Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, February 29, 2012

Kanak-kanak Dipaksa Berlari Hingga Mati



The Sun yang memetik sumber media melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia sembilan tahun di Alabama, AS meninggal dunia selepas dia didakwa telah dihukum "lari hingga mati" kerana menipu makan coklat.

Concerns: Neighbours called the sheriff's office after witnessing what was happening to nine-year-old Savannah in the rural Carlisle community

Lokasi kejadian.

Susulan kematian tragis itu, ibu tiri dan nenek kanak-kanak itu telah ditahan atas tuduhan melakukan  pembunuhan. Menurut DM yang memetik sumber pihak berkuasa, nenek Savannah, Joyce Hardin Gerrard telah memaksa cucunya itu berlari dan ibu tirinya didakwa tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menghalang perbuatan tersebut.


Jessica Mae Hardin is seen in a booking photo released by the Etowah County Sheriffís Office in Etowah County, Alabama <

Joyce Hardin Garrard is seen in a booking photo released by the Etowah County Sheriffís Office in Etowah County


  Joyce Hardin Garrard (bawah), Jessica Mae Hardin (atas)
Kanak-kanak itu, Savannah Hardin yang mempunyai masalah beberapa masalah kesihatan telah dipaksa berlari mengelilingi rumah selama TIGA jam. Dia meninggal dunia di hospital tengah hari pada hari Isnin, dan laporan awal menunjukkan dia kehilangan cecair tubuh yang serius dan mempunyai paras sodium yang terlalu rendah.

Lewat malam kejadian, ibu tiri Savannah, Jessica Hardin, 27, menghubungi  911 apabila mendapati kanak-kanak malang itu mengalami sawan. Dia telah dihantar ke hospital daerah sebelum dipindahkan ke sebuah hospital di Birmingham.

Bapa Savannah, Robert yang bekerja di luar negara telah bergegas pulang sebaik mendengar berita tentang keadaan anak perempuannya. Savannah yang mengalami dehidrasi yang teruk terpaksa menggunakan mesin sokongan hayat. Robert Hardin kemudiannya membuat keputusan untuk memutuskan sambungan mesin sokongan hayat dan Savannah meninggal dunia selepas itu.

No comments:

Post a Comment