Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, May 30, 2012

Rakyat malu PM dikaitkan dengan skandal Scorpene



MELAKA: Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Mohd Hatta Ramli berkata rakyat Malaysia merasa malu kerana mempunyai seorang Perdana Menteri yang dikaitkan dengan isu skandal kapal selam Scorpene.

"Kalau di negara lain bekas-bekas pemimpin sahaja yang dikaitkan dengan mahkamah, Hosni Mubarak di Mesir, Zaen-Abidin Ben Ali di Tunisia tetapi di Malaysia Perdana Menteri kita sendiri yang dikaitkan dengan isu kapal selam Scorpene dan beliau dipanggil menjadi saksi perbicaraan tersebut.

"Malah kes ini juga dikaitkan dengan Altantuya yang mati dibunuh dengan kejam oleh pengawal peribadi Najib sendiri," ujar Dr Hatta pada ceramahnya di Majlis Perasmian Jentera Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil di Bukit Beruang di sini malam tadi.

Beliau berkata lebih malang lagi Perdana Menteri langsung tidak memberikan komen kepada isu ini apabila beliau ditanya.

"Perdana Menteri jawab 'no comment', Timbalan Perdana pun jawab 'No Comment', ini isu besar bukannya isu kecil, mengapa mereka tidak mahu komen.

"Ayah Altantuya baru-baru ini semasa berkunjung ke Malaysia untuk mengetahui perkembangan kes anaknya di sini berkata beliau melihat Altantuya, Razak Baginda dan Najib Razak dalam satu gambar tetapi gambar itu tiada dalam simpanannya," tambahnya. 

Ceramah yang julung kali dianjurkan atas nama Pakatan Rakyat Parlimen Bukit Katil malam tadi dihadiri ribuan rakyat yang majoritinya orang Tionghua. 

Turut berceramah pada program tersebut ialah Ahli Parlimen Taiping, Nga Kor Ming, Exco Kerajaan Negeri Selangor, Dr Yaakob Sapari dan Pengerusi PKR Melaka, Shamsul Iskandar Md Akin.

Ibu didakwa kurung anak di dalam almari pakaian selama empat tahun setengah




BANDAR OKLAHOMA – Seorang wanita ditahan polis selepas anak lelakinya yang berusia 14 tahun mendakwa dikurung di dalam almari pakaian selama empat tahun setengah, kata polis kelmarin.

Seorang pengawal keselamatan di sini menghubungi polis selepas remaja itu mendapatkan pertolongannya setelah berjaya melarikan diri dari rumah pada Jumaat lalu.

“Dia lapar, kotor dan mempunyai banyak kesan calar. Saya sangat sedih,” kata Sarjan Gary Knight.

Remaja itu dihantar ke hospital untuk diperiksa sebelum diserahkan kepada Jabatan PerkhidmatanKemanusiaan (DHS), kata Knight.

Tambah Knight, remaja itu berpindah ke Oklahoma dari New Jersey selepas ibunya dibebaskan dari penjara.

Remaja tersebut mendakwa dia melepaskan diri setelah berjaya menolak penghadang almari.


Polis pada Sabtu lalu menahan ibu remaja itu, LaRhonda Marie McCall, 37, dan rakannya, Steve Vern Hamilton, 38, atas 20 aduan kerana mengabaikan kanak-kanak serta penderaan.

Tuduhan rasmi masih belum dikemukakan tetapi kedua-dua suspek dikenakan bon AS$400,000 (RM1.4 juta), menurut sejumlah rekod penjara

Tertembak adik guna senapang buatan jiran


RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.
RISAU...Maderom (kiri) bersama Aznul ketika ditemui di Hospital Miri, semalam.

MIRI: “Peluru itu masih dalam kepala dan turut mengenai otaknya, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal.

“Kerana kecuaiannya (jiran) meletakkan senapang di tempat tidak sepatutnya, nyawa anak saya kini terancam,” rintih Maderom Matassan, 41, bapa kepada Nurul Afifah, 8, kanak-kanak perempuan yang cedera parah terkena tembakan di dahi dalam kejadian di kuarters pekerja kilang di Kampung Muhibah, Kuala Baram, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, dia mengharapkan nyawa anaknya dapat diselamatkan meskipun doktor belum dapat mengesahkan keadaan sebenar berikutan peluru dalam kepala anaknya masih belum dapat dikeluarkan.

“Setakat ini, doktor hanya memantau keadaan anak saya berikutan peluru itu turut mengenai otak, sekali gus meletakkannya dalam keadaan sangat kritikal,” katanya ketika ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Miri, semalam.

Meskipun kesal dengan kejadian itu, Maderom berkata, dia menyerahkan perkara itu kepada pihak polis untuk tindakan dan siasatan lanjut supaya pihak bertanggungjawab dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya.

Katanya, dia kini turut khuatir melihat emosi abang mangsa, Mohd Nur Aznul berusia 10 tahun yang sering menangis kerana trauma dengan kejadian menimpa adiknya.

“Mereka sangat rapat dan sering bermain bersama-sama selain tidak pernah berpisah. Jadi apabila perkara ini berlaku, abangnya sering menangis teringatkan adiknya.

“Keadaan ini menyebabkan saya serta isteri terpaksa menenangkan Aznul sepanjang masa dan memberitahu kami tidak menyalahkannya,” katanya.

Dalam kejadian jam 10 pagi itu, Nurul Afifah parah selepas terkena tembakan di dahi yang dilepaskan secara tidak sengaja oleh Aznul, ketika mereka bermain senapang buatan sendiri milik seorang jiran yang ditinggalkan berhampiran tangki air kuarters berkenaan. Difahamkan, senapang itu diletakkan jiran berusia 20-an di situ kerana menyangka ia tidak lagi dapat digunakan selepas gagal berfungsi ketika dia cuba menembak burung beberapa hari lalu.

Sementara itu, jurucakap polis berkata, setakat ini dua suspek yang disyaki pemilik senapang berkenaan direman tujuh hari bagi membantu siasatan.

Katanya, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 32 Akta Senjata 1960 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 10 tahun jika sabit kesalahan.

Mahkamah Putuskan Aduka Taruna Tak Bersalah Hina Almarhum Sultan



Mahkamah memutuskan penulis blog Khairul Nizam Abd Ghani yang didakwa menghina almarhum Sultan Johor tidak bersalah atas tuduhannya.

Perkara itu diputuskan oleh Mahkamah Sesyen Seremban hari ini, kata peguamnya Mohd Radzlan Jalaluddin melalui SMS kepada Malaysiakini.

Khairul Nizam, 31, atau nama penanya Aduka Taruna dihadapkan ke mahkamah pada 29 Januari dua tahun lalu selepas direman empat hari oleh mahkamah majistret Kota Baharu.

Beliau didakwa menghina dengan niat untuk menyakiti institusi kesultanan Johor dan rakyat antara jam 7.25 sehingga 9.05 pada 22 Januari 2010.

Khairul Nizam dituduh mengikut Seksyen 233(1)(A) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya.

Pemuda itu sebelum ini menyerah diri ibu pejabat polis daerah (IPD) Kota Bharu

Datuk Dr.Asri Ulas Isu Nizar-Sultan Johor

Rasanya ada orang yang dah terbawa-bawa isu remeh temeh secara berlebihan dan keterlaluan. 

Statement Nizar Jamaluddin mengenai no plat WWW memang ada kewajaran nya. Tak kira lah samada dibeli menggunakan wang pembayar cukai mahupun dibeli menggunakan wang hasil sendiri, tetapi pembaziran tetap merupakan satu pembaziran.

Namun sayangnya tak seme orang mampu memandang isu neh dengan pemikiran yang kritis. Mereka cenderung nak melatah semata2 ia isu yang membabitkan sultan. Apa yang YB Nizar cakapkan tue sebenarnya takde apa sebenarnya. Sekadar satu pandangan jek. Lihat kat bawah neh ;


Namun akhirnya dia dah minta maaf setelah diasak bertubi2 oleh mereka2 yang taksub. Nak bagi pandangan pun susah. Bukan lah dia nak pergi bunuh orang sampai yang beria2 nak marah. Tapi nampaknya permohonan maaf dia bukan sahaja ditolak malahan dia bakal disiasat di bawah akta hasutan dan juga sedang diancam. Rujuk sini.

Wahh.. main ugut2 orang pula ye sekarang neh? Padahal cuma nak nyatakan pandangan jek. Biasalah orang bagi pandangan dari kaca mata rakyat. Kalau sungguh silap betulkan. Tak perlu kot nak lemparkan tuduhan yang tak berasas ke atas batang tubuh Nizar Jamaluddin.

Sekarang neh Dr Maza juga telah nyatakan pandangan nya mengenai hal tersebut. Bagaimana? Adakah Dr Maza akan disiasat sebab menyentuh isu kesultanan melayu johor? Ataupun dia akan dicop sebagai ulama wahabi? Adakah sesiapa selepas neh nak pergi pancung Dr Asri dan sekeluarga? Sama2 kita tengok reaksi dorang macam mana.



Jika golongan raja itu tidak boleh dipertikaikan tindakan dan perangai mereka, bererti rakyat mempertuhankan mereka dan menghambakan diri -Twitter Datuk Dr.Asri 30/5/2012


Ulasan GB

Setahu GB, sultan juga manusia., bukan dewa. Justeru bila kata ia manusia maka ia tertakluk kepada penghanbaan diri kepada Allah swt kesemuanya.

Dan di dalam Surah Al-Asr, "manusia" (tak kira raja, tak kira rakyat biasa) semuanya diseru supaya saling pesan-memesan dengan kebenaran dan pesan memesan dengan kesabaran.

"Demi masa, sesungguhnya manusia itu di dalam kerugian
melainkan mereka yang beriman dan beramal saleh,
pesan-memesan dengan kebenaran
pesan-memesan dengan kesabaran"


Apa yang dilakukan oleh DS Nizar itu adalah di dalam kerangka "pesan-memesan" yang diperintah Allah swt kepada kita semua.

Kalau menegur Sultan dianggap menghasut, dianggap satu kesalahan, pergi marah sama Tuhan yang turunkan Surah Al-Asr itu!

UMNO pula mahu tunjuk lagak pertahankan sultan/raja walhal merekalah sebenarnya perkhianat dan penderhaka institusi sultan dan raja selama ini.




Tekanan dari guru miang terlampau


ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis  mengenai kejadian dia dicabul.
ADUAN...Ayu menunjukkan laporan polis mengenai kejadian dia dicabul.


KUALA LUMPUR: Seorang guru wanita kini trauma dan mengalami tekanan perasaan serius sehingga mahu membunuh diri selepas mendakwa mengalami gangguan seksual serta dicabul guru lelaki di sekolahnya di sekitar Bangsar, di sini.

Gangguan seksual itu didakwa berlarutan sejak lebih tiga tahun lalu dan guru lelaki berusia 50-an yang bercucu itu pernah meluahkan perasaan cinta kepada mangsa.

Guru berkenaan yang mahu dikenali sebagai Ayu, 32, berkata, kemuncak gangguan itu ialah pada 30 April lalu apabila guru lelaki terbabit memegang kemaluannya selepas sering menghantar SMS lucah kepadanya.

“Saya mengalami tekanan seperti mahu membunuh diri. Tiada siapa yang menghulurkan tangan membantu menyelesaikan masalah, sebaliknya menuding jari kepada saya seperti saya pula yang bersalah.

“Sedangkan lelaki yang melakukan pencabulan ke atas saya tidak dikenakan sebarang tindakan. Setiap hari di sekolah saya perlu berdepan dengan lelaki miang itu menyebabkan saya mengalami tekanan perasaan teruk,” katanya ketika ditemui Harian Metro.

7 Sayuran dan Buah Terbesar di Dunia


1. Ubi (Sweet Potato) dengan berat 11,2 kg
Dimiliki oleh petani dari Lebanon, Khalil Semhat

2. Marrow (sejenis pare) dengan berat 65 kg
Pemiliknya bernama Ken Dade dari Norfolk

3. Kol (cabbage) dengan berat 34.4 kg
John Evans di Palmer, Alaska

4. Semangka dengan berat 122 kg
Lloyd Bright

5. Wortel (carrot) dengan berat 8,5 kg
John Evan

6. Labu (pumpkin) dengan berat 766 kg
Rhode Island

7. Kembang Kol (Cauliflower) dengan berat 14,1 kg



Evans

RESTORAN BOGEL


saiz gambar sengaja dikecilkan kerana imej yg dipaparkan sangat keterlaluan..semoga mereka insaf dan kembali kepada Allah s.w.t


Percaya atau tidak? Terdapat sebuah restoran di ibu negara iaitu di bangsar yang menawarkan tayangan perempuan bogel dan separuh bogel beraksi di dalam kolam renang berhampiran dengan meja makan. Malah restoran ini turut menawarkan khidmat seks untuk para pengunjung restoran tersebut. Sambil mengenyangkan perut, pengunjung restoran ini turut berpeluang mengenyangkan bawah perut. Selepas makan nasi makan orang pulak kah kah kah.



Restoran ni yang sudah beroperasi lebih setahun lalu menjadi tumpuan lelaki-lelaki hidung belang di ibu kota. Pelayan-pelayan di restoran ini hanya mengenakan bikini dan rela bikini mereka disingkapkan sekiranya diminta berbuat demikian. Salah seorang pengunjung yang mengongsikan gambar ini berkata "Restoran ini ibarat syurga dunia, jadi tempat kami release tension ". Malah ada di antara pengunjung yang berpeluang untuk membawa balik perempuan yang diminati dari kolam renang tersebut.


Di bawah ini pula gambar salah seorang pengunjung yang sempat bergambar sebagai kenangan mengunjungi restoran syaitan tersebut. Wajah individu tersebut terpaksa dikaburkan atas permintaan pengirim gambar. Cuba perhatikan betul-betul, mungkin anda kenal lelaki yang bergambar ini.





p/s : bukan untuk mengaibkan sesiapa.sekadar perkongsian. Masyarakat dunia kian jauh terpesong. Nilai murni dibiarkan ditelan zaman tanpa menghiraukan dosa pahala, asalkan kepuasan seranah dipenuhi. Ya Allah, jauhilah kami dari keadaan sebegini mahupun anak cucu dari keturunan kami dari terlibat sama sekali dengan aktiviti laknatullah ini. Berikanlah petunjuk dan hidayahMu kepada mereka yg kian lalai dengan duniawi semata-mata.

Remaja Bawah Umur Dicekup Di Bilik Rahsia

Kuala Terengganu -Seorang remaja perempuan bawah umur antara lima warga Thailand yang dicekup dalam sebuah bilik rahsia selepas digeledah selama dua jam oleh anggota Jabatan Imigresen Terengganu dalam satu operasi ‘OPS Sayang’ 8 Mei lalu jam 3 pagi di sebuah rumah urut “Macam-macam ada’ di Jalan Ladang, di sini.

GambarRemaja berusia 16 tahun ini (kiri) dipercayai bekerja sebagai tukang urut di sebuah rumah urut, “Macam-macam ada’ di Jalan Ladang, Kuala Terengganu

Bagaimanapun, remaja berusia 16 tahun itu yang berasal dari Narathiwat Thailand diarahkan dijaga di bawah pengawasan Rumah Perlindungan Kanak-kanak sementara menunggu siasatan penuh laporan Jabatan Imigresen Terengganu atas pertuduhan Anti Pemerdagangan Orang 2007 oleh Mahkamah Majistret, di sini, kelmarin.

Majistret Noradila Ab Latif mengeluarkan perintah perlaksanaan dikuatkuasa selama 14 hari manakala empat lagi wanita yang berusia dari 26 tahun hingga 37 tahun itu diperintah dijaga di bawah pengawasan rumah perlindungan wanita.

Terdahulu, laporan Jabatan Imigresen Terengganu mengenal pasti kelima-lima mereka dicekup ketika itu menggunakan pasport lawatan sosial serta tidak mempunyai permit sah bekerja di premis berkenaan.

Mereka dipercayai bekerja sebagai tukang urut yang turut menawarkan khidmat urutan ‘istimewa’ serendah RM50 dengan berpakaian seksi bagi menarik pelanggan.

Lelaki Cerca Sultan Johor Beli WWW 1


Lelaki Cerca Sultan Johor Beli WWW 1
Umum mengetahui Sultan Johor telah memenangi dan berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1” dengan bidaan tertinggi iaitu sebanyak RM520,000.

Sultan Ibrahim Ismail Sultan Iskandar juga berjaya mendahului 9,999 pembida yang lain termasuklah Yang di-Pertuan Agong dan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai dalam proses pembidaan.

Namun, sekarang ini, timbul pula keadaan kurang enak apabila seoranglelaki telah berani mencerca Sultan Johor apabila berjaya memiliki nombor plat kenderaan “WWW 1” itu.

Lelaki tersebut telah mempertikaikan dari mana sumber wang yang digunakan oleh Sultan Johor untuk membeli nombor plat itu di laman sosial Facebooknya.

Malah, dia juga berani mengeluarkan kata-kata kesat mengutuk Sultan Johor dan kerabat di-Raja yang lain.

“Kenapa nak beli nombor plate samapi Rm5230K pasal nak no plate WWW1.. Bodoh punya Sultan.. That why I hate rotal people yng guna duit cukai rakyat semata-mata nak beli benda2 x guna. no plate WWW1 buat dia masuk syurga ke? Kalo la Rm520k buat amal jariah bukak sekolah tahfiz ke.. pahala dapat berganda2.. aku ada tngok seorang yang miskin keje kuli2 susah payah kumpul duit derma tuk pembangunan sekolah tahfiz.. Moga beliau dicucuri rahmat,” tulis lelaki tersebut.


Ekoran tersebarnya status lelaki yang berani itu, Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim telah membalas balik kenyataan lelaki itu di laman Twitternya.

“JOHOR Royal Family does Not take any Money from the Government. Since the time of Almarhum Sultan Ibrahim. Feel free to ask the MB or any Government officials. The money allocated to My Father and I every month as a Sultan and Tunku Mahkota is put into Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim. The purpose of these foundation (Yayasan Iskandar and Yayasan Ibrahim)is for the Rakyat and to assist the Johor State Government. I my self, since the time I was Raja Muda, Never took 1 cent from the Government till this very Day. Its my Rakyat’s Money. So, before You Open you mouth. Do your research,” balas TMJ.


Bagi penulis, apa yang dibalas oleh TMJ adalah benar dan tepat. Sebagai rakyat Malaysia tidak kiralah tinggal di negeri yang berbeza, seharusnya kita perlu untuk mempunyai rasa hormat kepada Sultan.

Jadi, penggunaan kata-kata kesat untuk mencerca Sultan Johor adalah tidak wajar digunakan walaupun mempunyai rasa tidak puas hati.

Justeru itu, lelaki tersebut haruslah berfikir secara ‘waras’ dan tidak perlu bertindak mengikut emosi hinggakan sanggup memuat naik status yang begitu berani mencerca Sultan Johor.

Kenyataan Artis Nih Tamparan Hebat Buat Umno



Umno sudah pasti kecoh dengan kemasukan 3 orang artis iaitu Amy Search, Mus May dan Ibno Riza.. Mungkin diaorang belum di tunjukkan hidayah untuk menyokong perjuangan Islam, kita sama-sama doakan semoga di buka pintu hatinya. 

Dalam isu Lebuhraya Rakyat, salah seorang artis yang berasal dari Kelantan iaitu Mustapha Kamal menyokong usaha murni kerajaan Kelantan.Walaupun pencacai Umno mengeluarkan pelbagai tohmahan tetapi artis yang berfikiran positif nih sentiasa  menyokong pemerintahan Tuan Guru Nik Aziz.

Artis ini juga menyatakan bahawa impian untuk membuat lebuhraya sendiri tidak pernah terfikir oleh negeri lain. Kerajaan Kelantan di bawah kepimpinan Tuan Guru Nik Aziz yang menerima tekanan hebat dari Umno tapi masih mampu untuk membina lebuh raya tanpa tol dengan sendirinya.

Inilah karamoh kepimpinan seorang ulama. Dengan terbinanya Lebuhraya Rakyat tanpa tol nih, boleh dikatakan Umno telah ditunjukkan jalan keluar dari Kelantan sebelum PRU13..

Patutlah KONGSI GELAP, AH LONG Tidak Berjaya Diberantas Sehingga Kini. Ikuti Pengakuan Bekas KPN



[MK] Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.
Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.



P/s: Pekung PDRM, pekung menteri mula terbuka. Busuk!
Ubah sekarang!

RM30 Sahaja?


Peserta yang didakwa menghadiri Himpunan Jutaan Belia. 


Baju T percuma, pengangkutan disediakan, duit poket hanya RM30? Itulah "nilai" segelintir belia kita. Samalah seperti sesetengah warga kampung yang disogok dengan sehelai kain batik atau kain pelikat untuk memangkah dacing semasa PRU.

Budak Hanya Ketahui Diri Dirogol Selepas Dapat Pendidikan Seks di Sekolah



Rogol: Pengurus hotel 5 bintang kena 15 tahun, 11 sebatan

[BH] SHAH ALAM: Seorang pengurus hotel lima bintang dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan 11 sebatan, semalam, selepas didapati bersalah atas dua tuduhan merogol dan mencabul anak teman wanitanya pada 2005.

Hakim Mahkamah Tinggi, Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman 15 tahun penjara dan lima sebatan bagi setiap kesalahan merogol serta penjara tiga tahun dan satu sebatan bagi kesalahan mencabul terhadap tertuduh, Mohd Insam Fadzli Yusof, 31.
 
Bagaimanapun, Noor Azian memerintahkan hukuman berjalan serentak bermula semalam.
 
Beliau mensabitkan Mohd Insam bersalah atas tiga tuduhan itu selepas membenarkan rayuan pihak pendakwaan bagi pembebasan tertuduh di akhir kes pembelaan pada 2011.

Katanya, beliau mendapati Hakim Mahkamah Sesyen Ampang terkhilaf dalam keputusannya apabila melepas dan membebaskan tertuduh daripada semua tuduhan itu.

“Ibu mangsa membenarkan tertuduh memiliki kunci pendua rumahnya kerana hubungan mereka seperti suami isteri walaupun belum berkahwin. Ini menunjukkan ibu mangsa mempercayai tertuduh. 

“Semoga hukuman dijatuhkan ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain,” katanya.
 
Pada 2010, Mohd Insam didakwa atas dua tuduhan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu merogol mangsa di bilik tidur utama dan bilik air rumah teman wanitanya di Ampang, di sini, pada 2005. Sabit kesalahan, boleh dipenjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Mohd Insam juga menghadapi tuduhan ketiga mengikut Seksyen 354 akta sama iaitu mencabul mangsa sama di bilik tidur pada 2005 dan sabit kesalahan boleh dipenjara 10 tahun atau denda dan sebatan.

Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya, Suzana Abdul Latif berkata, mangsa yang dirogol ketika berusia sembilan tahun hanya menyedari dirinya dirogol selepas mendapat pendidikan seks di sekolah menengah.

Beliau berkata, selama ini mangsa menyangka perbuatan tertuduh yang dipanggil 'Papa Sham' itu kerana kasih sayang. 

Nelayan naikkan ikan mirip naga


Kemaman – Nelayan dan pembeli di jeti Kuala Kerteh di sini gempar apabila seorang nelayan membawa pulang seekor ikan aneh menyerupai naga, pagi semalam.

Ikan ganjil itu mempunyai sesungut panjang berwarna merah di kepala dan bawah mulut serta berduri di bahagian bawah badan, dengan ukuran empat meter panjang dengan berat mencecah sembilan kilogram.

"Saya terkejut melihat ikan itu, kepalanya mirip naga, badan berwarna putih dengan kulitnya keras tetapi tidak bersisik, ikan ini juga memiliki sirip berwarna merah," kata pembuat minyak urut, Othman Abu Bakar, 63.

Othman yang berasal dari Kampung Telaga Papan, dekat sini, berkata, dia yang berada di jeti sewaktu nelayan pulang menangkap ikan kira-kira jam 11 pagi terus menyuarakan hasrat untuk membeli ikan itu kerana melihat keunikannya apatah lagi sepanjang hidupnya dia tidak pernah melihat spesies ikan sedemikian.

Othman kemudiannya menyuarakan hasrat membeli ikan aneh itu daripada pemiliknya yang merupakan pemuda dari Kampung Rasau.

"Saya beli kerana ingin tunjukkan kepada penduduk kampung. Sebaik saya membawa pulang ikan ini, ramai jiran tetangga berkunjung ke rumah melihatkan ikan pelik itu.

Monday, May 28, 2012

Tiga Beradik Lelaki Dihina


18SX: Kisah Sedih Dari Dominica, Tiga Beradik Lelaki Dihina Kerana Ada 'Payudara'

Mereka tidak minta dilahirkan begini, namun takdir menentukan ketiga-tiga beradik lelaki dari Dominica ini dikesan mempunyai ketidakstabilan hormon dalam tubuh badan mereka atau lebih dikenali dengan Gynecomastia.

Kesannya, kesemua mereka mempunyai payudara seperti seorang wanita.

Dek kerana fizikal mereka yang dikatakan aneh dan ganjil dari lelaki-lelaki lain, mereka sering dipukul, diganggu dan diejek oleh masyarakat sekeliling.

Namun, kini semuanya berubah apabila ‘payudara’ mereka telah pun dibuang melalui proses pembedahan di salah sebuah hospital di sana.

Gynecomastia atau Gynaecomastia adalah perkembangan tidak normal di mana kelenjar susu di bahagian payudara kaum lelaki membesar dan menyebabkan mereka mempunyai bentuk fizikal seperti wanita.

Keganjilan mempunyai payudara atau mempunyai hormon ini adalah mungkin disebabkan oleh keturunan atau pun memiliki hormon wanita yang diwarisi dari si ibu.

Golongan lelaki yang terdedah untuk mempunyai hormon tidak stabil ini adalah remaja dan golongan tua apabila mereka mengalami gangguan metabolisma.

Bagaimanapun, nisbah untuk mengalami ketidakstabilan hormon ini bukanlah disebabkan proses kegemukan atau obesiti bagi sesetengah individu.

Tetapi, pakar-pakar kajian masih lagi melakukan kajian mengenai proses hormon yang ganjil ini.

Pakar-pakar telah pun mengeluarkan kajian mereka dan mengatakan punca gynecomastia masih lagi tidak dapat disahihkan kepada satu-satu sebab walaupun ia disebabkan oleh kadar hormon sex hormone-binding globulin (SHBG) yang tinggi dalam tubuh badan kaum lelaki.

Betul ke tarif elektrik naik?



Sekarang neh telah tersebar bil elektrik yang berbeza kadar. Siapa punya tah aku pun tatau. Aku dah check bil elektrik aku tetapi takde plak yang terbaru. Yang terbaru aku dapat surat warna kuning. Amaran dari TNB suruh bayar bil elektrik. Jumlah yang perlu dibayar ialah rm63.

Alamak aiii. RM63 jek pun nak warning aku bagai. Aku tak ingat dah berapa bulan aku tak bayar tetapi memang der semenjak dua menjak neh bil elektrik aku tidak begitu mahal berbanding tahun lepas dan awal tahun neh. Aku pun tatau kenapa. Mungkin gak TNB dah insaf. Dorang takmo cas rakyat mahal2 lagi.

Setahu aku larh bil elektrik sama macam bil air. Semakin banyak ko guna maka semakin mahal kadar ko. Contohnya kalau ko guna rrm30 sebulan ke bawah, maka dia akan kira kadar lain. Bila ko dah melebihi penggunaan rm30 sebulan, dia akan cas guna kadar yang lain pula. Yang mana lebih mahal sikit larh.

Contoh ;

Blok penggunaan  0 - 343 x kadar 0.393 sen.

Blok pengunaan 344 x kadar 0.430sen.

Tapi kalau kita rujuk kedua2 bil di atas neh, aku tak nampak pun wujud dua kadar yang berbeza dalam satu bil. Maksud aku disini ialah selepas melepasi limit penggunaan tertentu, sepatutnya dalam bil di sebelah kanan kena wujud dua jenis kadar yang berbeza. 

Tetapi nampaknya perkara tersebut tiada. So aku pun tak faham kenapa. Sekarang neh langkah paling mudah yang kita boleh buat ialah ambil bil masing2 dan buat pemeriksaan sendiri. 

Mungkin ada yang cakap bahawa kadang2 TNB cas kita guna kaedah anggaran = purata penggunaan sebulan kita. Oke aku faham tetapi tak kira lah TNB cas kita macam mana sekalipun mereka tetap akan menggunakan satu kadar yang sama. Takan berubah2. Kalau untuk pengguna domestik = perumahan.

Lagi satu bil aku yang lama pun dia cas guna kadar 0.430 tue. Bulan 4 punya bil. Bil2 elektrik yang lebih lama dari tue dah hilang ke mana. Nak buat perbandingan pun payah. 

Aku pun tak faham sangat benda neh macam mana. Ke memang kadar elektrik kita 0.430 ? Dan kadang2 TNB saja bagi discount ka? Tah. Mana aku tahu. Macam mimpi jek TNB nak bagi discount tue.


Pemuda Londehkan Seluar Depan Hakim

Kuala Terengganu - Mahkamah Majistret, di sini, semalam gempar apabila pemuda yang dituduh atas kesalahan mencuri di sebuah kedai menjual haiwan peliharaan, melondehkan seluarnya sejurus masuk ke dalam kandang tertuduh.

Gambar: Mohd Khairul Hamimi didakwa mencuri 50 burung banji dan 45 arnab di Mahkamah Majistret, semalam.

Perlakuan tertuduh, Mohd Khairul Hamimi Mohd Sabri, 25, yang separuh bogel itu telah menggemparkan suasana di mahkamah, sebelum Majistret Abdul Hayyi Salim terpaksa mengarahkan polis bertugas agar menggari kedua belah tangannya sepanjang pertuduhan dijalankan.

Bukan itu sahaja, dia yang berasal dari Kampung Tebakang, Bukit Payung, Marang turut meracau-racau kononnya menampakkan dia seorang yang tidak waras sambil memohon agar mahkamah menghantar dirinya ke wad sakit jiwa kerana mendakwa sudah lama tidak makan ubat.

“Bos (Majistret), saya memang melakukan curi itu tetapi bos masukkan saya dalam hospital sebab saya gila. Sekarang ini, kepala saya tengah sakit dan saya perlu makan ubat,” katanya yang telah menarik perhatian orang awam yang berada di galeri awam mahkamah.

Terdahulu, Mohd Khairul Hamimi mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana melakukan pecah rumah dibacakan oleh jurubahasa.

Berdasarkan pertuduhan, dia didakwa pada 22 Mei lalu jam lebih kurang 7 petang hingga 23 Mei lalu jam lebih kurang 8.55 pagi bertempat di kedai menjual Haiwan Peliharaan dan Aquarium Ming Yu Two, Jalan Hiliran Masjid, Chabang 3, telah melakukan pecah rumah dan curi dengan memasuki kedai milik Lim Chew Siang, 41, dengan mencuri 50 ekor burung banji dalam sangkar dan 45 ekor arnab dalam sangkar besi yang dianggarkan RM5,000.

Mohd Khairul Hamimi didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan penjara boleh sampai 14 tahun dan denda jika disabitkan kesalahan.

Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan dan Abdul Hayyi kemudiannya memerintahkan Mohd Khairul Hamimi dihantar ke Hospital Permai, Tampoi, Johor Bahru untuk menjalani rawatan psikiatri selama sebulan dan menetepkan 24 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Anak Dunstan Muda manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ulasan

Sebelum ini negara digemparkan dengan keberanian Imam Hosnan membaling kasutnya kepada hakim.

Kini seorang pemuda melondehkan seluarnya di depan hakim.

"setiap sesuatu kejadian itu tiada yang sia-sia" dan para hakim perlu sedar diri dan buka mata menagapa institusi mahkamah sudah tidak dihormati lagi.

Saya Juga Ada Pendapatan Sendiri Nafi ditaja buka butik ratusan ribu- Fazura


“Perniagaan ini adalah keutamaan saya ketika ini dan lakonan jatuh nombor dua. Disebabkan itulah saya berusaha untuk merealisasikan impian ini,” ujar Fazura pada sidang media pembukaan butiknya House Of Doll di Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini

Bukan kecil modal yang dikeluarkan aktres yang mula dikenali menerusi filem Bicara Hati ini.

Meskipun merahsiakan jumlah sebenar, khabarnya modal yang dikeluarkan adalah berjumlah ratusan ribu ringgit.

Tegas Fazura, semua wang yang dikeluarkan untuk membuka perniagaan itu adalah hasil keringatnya sepanjang bergelar anak seni dan bukannya ditaja sesiapa.

“Bagi mereka yang suka menyangka bukan-bukan, mereka harus sedar bahawa saya juga ada pendapatan sendiri. Saya dibayar untuk berlakon. Itu tidak termasuk pendapatan yang diperoleh dari hasil saya menjadi duta produk. Tak perlulah untuk saya beritahu berapa wang yang saya ada dalam bank.

“Beratus ribu juga saya habis untuk membuka perniagaan ini.

” Semuanya adalah duit simpanan saya sepanjang menjadi anak seni dan saya tidak membuat pinjaman bank langsung. Tak percaya sila tanya ‘banker’ saya yang ada di sini,” katanya kepada Berita Harian.

Dua tahun lamanya Fazura merancang untuk pembukaan butik ini.

Bukan sekadar menggunakan nama dan popularitinya semata-mata, jelas Fazura semua perkara membabitkan butiknya itu adalah idea dan juga cita rasanya dengan dibantu pereka fesyen, Rizman Ruzaini.

“Dari sekecil-kecil cincin hinggalah pakaian berkonsepkan adi busana, semuanya adalah lahir dari cita rasa dan rekaan saya sendiri bersama Rizman. Harganya juga tidak terlalu mahal dan mampu dibeli oleh peminat,” jelasnya yang kelihatan cukup anggun mengenakan dress paras paha rona fuchsia yang juga berjenama HOD.

Ditanya apakah dia akan sentiasa berada di butik itu untuk melayan peminat yang ingin membeli pakaiannya, Fazura berkata perkara itu tertakluk pada jadualnya.

“Jika saya tidak terbabit dalam sebarang penggambaran, saya akan berada di butik. Jika tidak, kakitangan saya akan membantu mereka,” jelasnya.