Gembira kami apabila hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin erat, malah pergi bercuti bersama. Berita hubungan mereka mula erat dan kukuh timbul sekitar bulan Ramadhan yang lalu apabila mereka di lihat berbuka puasa bersama.
Portal hiburan Murai melaporkan yang kedua dua mereka kini semakin akrab dan buktinya mereka telah pergi bercuti bersama ke Genting Highlands pada hujung minggu lalu.
“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik kerana kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak anak”
“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua. Alhamdulillah,” ujar Memey Suhaiza.
Berikut beberapa keping gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim dan anak anak mereka ketika bercuti di Genting Highlands hujung minggu lalu.
No comments:
Post a Comment