Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, February 22, 2012

Kak Engku Dan Adzmin Masih Pimpin Tangan?

KUALA LUMPUR -   Demi kasih dan sayang kepada anak-anak, pengacara dan pelakon, Raja Azura, 40, atau lebih di kenali sebagai Kak Engku masih lagi ‘mengamalkan’ berpegangan tangan dengan bekas suaminya, Adzmin Osman ketika keluar bersama.

Memang pelik tindakan Kak Engku yang di anggap ‘berani’ bermesra dengan Adzmin memandangkan mereka sudah berpisah hampir setahun empat bulan yang lalu.

Malah, pelakon wanita itu tidak segan memegang tangan bekas suaminya ketika berhadapan dengan tiga orang anak mereka atau pun secara tidak sengaja perlakuan itu dilakukan ketika bertemu.

Namun, bagi Kak Engku, tindakan itu adalah kerana kasihan kepada anak-anaknya yang masih kecil dan tidak mengerti tentang erti perpisahan atau perceraian yang berlaku antara ibu dan bapa mereka.

“Saya dan suami masih berkawan baik. Sama seperti kami masih berkahwin dulu. Kadang-kadang kami terpegang tangan masing-masing, terutama di hadapan anak-anak. Entah sudah terbiasa agaknya.

“Hubungan kami masih baik, seperti suami isteri. Walaupun sudah berpisah, Adzmin akan tetap datang menjenguk anak-anaknya setiap dua minggu sekali dan ada kalanya kami bercuti sekeluarga jika ada peluang,” kata Kak Engku yang dipetik dari Murai.com.

Kak Engku yang baru sahaja pulang bercuti dari Singapura bersama-sama anak-anak dan bekas suaminya berkata, dia tidak mahu menjadikan anak-anak sebagai mangsa akibat dari perpisahan yang terjadi.

Sehubungan dengan itu, Kak Engku beranggapan adalah penting untuk dia dan bekas suami bersama-sama menjaga kebajikan anak-anak dan sentiasa memberikan kasih sayang serta didikan terbaik kepada zuriat mereka.

Ketika ditanya adakah dia akan kembali ke pangkuan bekas suami, Kak Engku berkata, dia lebih selesa untuk hidup sendiri dan jauh sekali berfikir untuk hidup mempunyai suami seperti dahulu.

Kak Engku juga tidak mahu mementingkan diri sendiri dengan mencari pasangan hidup yang lain dan lebih mahu memikirkan soal anak-anak dek kerana takut pisang akan berbuah dua kali yang memungkin dia mengalami peristiwa yang sama.

“Rujuk semula? Saya tak bersedia kerana banyak perkara yang perlu saya fikirkan kerana saya tidak mahu pisang berbuah dua kali.

“Saya mahu pastikan sejarah hitam yang saya alami hilang terlebih dahulu dan kemudian barulah saya fikirkan untuk rujuk kepadanya atau tidak. Sekarang ini adalah proses untuk kami membetulkan kesilapan masing-masing,” katanya.

No comments:

Post a Comment