Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, May 16, 2012

Tuntutan Suami Macam ‘Budak-Budak’ Buat Saya Geli Hati – Rita Rudaini

Ekoran Aidil membuat tuntutan supaya Rita Rudaini berpindah ke rumah miliknya di USJ1 sebagai tanda taat setia, Rita Rudaini melabelkan tuntutan suaminya itu seperti budak-budak. Bagi Rita, tuntutan tersebut tidak masuk akal kerana selama ini dia tidak pernah melanggar perintah suami ataupun membelakangkannya.
rita rudaini
Kata Rita:-
Dia tuntut saya supaya kembali taat? Haa… memang betul-betul kelakar. Saya tergelak dengar tuntutan dia. Selama ini siapa yang tidak taat? Saya menjalankan tugas sebagai isteri dengan baik untuk dia dan anak-anak. Saya juga tidak pernah lari atau keluar dari rumah tetapi dia yang buat (keluar rumah) senyap-senyap dan tinggalkan saya dengan dua orang anak bersendirian,
Malah kata Rita, dia tidak ada sebab untuk berpindah kerana sudah lebih 4 tahun menghuni di kediamannya di Damansara:-
Buat apa saya nak pindah? Sudah empat tahun kami tinggal bersama di Damansara. Kenapa dia tak balik rumah dan tinggal bersama saya serta anak-anak kalau dia suami yang bertanggungjawab? Sewa rumah sebanyak RM3,000 sebulan itu kami kongsi untuk bayar sama-sama. Bayangkan, bayaran yang separuh dia keluarkan itu pun dipertikaikan, apatah lagi nafkah anak-anak?
rita
Sementara itu Aidil menafikan yang dia mempunyai wanita lain dan mengakui masih menyayangi isterinya walaupun sedikit tawar hati dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Rita di dalam media.
Tuduhan itu adalah satu dakwaan yang mengarut kerana saya tidak berlaku curang dengannya, apalagi dengan kesibukan menjalani latihan bola sepak. Saya tiada masa untuk semua itu. Saya berpendapat Rita menuduh saya menjalinkan hubungan dengan wanita lain berdasarkan komen yang dibuat oleh peminat-peminatnya menerusi laman sosial Twitter. Saya masih lagi menyayanginya, cuma hati saya sedikit tawar dengan kenyataannya yang telah keluar di media. Apa-apa pun, saya harap dia kembali kepada saya dengan syarat dia perlu menjadi isteri yang baik dan mendengar kata.
Secara logiknya, memang benar kata-kata yang dikeluarkan oleh Rita mengenai tuntutan Aidil. Namun kalau betul masih sayangkan suami dan anak-anak, duduklah berbincang. Buang ego masing-masing. Tak salah rasanya untuk salah seorang daripada mereka mengalah untuk masa depan anak-anak. Tak gitu?-

No comments:

Post a Comment