Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, October 3, 2012

Puteri Sarah Mengaku Cium Amar


Gambar kesan ciuman di pipi Amar akhirnya terjawab apabila kekasihnya iaitu Puteri Sarah mengaku mencium Amar. Media Hiburan telah menghubungi Puteri Sarah untuk penjelasan lanjut.


Ketika diajukan persoalan tersebut, Puteri Sarah lantas memberitahu;

“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya mencium pipi Amar ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya menciumnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa saya cium Amar di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

"Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”

P/S: sungguh rendah moral artis malaysia. mak bapak taknak cium. sibuk dok cium laki bukan muhrim..gatai

No comments:

Post a Comment