Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Saturday, May 26, 2012

Zina: Hukuman di Dunia dan di Akhirat


Sekadar hiasan 

Tazkirah Ringkas Malam Jumaat
Di dunia, hukuman bagi orang yang berzina ialah dikenakan seratus kali sebatan bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin.

Orang yang berzina juga akan dikenakan tiga musibah di dunia dan tiga lagi di akhirat.
Di dunia:
- Dikurangkan oleh Allah S. W.T rezekinya yang halal.
- Dihilangkan keberkatan pada umurnya.
- Apabila keluar rohnya daripada jasad terlindung daripada pandangan Allah S.W.T. dan ditunjukkan kepadanya bayangan neraka dan malaikat Zabaniyah.

Di akhirat:
- Allah S.W.T memandangnya dengan pandangan yang murka.
- Mendapat seksaan yang amat berat.
- Akan diseksa dengan rantai api neraka di mana jika diturunkan ke bumi, hancurlah seluruh bumi.

“Barangsiapa yang mengisi pandangan dengan pandangan yang haram, Allah S.W.T akan mengisi matanya dengan api neraka jahanam. Barangsiapa yang berzina dengan seorang perempuan akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T daripada kuburnya dalam keadaandahaga, telanjang, menangis duka cita, dan hitam mukanya. Pada lehernya digantung rantai daripada api neraka dan pakaiannya pula daripada percikan api neraka. Terdapat juga ular dan kala jengking yang berlengkar pada kemaluan orang yang berzina. Barangsiapa yang berjabat tangan dengan perempuan yang haram, dia datang pada hari kiamat dalam keadaan kedua-dua tangannya terikat pada lehernya rantai api neraka. Jika ia mencium hidung perempuan itu, nescaya bibirnya dan hidung akan digunting oleh malaikat Zabaniyah dengan gunting api neraka.” 

Sumber: Buku ‘Peringatan kepada orang yang lalai karya Haji Abdullah bin Abdul Mubin Al-Syafie’

P/s: Ramai orang Islam di luar sana yang sudah berkahwin tetapi masih lagi mencari kepuasan 'seks haram' dengan kekasih gelap atau pelacur. Tidakkah mereka tidak tahu akan azab Allah? Bertaubatlah!!

No comments:

Post a Comment