Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Friday, April 27, 2012

GAMBAR AKSI LELAKI CIUM ZARINA ANJOULIE?

Pelakon dan model, Zarina Anjoulie Lavocah, 25, sekali lagi dipalit kontroversi apabila aksinya dicium mesra jejaka heboh di laman blog dan portal hiburan. Sebelum ini kisah pergaduhannya dengan bekas bintang Akademi Fantasia Musim 6 (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya, 26, mendapat liputan media.





Menurut pelakon yang melakar nama melalui watak utama dalam siri TV ‘Anak Pontianak’ yang mesra dengan nama Anjou itu, dia memang mempunyai ramai kenalan lelaki yang rapat namun foto yang tersebar itu bukan teman lelaki mahu pun bakal suaminya.

Sebaliknya, lelaki yang dilihat menciumnya dalam keadaan yang agak panas itu adalah abang tirinya.

“Saya bukanlah bodoh untuk menunjuk-nunjuk foto saya bermesra dengan teman lelaki. Sebolehnya saya merahsiakan dan menyembunyikan foto terbabit bagi menjaga imej sebagai artis dan saya masih boleh berfikir perkara baik atau buruk.

“Saya ada lapan adik-beradik tiri, lima lelaki dan tiga perempuan. Kami memang rapat antara satu sama lain. Gambar yang diambil pada tahun lalu itu bagi saya tidak ada masalah kerana ia hubungan sesama adik-beradik,” katanya yang dihubungi di sini, semalam.

No comments:

Post a Comment