Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Tuesday, May 1, 2012

Kenapa Anda Cepat berputus Asa? Renungan Buat Sahabat


1. Saya kasihan melihat mereka yang hanya ditimpa sedikit kesempitan hidup sudah berputus asa, kecewa sehingga sanggup merosakkan aqidahnya. Tanpa memikirkan kepentingan aqidah tersebut. Di rasakannya dunia ini telah kiamat dan hidupnya sudah tidak mempunyai harapan. Sedangkan dirinya lebih baik berbanding orang lain yang lebih teruk ditimpa musibah hidup.

2. Putus cinta, gagal dalam perjuangan kehidupan antara masalah lumrah dalam kehidupan. Tidak ada manusia yang terlepas dari ujian hidup, hatta para nabi 
pun melaluinya. Apa yang membezakannya ialah tingkatan ujian yang dihadapi. 





3. Saya suka mengambil contoh apa yang saya lalui sebagai satu perkongsian buat mereka yang cepat berputus asa dalam berhadapan dengan musibah kehidupan. Semoga bermanfaat, saya bukan menunjuk-nunjuk tetapi sebagai perkongsian hidup dan saya ikhlas.

4. Sebelum saya memeluk agama Islam, saya punya ramai kawan, awek bertukar-tukar, saya ada keluarga boleh dikatakan apa yang saya mahu semua dapat. Tetapi setelah memeluk Islam saya kehilangan semuanya. Saya dipulau oleh kawan-kawan, awek meninggalkan saya, saya hilang keluarga. Saya menangis ketika itu, sedih, pedih.Adakah saya menyesal? Tidak saya tidak menyesal. Saudara walaupun perit hati kerana putus bercinta, sekurang-kurangnya saudara masih ada kawan dan keluarga.

5. Kini setelah memeluk Islam saya ingatkan saya kehilangan segalanya tetapi tanggapan tersebut adalah salah. Apa yang saya perolehi hari ini lebih hebat daripada sebelum saya memeluk Islam. Awek? Kawan? Semua ada bahkan ramai. Setiap hari saya menerima tawaran untuk bercinta dengannya tetapi saya menolak kerana belum bersedia untuk itu.



6. Kepada sahabatku yang ditimpa ujian (putus cinta) renungkan dirimu sebaiknya, adakah kerana cinta kita gadaikan aqidah kita dan murtad dari agama Islam? Saya dari agama kegelapan memeluk Islam kerana hanya Islam yang benar. Selain Islam semuanya adalah salah. Saudara sepatutnya malu kepada saya, kalau saya boleh melakukan kenapa saudara tidak boleh? Saya makan nasi, lapar, tidur, ada perasaan sama seperti saudara. Semoga hati terbuka untuk kembali ke jalan yang benar.

7. Saya mohon maaf kalau terkasar bahasa. Sahabatmu

No comments:

Post a Comment