Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, May 30, 2012

Budak Hanya Ketahui Diri Dirogol Selepas Dapat Pendidikan Seks di Sekolah



Rogol: Pengurus hotel 5 bintang kena 15 tahun, 11 sebatan

[BH] SHAH ALAM: Seorang pengurus hotel lima bintang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 11 sebatan, semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol dan mencabul anak teman wanitanya pada 2005.

Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan mencabul terhadap tertuduh, Mohd Insam Fadzli Yusof, 31.
 
Bagaimanapun, Noor Azian memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula semalam.
 
Beliau mensabitkan Mohd Insam bersalah atas tiga tuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi pembebasan tertuduh di akhir kes pembelaan pada 2011.

Katanya, beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Ampang terkhilaf dalam keputusannya apabila melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan itu.

“Ibu mangsa membenarkan tertuduh memiliki kunci pendua rumahnya kerana hubungan mereka seperti suami isteri walaupun belum berkahwin. Ini menunjukkan ibu mangsa mempercayai tertuduh. 

“Semoga hukuman dijatuhkan ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain,” katanya.
 
Pada 2010, Mohd Insam didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa di bilik tidur utama dan bilik air rumah teman wanitanya di Ampang, di sini, pada 2005. Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mohd Insam juga menghadapi tuduhan ketiga mengikut Seksyen 354 akta sama iaitu mencabul mangsa sama di bilik tidur pada 2005 dan sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda dan sebatan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif berkata, mangsa yang dirogol ketika berusia sembilan tahun hanya menyedari dirinya dirogol selepas mendapat pendidikan seks di sekolah menengah.

Beliau berkata, selama ini mangsa menyangka perbuatan tertuduh yang dipanggil 'Papa Sham' itu kerana kasih sayang. 

No comments:

Post a Comment