Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Monday, May 14, 2012

DRAMA DALAM HATI ADA TAMAN


Pelakon yang baru berusia 22 tahun, Randy Pangalila akan bergandingan sekali lagi bersama Elfira Loydalam sebuah drama bersiri berjudul “Dalam Hati Ada Taman”. Drama bersiri 13 episod ini adalah drama terbaru arahan Michael Ang dan bakal disiarkan di Astro Ria pada Oktober depan.


Apa yang lebih menarik, Randy Pangalila juga akan turut berlakon bersama selebriti-selebriti tempatan terkenal seperti Haniz Suraya, Amy Mastura dan Didie Alias.

Dalam kenyataannya kepada sebuah tabloid tempatan, Randy memuji kualiti dan hasil kerja Michael Ang serta membandingkannya dengan produksi di Indonesia.

“Saya juga sukakan hasil karya Michael kerana gambarnya cantik. Ia ternyata berbeza dengan kebanyakan sinetron yang pernah saya bintangi. Ini kerana peralatan digunakan canggih menggunakan kamera DSLR, sedangkan di sana masih lagi menggunakan kamera beta. Menonton Mimpi Sampai Ke Bintang, saya berasa teruja kerana keindahan babak dirakamkan. Malah, senyuman saya nampak cantik sekali. Ia bagaikan menonton filem atau iklan televisyen, sedangkan ia hanya drama.” – Randy Pangalila, dipetik dari Harian Metro.




No comments:

Post a Comment