Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Saturday, May 26, 2012

ZED ZAIDI PRESIDEN BARU SENIMAN


Pelakon, Zed Zaidi telah dipilih sebagai presiden baru Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) bagi penggal 2012/2013.


Zed dipilih sebagai Presiden Seniman yang baru pada Mesyuarat Agung Tahunan Kali Ke-14 di Kompleks Finas, Hulu Klang, pada Sabtu dengan 152 undian.

Selain Zed, dua lagi calon yang turut bertanding merebut jawatan itu adalah Datuk Ahmad Tarmimi Saregar (9 undi) dan Zulkifli Ismail (8 undi).

Manakala Elyas Iskandar telah dipilih sebagai Timbalan Presiden yang baru dengan majoriti undian sebanyak 97 undi.

Seramai 220 ahli yang layak telah membuang undi untuk pemilihan jawatankuasa terbaru itu.

Sebelum itu, Zed yang sepatutnya bertanding jawatan tersebut dengan bekas presidennya iaitu Datuk Mustapha Maarof bagaiamanpun beliau telah mengambil keputusan untuk menarik diri sebelum pengundian dimulakan.

No comments:

Post a Comment