Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Tuesday, May 8, 2012

Dokumen Pembelian Saham Yang Perlu Disain Sebelum Peneroka Felda Layak Terima Habuan RM15 Ribu


Foto: Pahang Daily


Ada sesiapa boleh sahkan ketulenan dokumen di atas?

Yang menakutkan, perenggan yang digarisi pen merah dalam dokumen di atas jelas tertulis bahawa "Saya (peneroka) pada bila-bila masa bertanggungjawab sepenuhnya dan bersedia menanggung segala kerugian dan sentiasa bersedia menanggung kerugian terhadap semua tindakan...". Klausa  tersebut menunjukkan bahawa pihak Felda seolah-olah lepas tangan dan meletakkan segala risiko di atas bahu peneroka. Oleh sebab itu, saya bertanya sekali lagi, adakah dokumen di atas tulen?

Jika tulen, maka 122 ribu peneroka yang sudah menandatangani dokumen itu, yang kini tersenyum lebar menunggu duit RM15 ribu, akan menanggung segala kerugiaan yang boleh berlaku pada bila-bila masa. Berdasarkan perjanjian di atas, kebimbangan NGO dan pemimpin PR tentang masa depan peneroka yang terlibat dalam penyenaraian FGVH amat berasas dan wajar diberi perhatian.

Blog Pahang Daily turut mempersoal jumlah durian runtuh yang sepatutnya diterima oleh peneroka. Menurut blog itu:

Selepas 360 ribu hektar tanah Felda Plantation dicagarkan kepada Felda Global Ventures Holdings (FGVH) selama 99 tahun, peneroka Felda akan menerima bayaran lump sum RM5.9 billion. 

Bilangan peneroka Felda di Malaysia ialah 112,635 orang (rujukan: laman web Felda). RM5.9 billion dibahagi kepada 112,635 = lebih kurang RM52,381 per keluarga. 

Kalau peneroka dicampur dengan staf Felda pula, ada kira-kira 220,000 orang. Jadi RM5.9 billion dibahagi kepada 220,000 = lebih kurang RM26,818. 

Jadi anggaran jumlah durian runtuh sepatutnya antara RM25,000 ke RM50,000.  


Selain syarat perjanjian yang bersifat lepas tangan (jika dokumen di atas tulen), berdasarkan perkiraan yang dibuat oleh blog PDO menunjukkan peneroka mungkin juga ditipu dari segi pembayaran. Jika benar pengiraan di atas, di mana BAKI lebih kurang RM4 bilion? Masuk ke poket siapa?


Kemas Kini:

Seorang rakan mendakwa borang di atas tulen. Katanya: Aku sahkan ..... Hati sakit ...... Bapak aku tanam sendiri x follow tanam semula dengan Felda.... Hasil kelapa bapak aku x di benarkan jual ke pihak luar... Bila jual ke Felda perahan rendah ... Harga rendah.... Pastu time dapat bonus ... Lahanat tut kata mereka yang bersama Felda dapat 500 yang x bersama Felda dapat 300.....
Sedangkan bapak aku jual berpuloh tan sebulan.... Yang bersama Felda tanam semula x cukup tan pun... Cz jagaan x sebagus peneroka yang tanam sendiri.....

No comments:

Post a Comment