Bandar Tun Razak, di sini dikatakan mengikut rakan lelaki berusia 20-an yang baru dikenalinya pada Khamis lalu, sebelum dibawa bertemu rakan perempuan temannya itu yang menggelarkan diri sebagai ‘Mummy’.
 
Sebaik dipertemukan dengan ‘Mummy’, mangsa dikatakan dibawa ke sebuah rumah di kawasan Ampang dan turut diperkenalkan kepada dua wanita dan dua lelaki yang berada dalam rumah berkenaan sebelum ditempatkan di sebuah bilik.
 
Murid berkenaan dikatakan diberi sejenis minuman oleh ‘Mummy’ untuk menghilangkan dahaga sebelum tidak sedarkan diri selama dua hari.

Sumber polis berkata, mangsa hanya sedarkan diri selepas dikejutkan sekumpulan individu berkenaan yang memintanya bangun untuk mandi kira-kira jam 8.30 malam kelmarin iaitu dua hari selepas tidak sedarkan diri.

Katanya, mangsa yang tidak mengingati apa yang menimpa dirinya itu bergegas ke bilik air sebelum terkejut melihat beberapa kesan gigitan di bahagian leher, selain rasa sakit di bahagian kemaluan dipercayai dirogol ketika dia tidak sedarkan diri.

“Sebaik selesai mandi, enam individu termasuk rakan lelakinya itu sedang bersiap untuk keluar rumah dengan alasan mahu membeli makanan dan meminta mangsa menunggunya di rumah.
 
“Individu berkenaan juga sempat menyerahkan telefon bimbit mangsa sebelum keluar bersama beg galas dan komputer riba,” katanya ketika dihubungi Berita Harian di sini, semalam.

Beliau berkata, sebaik sekumpulan individu berkenaan keluar, mangsa bergegas menghubungi ahli keluarganya meminta bantuan mengambilnya di rumah berkenaan, namun gagal kerana telefonnya kehabisan bateri sebelum nekad melarikan diri.

“Mangsa kemudian menggunakan telefon awam menghubungi ibu bapanya supaya mengambilnya di lokasi kejadian dan tampil membuat laporan polis di Balai Polis Cheras,” katanya sambil menambah kes berkenaan dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Superintendan Nazri Nawawi ketika dihubungi mengesahkan kejadian berkenaan dan siasatan lanjut sedang dilakukan. 
 
 
P/s: Banyak pengajaran yang boleh diambil!

Baru Berusia 16 Tahun Sudah Kemaruk Mengintai Isteri Orang Mandi


Remaja yang berusia 16 tahun ini dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kuala Terengganu,
semalam atas pertuduhan melakukan kesalahan mengintai jirannya sedang mandi. -Teks/Foto: SH.


[HM] KUALA TERENGGANU: Tindakan seorang remaja bawah umur mengintai isteri jirannya mandi membawa padah apabila perbuatannya itu disedari mangsa sebelum dia dicekup suami wanita terbabit.

Akibat perbuatan itu, tertuduh berusia 16 tahun berasal dari Kota Bharu, Kelantan dihadapkan ke Mahkamah Majistret, di sini, semalam, mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Tertuduh mengangguk faham ketika pertuduhan dibacakan sebelum mengaku salah di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang tidak bersekolah didakwa melakukan kesalahan mengintai mangsa berusia 27 tahun yang sedang mandi di sebuah rumah di Kampung Tanjung, Lorong Haji Mat Tauke, di sini, kira-kira jam 6 pagi pada 26 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh yang didakwa mengikut Seksyen 15(1)(c) Akta Kesalahan Kecil 1955 berdepan hukuman penjara tidak melebihi setahun atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Abdul Hayyi kemudian menetapkan 24 Julai depan sebagai tarikh sebutan semula kes untuk hukuman dan perintah sementara menunggu laporan akhlak tertuduh daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Mahkamah juga membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM500 dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Nurulbadriah Mohamed Esa di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim manakala tertuduh diwakili peguam Mohd Hayyatuddin Muhamad.


P/s: Mula-mula mengintai, selepas itu merogol...!

Anggota Polis Didakwa Mencabul Tahanan..



[SH] KOTA BHARU - Seorang anggota polis berpangkat Konstabel Sokongan dihadapkan ke Mahkamah Majistret semalam atas pertuduhan mencabul remaja di dalam lokap Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Bharu, Pengkalan Chepa Februari lalu.

Berdasarkan pertuduhan, Mohd Shahrul Izuairi Ibrahim, 31, didakwa melakukan kesalahan terhadap remaja Thailand itu kira-kira jam 10 pagi pada 5 Februari lalu di  sel lokap berkenaan.

Bapa kepada dua anak itu dituduh menggunakan kekerasan jenayah dengan niat hendak mencabul kehormatan remaja berusia 15 tahun dengan memasukkan jari ke dalam kemaluannya yang ketika itu ditahan reman kerana dikaitkan kesalahan Imigresen.

Penjawat awam itu, dituduh melakukan kesalahan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang mengenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun, denda atau sebat atau mana-mana daripada itu sekiranya didapati bersalah.

Pendakwaan kes tersebut dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Noor Dayana Muhamad di hadapan Majistret Mohd Fazaly Ali Mohd Fazali.

Noor Dayana menawarkan jaminan RM8,000 terhadap tertuduh bagaimanapun, Mohd Shahrul Izuairi meminta mahkamah mengurangkan wang jaminan tersebut dengan alasan dia mempunyai dua anak serta menghadapi masalah kewangan.

Bagaimanapun, Mohd Fazaly Ali menetapkan wang jaminan sebanyak RM5,000 dan tarikh sebutan semula kes ialah pada 10 Julai ini.

Tertuduh ketika di bawa keluar dari mahkamah menutup mukanya dengan menggunakan jaket untuk mengelak wajahnya dirakamkan pihak media.

Gambar Anak Datin Rosmah Bertudung..


Mungkin ada yang masih belum tahu isteri kepada Dr Fazley, Azrene telah pun bertudung semenjak dikurniakan cahaya mata. Walaupun isteri Fazley bukanlah dari golongan selebriti namun tanggungjawab Fazley kita dapat lihat disini, dapat mendidik isteri memakai/menutup aurat. Syabas Fazley, diharap boleh jadi contoh yang baik untuk selebriti diluar sana. Keluarga bahagia. -gambar Twitter Fazley


Thursday, June 7, 2012

Remaja 13 Tahun Dirogol Kenalan facebook


PELAJAR Tingkatan Satu dirogol remaja berusia 16 tahun yang ditemui di Pusat Khidmat BN, Ipoh semalam.

Mangsa terpedaya pemberian barang kemas

IPOH: Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun menjadi mangsa rogol seorang kenalan yang dikenali dari laman sosial Facebook selepas terpedaya dengan janji manis serta pemberian barang kemas daripada remaja lelaki terbabit.
 
Pelajar Tingkatan Satu itu mula mengenali remaja berusia 16 tahun dan sering berhubung menerusi Facebook sebelum membuat keputusan mengadakan pertemuan kali pertama pada 25 Mei lalu.

Adik saya turut akui menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin. - Lee, Abang mangsa

Malah, mangsa ponteng sekolah beberapa hari dan bersembunyi dua hari di rumah keluarga pasangannya itu untuk melepaskan rindu sebaik berjumpa sehingga menyebabkan keluarga mangsa membuat laporan polis, kira-kira jam 3 petang, 25 Mei kerana anak mereka tidak pulang ke rumah.

Bagaimanapun, selang dua hari kemudian, mangsa ditemui selamat selepas dihantar ibu teman lelakinya di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ipoh.

Abang mangsa yang mahu dikenali sebagai Lee, 29, berkata dia mengesyaki perubahan sikap ketara pada adiknya selepas menjalinkan perkenalan dengan teman lelakinya itu, termasuk sering ponteng sekolah, mengabaikan pelajaran dan berubah sikap.

“Adik saya turut mengakui pernah menerima pelbagai barang kemas, termasuk rantai dan cincin emas dihadiahkan remaja itu.
 
 “Saya percaya lelaki itu memperdayakan adik saya dengan pelbagai hadiah sebelum bertindak merogolnya,” katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat Barisan Nasional (BN) di sini, semalam.

Katanya, dia dan keluarga meminta polis mengambil tindakan sewajarnya terhadap remaja lelaki terbabit, termasuk ahli keluarga lelaki itu kerana bersubahat menyembunyikan adiknya selama dua hari di rumah mereka.

Ketua Urus Setia Pusat Khidmat dan Aduan BN Perak, Mohd Rawi Abdullah, berkata pihaknya menerima banyak aduan mengenai kes rogol yang berpunca daripada perkenalan di laman sosial sejak tahun lalu.

Katanya, empat daripada kes berkenaan membabitkan kes rogol di mana kebanyakan mangsanya berusia lingkungan antara 13 hingga 20 tahun.

“Justeru, saya meminta ibu bapa dan penjaga supaya dapat mengawasi tingkah laku anak masing-masing. Selain itu, pihak polis juga perlu memandang serius tingkah laku pelajar mereka dan segera memaklumkan kepada ibu bapa pelajar bagi mengelak masalah terus berlarutan,” katanya. 

Tubuh Sihat Jika Elak Makan Daging



 CANBERRA: Doktor di Australia memberi jaminan kepada pesakit mereka akan mendapat manfaat jika mengamalkan diet yang bebas daripada daging.

Satu kajian penyelidikan saintifik pertama, diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Australia, mendapati pengamal diet sayuran menerima banyak manfaat kesihatan berbanding risiko daripada diet berasaskan tumbuhan.
 
Jurnal itu memeriksa kekurangan zat yang secara tradisi dianggap menjejaskan mereka yang mengamalkan diet sayuran dan mendapati mereka menerima cukup protein, zat besi dan zink.
 
 Pakar nutrisi Rosemary Stanton, yang menulis satu ruangan editorial terhadap kertas penyelidikan itu berkata, bukti saintifik menunjukkan satu diet terancang berasaskan tumbuhan dapat memenuhi keperluan nutrisi golongan dewasa dan kanak-kanak.

“Bukti menunjukkan mereka yang mengikuti satu diet sayuran kemungkinan kurang mendapat penyakit jantung, kurang kanser usus, kurang mendapat diabetes jenis-2 dan kurang obes,” katanya.

Bapa Rogol Anak yang Sedang Demam Kuat

FOTO PERNIKAHAN NURUL WAHAB DAN ERIC DEPP


Penyanyi Nurul Huda Abdul Wahab, 35, (Nurul) sah bergelar isteri kepada perunding kesihatan warganegara Perancis, Eric Daniel Depp, 47, dengan sekali lafaz di Duchess Place di sini, Rabu.


Pasangan itu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Azizan Othman kira-kira pada pukul 12.20 tengah hari bersaksikan abang Nurul, Mohamad Rizal Abdul Wahab.

Lafaz akad nikah dilakukan dalam Bahasa Inggeris. Nurul ditemani anak perempuannya Ayu Nazirah, 14, manakala Eric hadir bersama kedua ibu bapanya Roland dan Germaine Depp.

Majlis itu dihadiri kira-kira 200 tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga terdekat, teman-teman rapat, rakan artis dan wakil media.

Nurul yang menggalas status ibu tunggal selama lima tahun menerima mas kahwin sebanyak RM80 dan wang hantaran EURO 5,000 (RM20,000). Nurul menerima lima dulang hantaran daripada pengantin lelaki yang antaranya berupa produk kecantikan Skinz, minyak wangi Cartier, jam tangan Korloff dan rantai mutiara.

Pihak perempuan membalas tujuh dulang hantaran iaitu sejadah, tepak sireh, sepasang kasut Pedro, senaskhah Al Quran, sehelai songket, produk kecantikan dan manisan.






12 PERKARA MENARIK TENTANG MIA SARA NASUHA


12 perkara menarik mengenai pelakon cilik, Mia Sara Nasuha yang terkenal dengan lakonan comelnya dalam filem ‘Papa, I Love You’. Anak ketiga ini jenis yang lasak dan juga seorang yang simple. Berikut merupakan 12 perkara menarik mengenai Mia Sara.


1. Mia merupakan Penolong Ketua Darjah di sekolahnya. Sebagai pelakon yang dikenali, Mia selalu dikerumun pelajar lain serta guru sekolahnya.

2. Walaupun baru berumur 7 tahun, pelakon ini seorang yang berdikari dan pandai melipat baju sendiri.

3. Mia suka makan di restoran Tony Roma’s dan tempat membeli-belah kegemarannya ialah di The Curve.

4. Menurut bapa Mia, sekali keluar, mereka mesti habiskan beratus ringgit untuk Mia sahaja.

5. Benda paling mahal pernah dibeli oleh Mia hasil titik peluh lakonanannya ialah kereta Myvi dan iPhone 4.

6. Mia tidak takut dengan binatang di mana benda paling berani dia pernah lakukan ialah dengan memberi singa laut makan.

7. Pelakon ‘Cinta Buat Emelda’ ini mempunyai tiga ekor kucing.

8. Mia seorang yang tidak suka diganggu.

9. Tabiat buruk Mia ialah menggigit kuku.

10. Penyanyi serta pelakon idola Mia ialah Dato’ Siti Nurhaliza dan Lisa Surihani.

11. Selain berlakon, Mia juga seorang yang suka menyanyi di dalam tandas.

12. Disebabkan risau tentang keselamatan Mia, pihak sekolah membenarkan keluarga Mia menjemput Mia sehingga ke dalam sekolah untuk mengelak perkara tidak diingini seperti penculikan.

Wednesday, June 6, 2012

Isteriku 'Lelaki': Sri Wani Saman Peguam RM10 juta





KUALA LUMPUR - Seorang pengasas butik kecantikan hari ini memfailkan saman fitnah berjumlah RM10 juta terhadap seorang peguam syarie dan firma guaman yang didakwa mengeluarkan kenyataan memburukkan dirinya kepada media.

Plaintif, Sri Wani Choo Abdullah, memfailkan writ saman itu menerusi Tetuan Boestamam Ahmad & Co di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini. 

Beliau menamakan Muhammad Hafiz Abdul Rashid dan Tetuan Irsamuddin Hafiz & Associates sebagai defendan. 

Dalam penyataan tuntutannya, Sri Wani mendakwa Muhammad Hafiz memberi kenyataan fitnah pada 5 April lepas kepada media. 

Sri Wani mendakwa peguam itu turut mengeluarkan kenyataan di laman Youtube bertajuk 'Isteriku lelaki' yang didakwa memalukan dirinya, walhal beliau sedang berdepan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur berkaitan isu jantina dan kes tersebut dijalankan secara tertutup. 

Sri Wani mendakwa sebagai peguam syarie, Muhammad Hafiz sepatutnya bertindak profesional dan mematuhi etika kerana menjadi satu larangan di bawah Arahan Amalan No.4 2002, untuk memberi kenyataan kepada media tentang kes yang masih dalam perbicaraan, apatah lagi ia dijalankan secara tertutup, yang akan memalukan plaintif dan anak guam defendan sendiri iaitu suami Sri Wani, Bahrom Sanugi. 

Plaintif yang hadir bersama peguamnya, Ahmad Izuddin Fakhrullah ketika memfailkan saman ini, turut mendakwa berikutan kenyataan fitnah tersebut, perniagaannya mengalami kerugian lebih RM20,000 sebulan. 

Selain menuntut RM10 juta sebagai ganti rugi teruk, Sri Wani turut memohon ganti rugi teladan, satu injuksi bagi menghalang defendan menerbitkan artikel dan video berkaitan dirinya, kos serta relif lain. 

Ditanya tentang penyerahan writ saman kepada defendan, Ahmad Izuddin berkata ia dilakukan dalam tempoh beberapa hari lagi.

Monday, June 4, 2012

Serbu Kaki Khalwat, Jumpa Mangsa Rogol



[BH] SEGAMAT: Serbuan pasukan penguat kuasa Jabatan Agama Johor (JAJ) di sebuah rumah di Tebing Tinggi, dekat sini, membongkar perbuatan seorang remaja berusia 18 tahun yang baru saja merogol pelajar Tingkatan Dua, dalam kejadian awal pagi semalam.

Selain itu, penguat kuasa turut menahan enam lagi lelaki berusia 16 tahun hingga 24 tahun di rumah berkenaan yang dipercayai bersubahat dengan membiarkan saja perbuatan rogol berkenaan.
 
Ketua Polis daerah, Superintendan Hanafi Daud, berkata kejadian dipercayai berlaku antara jam 11.30 malam hingga 5 pagi semalam, sebelum penguat kuasa menyerbu rumah berkenaan.

Mangsa berusia 14 tahun itu yang tinggal di Jalan Medoi, dekat sini dikatakan pergi ke rumah itu dengan menunggang motosikal dengan seorang rakan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial. 

Katanya, mangsa berusia 14 tahun itu yang tinggal di Jalan Medoi, dekat sini dikatakan pergi ke rumah itu dengan menunggang motosikal dengan seorang rakan lelaki yang dikenali menerusi laman sosial.

“Pada mulanya mangsa bertemu dengan rakannya yang juga berusia 18 tahun di kedai makan di Bukit Siput sebelum membonceng motosikal ke sebuah rumah di Tebing Segamat untuk bertemu rakan lelaki berkenaan.

“Rumah itu dikatakan milik seorang daripada enam lelaki itu dan ketika kejadian keluarganya tiada di rumah. Setiba di rumah itu mangsa dikatakan pergi ke tandas sebelum suspek yang berusia 18 tahun menariknya ke sebuah bilik dan merogolnya,” katanya.

Hanafi berkata, pada masa yang sama pasukan penguat kuasa JAJ menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat mengenai kes khalwat.
 
Katanya, dalam serbuan itu JAJ menahan tujuh lelaki dan seorang wanita selepas dimaklumkan mengenai kes rogol berkenaan, jabatan berkenaan membuat laporan di Balai Polis Jementah.

Beliau berkata, susulan kejadian itu, pihaknya menahan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan, manakala enam rakannya dibebaskan dengan jaminan keluarga.

“Polis masih menyiasat kes itu dan mangsa dibawa ke Hospital Segamat untuk pemeriksaan,” katanya. 

Lelaki Kemaruk Cinta-Berahi Anak Saudara Sanggup Rogol dan Ugut Sebar Gambar Bogelnya


Sekadar hiasan.

 
GOMBAK: Kemaruk untuk berkahwin dengan anak saudaranya, seorang lelaki merogol wanita itu di dalam kereta sebelum merakam gambar mangsa dalam aksi tidak sopan dan mengugut menyebarkannya jika mangsa enggan menerima dia sebagai suami.

Mangsa, penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) berusia 22 tahun yang trauma selepas menjadi mangsa lelaki berusia 30-an itu membuat laporan di Balai Polis Brickfields, kelmarin sebelum kes itu dirujuk ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak.

Menurut sumber, sebelum kejadian pada jam 1 pagi kelmarin, mangsa yang berada di rumah sewanya di Jalan Klang Lama diajak lelaki terbabit ke Uptown Kota Damansara untuk membeli seluar.

“Mangsa dijemput suspek pada jam 10 malam dengan kereta. Selepas membeli seluar di Uptown Kota Damansara, mangsa dibawa ke sebuah ladang sawit di Kundang dan sejurus memberhentikan kereta, suspek mula mencabul mangsa sambil meluahkan perasaan cinta serta hasratnya ingin mengahwini mangsa,” katanya.

Menurutnya, mangsa merayu tidak diapa-apakan dan berjanji akan berkahwin dengannya.

Bagaimanapun, suspek yang tidak percaya merogol mangsa sebelum merakam gambarnya dan mengugut menyebar gambar itu jika mangsa enggan berkahwin dengannya.

Sejurus dihantar pulang ke rumah, mangsa membuat laporan polis dan Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah mengesahkan menerima laporan berkenaan.
 
 
P/s: Gila!

Rumah Mewah Tan Sri Sheikh Kadir Mula Di Sebarkan



Gambar rumah mewah yang dikatakan milik Tan Sri Sheikh Kadir mula di sebarkan oleh blogger Umno. Addinperhatikan gambar-gambar nih mula di sebarkan pada 4 Jun. Sejauh mana kesahihan gambar-gambar nih masih dipertikaikan.
Memang dasar Umno, menggunakan politik peras ugut kepada mana-mana ahlinya yang keluar parti. Namun, jika individu terbabit betul-betul bersih apa yang hendak di risaukan. Tetapi untuk kepastian, individu terbabit perlu menjawab isu nih bagi pencerahan kepada masyarakat.

Pantai Pertama Dunia Tanpa Lautan Di Sepanyol


Pantai Pertama Dunia Tanpa Lautan Di Sepanyol. Gulpiyuri Beach merupakan sebuah pantai yang terletak di Llanes, Sepanyol. Pantai ini terletak di kedudukan 100 meter dari laut tetapi di antara pantai dan laut ini terletaknya sebuah gua. Dari Pantai Playa ini anda langsung tak akan nampak laut seperti pantai lain di dunia. Jarak pantai ini hanya seluas 40 meter dan anda juga akan merasai ombak seperti pantai biasa dari air yang mengalir masuk melalui gua tersebut

Keajaiban Dan Keanehan Air Zam-Zam




Tidak ramai yang tahu bagaimana telaga zam-zam boleh mengeluarkan puluhan juta liter pada musim haji dan ia tidak pernah kering walaupun sekali.
Seorang pengkaji diperintahkan oleh raja Faisal untuk menyelidik telaga zam-zam bagi menjawab tuduhan liar seorang doktor dari Mesir. 
Berapa Juta Liter Air Zam-Zam?

Berapa banyak air zam-zam yang di ambil setiap kali musim haji? Mari kita kira secara rambang, Jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia pada setiap musim haji dewasa ini berjumlah lebih kurang dua juta orang. 


Semua jemaah diberi 5 liter air zam-zam ketika pulang ke tanah airnya, jika 2 juta orang membawa pulang masing-masing 5 liter air zam-zam ke negaranya, ini sahaja sudah menjadi 10 juta liter. 

Disamping itu sepanjang berada di Mekah dan kebanyakannya jemaah tinggal 25 hari dan setiap orang menghabiskan 1 liter sehari maka jumlahnya sudah 50 juta liter. 

Keanehan Air Zam-Zam

Pada tahun 1971, seorang doktor dari Mesir mengatakan kepada akhbar di Eropah bahawa air zam-zam tidak sihat untuk diminum.
 

Pendapatnya berdasarkan bahawa kota Mekah itu ada di bawah garis permukaan laut, Air Zamzam itu berasal dari air sisa buangan penduduk kota Mekah yang meresap, kemudian mendap terbawa bersama-sama air hujan dan keluar dari telaga air zamzam. Masya Allah.
 

Berita ini sampai ke telinga Raja Faisal yang kemudian memerintahkan Menteri Pertanian dan Sumber Air untuk menyelidiki masalah ini dan menghantar sampel air zam-zam ke Laboratorium-laboratorium di Eropah
 
untuk diuji.

Tariq Hussain seorang jurutera kimia yang bekerja di Institut Penapisan Air Laut untuk diminum di Jedah, mendapat tugas menyelidikinya.
 

Pada masa memulakan tugasnya Tariq belum ada gambaran bagaimana telaga air zam-zam boleh menyimpan air yang begitu banyak seperti tidak ada hadnya.
 

Ketika sampai di dalam sumur, Tariq amat terkejut apabila melihat bahawa ukuran “kolam” telaga itu hanya 18 x 14 kaki saja (Kira-kira 5 x 4 meter).
 

Tidak terbayang bagaimana telaga sekecil ini boleh mengeluarkan jutaan galen air setiap kali musim haji, dan ini berlaku sejak ribuan tahun yang lalu semenjak zaman Nabi Ibrahim AS.
 


Penyelidikan menunjukkan bahawa mata air zam-zam boleh mengeluarkan air sebanyak 11-18 liter air per saat, dengan demikian setiap minit 660 liter air akan dihasilkan, itulah yang mengejutkan.
 

Tariq mula mengukur kedalaman air telaga dan meminta pembantunya masuk ke dalam air, ternyata air telaga itu hanya mencapai sedikit di atas bahu pembantunya yang tinggi tubuhnya 5 kaki 8 inci.
 

Lalu dia menyuruh pembantunya untuk memeriksa, apakah mungkin ada cerukan atau saluran paip di dalamnya. Setelah memeriksa dari satu tempat ke tempat lainnya, ternyata tidak menemui apapun!.
 

Dia berfikir mungkin sahaja air telaga ini diambil dari luar melalui saluran pam berkapisiti besar, jika itu keadaannya maka dia boleh melihat turun-naiknya permukaan air secara tiba-tiba.
 

Tetapi dugaannya meleset, beliau tidak menemui gerakan air yang mencurigakan, juga tidak menemui ada alat yang boleh mendatangkan air dalam jumlah besar.
 

Seterusnya dia minta pembantunya masuk lagi ke dalam telaga, lalu menyuruh berdiri dan diam ditempatnya sambil mengamati sekelilingnya.
 

Perhatikan dengan cermat dan laporkan apa yang terjadi walau sekecil apapun, setelah melakukan proses ini dengan cermat, pembantunya tiba-tiba mengangkat kedua tangannya sambil berteriak:
 

“Alhamdulillah, Saya temuinya ! Pasir halus menari-nari di bawah telapak kakiku, dan air itu keluar dari dasar telaga”.
 

Lalu pembantunya diminta berpusing mengelilingi telaga ketika tiba masa pengepaman air (untuk disalurkan ke tempat pengagihan air) berlaku. Dia merasakan bahawa air yang keluar dari dasar telaga sama besarnya seperti sebelum tempoh pengepaman.
 

Aliran air yang keluar besarnya sama di setiap titik di semua kawasan, ini menyebabkan permukaan telaga itu stabil tidak ada goncangan yang besar.
 
Klik Gambar Untuk ZOOM

Mengandungi Zat Anti Kuman 

Hasil penyelidikan sampel air di Eropah dan Arab Saudi menunjukkan bahawa air zam-zam mengandungi zat fluorida yang ada daya efektif membunuh kuman, sama seperti sudah mengandungi ubat.

Lalu perbezaan air zam-zam dibandingkan dengan air telaga lain di Mekah dan sekitar Arab adalah dalam hal kuantiti kalsium dan garam magnesium.

Kandungan kedua-kedua mineral itu sedikit lebih banyak pada air zam-zam, mungkin sebab itulah air zam-zam dapat menyegarkan bagi jemaah yang keletihan.

Keistimewaan lain komposisi dan rasa kandungan garamnya sentiasa stabil sentiasa sama dari sejak terbentuknya telaga ini. “Rasanya” selalu terjaga, diakui oleh semua jemaah haji dan umrah yang selalu datang setiap tahun.

Boleh Menyembuhkan Penyakit Nabi saw menjelaskan: ”Sesungguhnya, air zam-zam ini air yang sangat
diberkahi, ia adalah makanan yang mengandungi gizi”.

Nabi S.A.W. menambahkan: 

“Air zamzam bermanfaat untuk apa saja yang diniatkan ketika meminumnya. Jika engkau minum dengan maksud agar sembuh dari penyakitmu, maka Allah menyembuhkannya. Jika engkau minum dengan maksud supaya merasa kenyang, maka Allah mengenyangkan engkau. Jika engkau meminumnya agar hilang rasa hausmu, maka Allah akan menghilangkan dahagamu itu. Ia adalah air tekanan tumit Jibril, minuman dari Allah untuk Ismail”. 
(HR Daruqutni, Ahmad, Ibnu Majah, dari Ibnu Abbas).

Rasulullah (S.A.W.) pernah mengambil air zam-zam dalam sebuah kendi dan bekas dari kulit, kemudian membawanya kembali ke Madinah dan Air zam-zam itu digunakan Rasulullah (saw) untuk memercikkan kepada orang sakit dan kemudian disuruh meminumnya.

Dalam penyelidikan ilmiah yang dilakukan di laboratorium Eropah, terbukti bahawa air zamzam memang lain dari yang lain. Kandungan airnya berbeza dengan telaga-telaga yang ada di sekitar Makah.

1. Kadar Kalsium dan garam Magnesiumnya lebih tinggi dibanding telaga lain, berkhasiat untuk menghilangkan rasa haus dan kesan penyembuhan.

2. Air Zam-zam juga mengandungi zat fluorida yang berkhasiat memusnahkan kuman-kuman yang terdapat dalam kandungan airnya.

3. Yang juga menakjubkan adalah tidak ada sedikit pun lumut di telaga ini. Air Zam-zam sentiasa bebas dari pencemaran kuman.

4. Ajaibnya lagi, pada masa semua telaga air di sekitar Mekah dalam keadaan kering, telaga air zam-zam tetap berair. Dan air zam-zam memang tidak pernah kering sepanjang zaman.

Beberapa ulama fiqah mencadangkan agar jemaah haji membawa air zam-zam ketika pulang ke negaranya kerana air zam-zam boleh jadi sebagai ubat untuk penyembuhan.

Ini terbukti ramai jemaah dari negara umat Islam mahupun negara lain yang pernah merasakan keajaiban air zam-zam.