Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Tuesday, May 15, 2012

GAMBAR KAD KAHWIN NURUL


Penyanyi Nurul Wahab, 35, mula mengedarkan kad undangan perkahwinannya bermula Isnin untuk majlis yang akan berlangsung pada 6 Jun depan di Duchess Place, Jalan Ampang, dekat sini.


Majlis tersebut akan diadakan secara sederhana dan dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan terdekat termasuklah pihak media dengan jumlah tetamu yang terhad.

Nurul dan bakal suaminya, Eric Daniel Depp, 47, seorang warganegara Perancis akan melalui upacara akad nikah kira-kira pukul 11 pagi dan bersanding selepas majlis tersebut diikuti dengan jamuan makan tengah hari.

mStar Online turut menerima kad jemputan perkahwinan berkenaan yang berwarna hijau pada pagi Isnin dan dihantar sendiri oleh Nurul.

Walaupun kad berwarna hijau lembut tersebut kelihatan sederhana, ia cukup melambangkan kasih sayang dan gelora cinta mereka yang disimpul utuh.

Lagi kad jemputan perkahwinan Nurul Wahab dikongsi oleh Media Hiburan

No comments:

Post a Comment