Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..
Tuesday, May 1, 2012
PAS Tak Tolak Kemungkinan BERSIH 4.0
PAS tidak menolak kemungkinan dan bersedia dengan sebuah lagi perhimpunan besar jika kerajaan enggan melakukan reformasi pilihan raya selepas BERSIH 3.0 pada Sabtu lalu.
"Kita tengok dulu BERSIH 3.0 sama ada kerajaan buat perubahan atau tidak. Jika kerajaan tidak buat perubahan, media tidak bebas, pilihan raya tipu lagi, daftar pemilih tidak bersih, kita akan buat lagi.
"Celup dakwat pun belum tentu lagi, dakwat jenis mana kita tidak tahu lagi. Ketua-ketua pengarang yang cuba hendak bebas akan dipecat dan dilantik yang ikut arahan sahaja," kata presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang seperti dilaporkanHarakahdaily.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu turut menyuarakan perkara yang sama sebelum ini.
Beliau menjangkakan hampir sejuta rakyat akan turun jika BERSIH 4.0 diadakan bagi meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap sistem pilihan raya.
Bagaimana pun, beliau menyerahkan kepada jawatankuasa pemandu BERSIH untuk memutuskan perkara itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment