Lihatlah gambar di atas:
1. Memotong dawai berduri dan mengalih penghadang di Dataran Merdeka
2. Membaling batu, memanjat, dan memecahkan cermin kereta polis
Anda kenal mereka ini? Ada orang kata mereka ini SB? kalau SB, takkan mereka akan ditahan. Kah kah kah...
Saya petik:
PDRM janji tangkap perusuh dalam waktu terdekat
[SH] KUALA LUMPUR - Polis akan menangkap peserta perhimpunan Bersih 3.0 yang bertukar ganas di ibu negara Sabtu lepas dalam masa terdekat, dengan bantuan gambar-gambar pihak berkenaan yang diperoleh pasukan itu.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Bakri Zinin berkata gambar-gambar mereka yang bertindak ganas seperti memukul polis dan orang awam serta merosakkan harta benda ketika perhimpunan itu berlangsung akan disiarkan tidak lama lagi.
"Kami ada gambar-gambar mereka dan kami akan hebahkan kepada media dan orang ramai dalam masa terdekat bagi membantu kami menangkap perusuh-perusuh itu," katanya dipetik Bernama.
Beliau bercakap kepada pemberita di ibu pejabat polis Bukit Aman di sini, hari ini.
Sabtu lepas, peserta perhimpunan itu bertindak merempuh pengadang untuk memasuki Dataran Merdeka sekaligus melanggar perintah Mahkamah Majistret melarang kehadiran orang awam di dataran itu mulai 28 April hingga 1 Mei. Larangan itu dikeluarkan berikutan langkah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur tidak membenarkan dataran itu dijadikan lokasi perhimpunan anjuran badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang.
Beberapa lokasi alternatif seperti Stadium Merdeka ditawarkan namun ditolak oleh penganjur perhimpunan itu.
Semalam, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohmad Salleh berkata polis menahan seorang lelaki di Negeri Sembilan mengikut Seksyen 440 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan berhubung insiden kekecohan semasa perhimpunan itu.

No comments:
Post a Comment