Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, November 28, 2012

Kerajaan Indonesia Buka Siasatan Kes Ehem-ehem Melibatkan VVIP Malaysia?



AMPANG 22 Nov: Kedutaan Besar Indonesia dan polis akan membuka siasatan kes pemerkosaan dan rasuah oleh Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Rais Yatim terhadap mantan pembantu rumahnya, Robengah dalam masa terdekat.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa berkata, laporan tersebut diterima oleh kedutaan tersebut sebagai informasi baru untuk memulakan siasatan.

“Kementerian Kaunselor Kedutaan, Suryana Sastradiredja dan Polis Kerjasama Antarabangsa Kedutaan, Benny Iskandar telah mengesahkan untuk membuka siasatan terhadap Robengah dan juga majikannya iaitu Rais Yatim.

“Menurut mereka, kes ini akan dirujuk kepada pihak berkuasa anti rasuah di Indonesia,” katanya selepas menyerahkan laporan permohonan penyiasatan dan tindakan undang-undang di Kedutaan Besar Indonesia, Jalan Ampang, hari ini.

Fariz berkata, Jingga 13 akan memantau perkembangan siasatan sehingga Rais dibawa ke muka pengadilan.

“Kita akan berhubung dari masa ke semasa dengan kedutaan tersebut, sama ada siasatan dibuat atau tidak.

“Kita juga tidak akan teragak-agak mengemukakan kes ini kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika tidak ada sebarang tindakan diambil,” katanya.

Menurut Fariz, laporan tersebut juga dibuat berhubung kemungkinan wujudnya ugutan terhadap Robengah.
“Jingga 13 mengesyaki wujud ugutan terhadap Robengah sehingga terpaksa berdiam diri kerana bimbang keselamatan beliau dan keluarga, walaupun hakikatnya telah diperkosa dan maruahnya dinodai.

“Robengah sendiri menyatakan bahawa beliau telah diberi amaran oleh orang besar di Malaysia yang melarang beliau dari membicarakan perkara ini,” tegas Fariz.

Pada awal 2011, Malaysia digemparkan dengan pendedahan mengenai penglibatan Rais dalam kes rogol melibatkan pembantu rumahnya, Robengah yang berasal dari Indonesia.

Robengah sebelum ini mendakwa diperkosa majikannya di Malaysia, sepertimana laporan NGO Migrant Care pada 23 Julai 2007.

Bagaimanapun, beliau menafikan perkara itu dalam surat ditandatangani bertarikh 7 Januari 2011, menyatakan tidak menghadapi masalah sewaktu bekerja di Malaysia.

Dalam lawatan Jingga 13 ke Banjanegara Oktober lalu mendapati Robengah hidup mewah dengan rumah dianggar bernilai RM100,000, walaupun beliau dan suami tidak bekerja.

Pelbagai pihak termasuk KEADILAN sebelum ini membuat laporan polis berhubung kes itu namun sehingga kini, tiada siasatan dilakukan.

Anaconda Muntahkan Lembu yang Telah Dimakannya

Askar Israel Menangis Ketika Hamas Lancar Roket

Friday, October 19, 2012

MT Umno Terima Laporan BN Bakal Tumbang PRU13


Blogger Umno Reform, Anuar Mohd Nor mengatakan bahawa ada satu laporan dihantar ke Majlis Tertinggi Umno menyatakan bahawa Barisan Nasional (BN) bakal tumbang pada PRU 13 nanti.

Dalam laporan tersebut, BN dikatakan akan tewas di negeri Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Negeri Sembilan, Kedah, Kelantan dan Terengganu. Sementara di Johor pula bakal menyaksikan banyak kerusi BN dirampas Pakatan Rakyat (PR).

Laporan tersebut menyatakan puncanya adalah kerana etnik Cina di seluruh negara nampaknya sudah membuat keputusan untuk menolak BN. Lihat bawah.

Apa puncanya etnik Cina menolak BN? Apakah kerana mereka sudah faham yang selama ini, BN hanya meneruskan formula penjajah British dalam mentadbir Malaysia?

Atau kerana mereka sudah tidak lagi berjaya ditakutkan dengan momok 13 Mei?

Yang paling penting sekarang ialah kesediaan semua pihak untuk memperkukuhkan negara bangsa Malaysia.

Kita tidak harus lagi hidup terpisah-pisah dalam negara ini. Jangan biarkan lagi politikus yang tentukan halatuju negara.

Rakyat harus bangkit mendesak politikus agar mengikut kemahuan mereka. Ini boleh dilakukan! Bagaimana? Mulakan dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan Youtube.

Kemudian, kembangkan melalui tindakan.

Jika benar BN bakal tumbang. Biarlah ianya berlaku secara aman. Pertukaran kerajaan atau pemerintahan adalah perkara biasa.

Saya sendiri pernah menyaksikan pertukaran Nepal dari sebuah kerajaan yang diperintah oleh Raja selama 4000 tahun kepada sebuah republik.

Pada ketika itu, ramai saintis politik mengatakan Raja mungkin menggunakan tentera untuk pertahankan kerajaannya.

Mereka silap kerana Raja keluar dari istana dengan tenang kerana dia mempunyai kecintaan tinggi terhadap Nepal.

Biarlah Nepal jadi republik jika itu yang rakyat mahukan. Asalkan Nepal tidak hancur kerana manusia berebut kuasa.

Malaysia harus belajar dari Nepal!

Thursday, October 11, 2012

Ahli Parlimen Sabak Bernam diperintah jalani hukum penjara hari ini


P/s: Takziah. Berani buat tanggung!!
Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.
  
Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.
  
Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.
  
Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan  pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.
  
Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.
  
"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.
  
Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.
  
"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.
  
"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.
  
Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.
  
Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.
  
Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.
  
Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.
  
Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.
  
Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.
  
Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.

Tuesday, October 9, 2012

Gambar Nabila Huda Seksi Di Anugerah Blockbuster


Berikut merupakan gambar Nabila Huda di Anugerah Blockbuster. Rata-rata pembaca tak setuju dengan tindakan aktres ini yang berani mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya di malam Anugerah Blockbuster, baru-baru ini.


Hari ini, Nabila Huda mempertahankan dirinya melalui Harian Metro dengan kenyataan bahawa dia tak berbogel di malam Anugerah Blokbuster, namun dengan segera memohon maaf kepada pihak yang tersinggung.

“Saya bukan berbogel, tetapi jika ada pihak yang tersinggung cara pemakaian saya di Anugerah Blockbuster, Sabtu lalu, saya mohon maaf,” kata pelakon, Nabila Huda Suhaimi, 27, mengulas isu pemakaiannya yang didakwa menyinggung perasaan segelintir masyarakat di negara ini.

Nabila dihubungi petang semalam menambah, dia tidak pernah menyangka gaun hitam rekaan Alia Bastaman, mendedahkan sebahagian bahu dan perutnya yang digayakan sewaktu menghadiri Anugerah Blockbucter anjuran Penerbit Filem Malaysia (PFM) dan disiarkan di Astro Ria malam minggu lalu, menjadi berita hangat.


“Saya dipilih sebagai seorang penyampai trofi pada acara berkenaan dan untuk itu saya mendapatkan tajaan pakaian di saat akhir daripada Alia Bastaman. Tema malam itu adalah ‘letusan warna blok’, tetapi saya akhirnya memilih memakai gaun itu kerana ada beberapa koleksi pakaian Alia yang saya tidak sesuai dari segi saiz.

“Saya sedar ia sedikit terbuka pada bahagian bahu, perut dan terbelah di kaki namun, kerana saya menghormati penonton ketika ditugaskan menjadi penyampai saya menutup bahagian perut dengan ‘tube’ hitam.

“Terus-terang saya tidak menyangka hal ini menjadi isu kerana saya fikir ramai sedia maklum saya memang berani mencuba fesyen. Apapun saya sekali lagi memohon maaf dan berharap dapat memperbaiki penampilan saya pada masa akan datang.



Friday, October 5, 2012

Pelajar LELONG Dara untuk Tujuan Kebajikan



FLORIANOPOLIS, Brazil - Seorang pelajar wanita, Catarina Migliorini bekerjasama dengan seorang pembikin filem dari Australia untuk melelong daranya kepada pembida tertinggi dalam usaha untuk mengumpulkan dana bagi tujuan kebajikan, lapor akhbar dalam talian Huffington Post kelmarin.

Migliorini, 20, setakat ini menerima tawaran tertinggi berjumlah AS$160,000 (RM498,000).

Dia berhasrat menyalurkan wang lelongan itu kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan untuk membina beberapa buah rumah moden di negeri kelahirannya, Santa Catarina.

Gadis itu yang menolak dakwaan dirinya sebagai pelacur berkata, dia percaya pada cinta tetapi menganggap lelongan tersebut sebagai peluang untuk melakukan perubahan positif kepada masyarakat.

Bagaimanapun, tindakan pelajar jurusan pendidikan jasmani itu mengundang kontroversi kerana setiap langkahnya akan diekori seorang kru filem Australia.

Kru itu merakamkan kehidupan Migliorini untuk sebuah dokumentari yang berjudul, Virgins Wanted.

"Saya menganggap melelong dara sebagai satu perniagaan. Saya berpeluang untuk melancong, menjadi sebahagian daripada filem selain mendapat bonus," kata Migliorini.

"Jika anda melakukannya cuma sekali, anda bukannya seorang pelacur," tambahnya.

Migliorini menandatangani kontrak untuk projek tersebut dua tahun lalu apabila dia melihat iklan syarikat produksi Thomas Williams yang mencari seorang wanita dara untuk menghasilkan dokumentari tersebut.

Pengarah dokumentari itu, Justin Sisely akan merakamkan emosi Migliorini sebelum dan selepas dia melakukan hubungan seks buat kali pertama.

Pelajar wanita itu akan menerima wang tunai sebanyak AS$20,000 (RM61,130) dan 90 peratus daripada harga lelongan tertinggi yang akan berakhir pada 15 Oktober ini.

Pemenang lelongan tersebut akan menjalani ujian perubatan bagi memastikan dia bebas daripada sebarang penyakit kelamin sebelum dibenarkan meniduri Migliorini.

Mereka akan melakukan hubungan seks di dalam sebuah pesawat yang terbang antara Australia dan Amerika Syarikat bagi mengelak didakwa menerusi undang-undang pelacuran.

Pemenang juga diwajibkan memakai kondom semasa dia melakukan hubungan seks. - Agensi
 
 
P/s: GILA!

Tauke Ubat Kurus Antara 4 Orang Doktor Digantung Keanggotaan Majlis Perubatan Malaysia



KUALA LUMPUR: Majlis Perubatan Malaysia (MMC) mengantung keanggotaan pengeluar formula menurunkan berat badan Datuk Dr Che Rozmey Che Din selama dua tahun selepas mendapati beliau melanggar Kod Etika Profesional di bawah Akta Perubatan 1971.

Presiden MMC Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman, yang juga Ketua Pengarah Kesihatan, berkata inkuiri pada 16 Januari lepas mendapati Dr Rozmey bersalah atas pertuduhan terlibat dalam penjualan bahan didakwa mampu menurunkan berat badan, membungkus serta menyimpan bahan berkenaan, yang melanggar Seksyen 3.4 kod itu.

Dr Rozmey juga didapati bersalah mengiklan diri sendiri, sama ada secara langsung atau tidak langsung, bagi tujuan mempromosi kelebihan sendiri serta membabitkan diri dengan perusahaan komersial yang melanggar Bahagian 4.1 dan 3.4 Kod Etika Profesional.

Dr Rozmey tidak menggunakan haknya untuk merayu ke Mahkamah Tinggi seperti yang diperuntuk oleh Akta Perubatan 1971, dan hukuman itu berkuat kuasa dari 14 Mac 2012 hingga 14 Mac 2014, kata Dr Hasan dalam satu kenyataan pada Selasa.

Beliau berkata pengamal perubatan lain yang didapati bersalah mengabaikan tanggungjawab profesional ialah Dr Balayegaran MS (digantung setahun), Dr Chow Chong Chek (diberi amaran), Dr Ng Ah See (diberi amaran), Dr Roland Masing (digantung enam bulan), Dr N.M. Ananda Murthy (diberi amaran), Dr Chew Yoong Fong (diberi amaran) dan Dr Rajendra a/l Nadason (digantung dua tahun).  



P/s: Berdasarkan maklumat iklan produk doktor ini di akhbar (hari-hari disiarkan), rasanya tidak payahlah Kementerian Kesihatan membeli ubat dari negara luar. Memadailah jika kementerian membeli produk daripada syarikat doktor ini. Bayangkanlah semua penyakit boleh sembuh dengan pengambilan produk kesihatan syarikatnya. Daripada menyembuhkan sakit jantung, diabetes, penyakit kulit kepada menyelesaikan masalah kecerdasan otak.


Itu soal penggantungaan keanggotaan MMC. Bagaimana pula dengan masalah pelanggaran etika pengiklanan produk kesihatan yang melibatkan syarikat doktor ini dan syarikat-syarikat lain? Walhal dakwaan sesuatu produk dapat merawat atau menyembuhkan sesuatu penyakit sudah jelas melanggar Akta-akta Ubatan (Iklan dan Jualan) 1956 (Pindaan 1983) dan Lembaga Pengiklanan Perubatan 1976.

CCTV Rakam Malaikat Selamatkan Manusia, Keajaiban atau Rekaan?




P/s: Pelayar internet ada yang mempercayai dakwaan video ini yang mengatakan bahawa orang yang hampir dirempuh sebuah lori diselamatkan oleh entiti yang dipercayai malaikat. Namun banyak juga pelayar internet yang mempersoal video CCTV tersebut. Kata mereka, zaman canggih ini macam-macam boleh direka/diedit termasuklah imej video CCTV tersebut.

mengarut..

Wednesday, October 3, 2012

Panggung Wayang Terbelah Dua Gara2 Tayang Filem Innocence of Muslim?


Panggung Wayang Terbelah Dua Ketika Menayangkan Filem ‘Innocence of Muslim’? Sejak semalam, tersebar sekeping gambar mendakwa kononnya sebuah pawagam di Amerika Syarikat telah terbelah dua ketika sedang menayangkan filem anti-Islam, “Innocence of Muslims”. Gambar ini tersebar di laman-laman sosial facebook dan twitter. Di bawah ini gambar yang dimaksudkan.


Berita yang disebarkan ini sebenarnya adalah berita palsu. Lepas disearch dekat google sikit. Rupa-rupanya bangunan tersebut bukanlah dilanda gempa bumi baru-baru ini lepas tayangkan filem ‘Innocence of Muslim’ tapi adalah dari gempa bumi yang berlaku di Chile pada tahun 2010 lalu dengan magnitud pada skala 8.8. Boleh rujuk di SINI.


Fakta tambahan tentang gempa bumi tersebut: gempa bumi yang berlaku di Chile pada 27 Februari 2010 tersebut sangat kuat sehingga memberi amaran tsunami kepada 53 negara. Ianya juga dianggarkan sangat kuat sehinggakan telah memendekkan masa pada hari tersebut sebanyak 1.26 microseconds dan memesongkan gerakan paksi bumi sebanyak 8 cm. Laporan juga menganggarkan seramai 521 orang yang maut.

Ya, memang tak dinafikan filem ‘Innocence of Muslim’ yang menghina Nabi Muhammad SAW itu memang sangat terlampau dan perlu dikutuk, tapi bukan ini caranya dengan mengada-ngadakan cerita palsu. Ini lebih menampakkan kelemahan umat Islam yang mudah sangat percaya dengan khabar-khabar angin dan menjadi bahan gelak ketawa pada agama lain. Harap korang tolong sebarkan artikel ini, agar sebaran berita palsu ini dihentikan.

Guna Darah Haid Dan Air Mani Gajah Sihir Suami


SEORANG isteri tergamak menggunakan darah haidnya dan air mani gajah untuk menyihir suami supaya menurut segala perintahnya, manakala dia bebas melakukan apa saja.

Halim menceritakan mengenai nasib dirinya yang menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.

Selain dua bahan jijik itu, isteri durjana berkenaan turut menggunakan minyak pengasih, tangkal pengikat nafsu dan wafak (gambar rajah yang dilukis di atas kain kuning dalam bentuk tulisan Jawi dengan menggunakan kalimah ALLAH) supaya dia kelihatan hebat pada pandangan orang lain.

Bagi memastikan kemujaraban tangkal darah haid itu, ia  dibalut dalam kertas bertulisan Jawi dicelup dalam minuman suami.

Apabila meminum air itu, suami menjadi lemah, tidak mampu melawan kata-kata isteri, menurut arahannya atau menjadi pak turut, selain mengalami sakit badan dan kepala serta jiwa yang tidak tenteram.

Kesengsaraan itu diceritakan seorang suami yang mahu dikenali sebagai Halim, 30-an, apabila menjadi mangsa sihir isteri sejak lima tahun lalu.


Dia yang berasal dari daerah Lipis dan pernah bekerja di Petaling Jaya, Selangor, mendakwa menjadi mangsa kezaliman isterinya sejak sebelum berkahwin sehingga rahsia ilmu hitam yang dipraktikkan itu terbongkar Disember lalu.

Menurutnya, dia terkejut apabila menemui pelbagai jenis tangkal yang disimpan di rumah, termasuk didakwa darah haid yang digunakan untuk menundukkannya.

“Selama ini memang banyak perubahan berlaku pada diri saya. Saya jadi malas hendak bekerja, bila bergaduh dengan isteri saya cepat mengalah meskipun ada ketika dia salah, selalu sakit badan dan kepala, manakala hati selalu tidak tenteram.

“Segala masalah itu terbongkar apabila saya menemui nota jampi serapah di atas meja isteri. Hasil pencarian di dalam rumah, saya menemui pelbagai jenis tangkal yang dia simpan rapi di dalam sebuah kotak.

“Saya turut menemui SMS isteri yang dipercayai menjalin hubungan sulit dengan suami orang yang juga pelanggannya. Sebenarnya dia mahu kelihatan berkuasa dan pernah berkata kepada saya, jika dia hendak sesuatu dia akan lakukan walau apa cara sekalipun. Mungkin kerana itu, saya menjadi sasaran,” katanya di sini, kelmarin.

Himpunan Gambar Pelik Dan Menarik


Untuk Himpunan Gambar Pelik Dan Menarik #2 ini kita mulakan dengan fenomena unik semulajadi yang berlaku setiap tahun iaitu ketam merah. Apabila mulanya musim pembiakan, ketam-ketam ini akan membuat peralihan (migrasi) dari hutan ke pantai Lautan Hindi. Cantik bukan?










(2 Gambar) Kek Yang Penuh Sumber Protein


Kami mahu mencadangkan anda mencuba resepi baru kek ini. Jika anda mahu makan kek yang penuh dengan sumber protein, ini lah kek yang sesuai untuk anda. Agak-agak macam mana rasanya eh? #LOL



p/s: yummy..wekk

Kambing Terperangkap Atas Jambatan (4 Gambar)


Kami mahu anda lihat betul-betul pada jambatan di bawah ini. Siapa yang anda lihat? Ok, dua ekor kambing muda yang telah merayau-rayau di tebing jambatan keretapi setinggi 60 kaki terpaksa diselamatkan oleh kren selepas dua hari. Mungkin kambing ini berpasangan dan mereka sedang berdating. #HEH. Gambar sepenuhnya selepas ini.




Video Izara Aisyah Seksi Menari Tanggo


Video Izara Aisyah seksi menari Tango telah tersebar. Dengan tajuk Cell Block Tango Girls memang cukup membuatkan peminat terpukau. Video Izara Aishah menari tango seksi ni adalah ketika dia membuat persembahan tarian Tango ketika dia masih belajar di Sunway University. Video ini dimuat-naik pada 14 Mac 2011 dan sudah lebih satu tahun video ini di laman Youtube.


Video berdurasi 7.43 minit ini menyaksikan 6 orang wanita termasuk Izara Aishah yang berpakaian seksi berwarna hitam. Izara Aisyah Heroin drama “Vanilla Coklat” ini boleh dilihat memakai corset dan skirt pendek bersama stokin yang agak seksi  dengan tarian yang dipersembahkan agak mengghairahkan. Malangnya video itu telahpun dipadamkan oleh pemilik akaun youtube tersebut. #HEH

Antara Screenshot Izara Aisyah Di Youtube:

P/S: kalo macam ni pakaian baik telanjang terus. dah niat memang nak tunjuk kan. tengah menari, tup2 terkeluar dari baju tu, baru ada akai.

Gambar Memey Dan Abby Abadi Bercuti Bersama


Gembira kami apabila hubungan Abby Abadi dan Memey Suhaiza semakin erat, malah pergi bercuti bersama. Berita hubungan mereka mula erat dan kukuh timbul sekitar bulan Ramadhan yang lalu apabila mereka di lihat berbuka puasa bersama.


Portal hiburan Murai melaporkan yang kedua dua mereka kini semakin akrab dan buktinya mereka telah pergi bercuti bersama ke Genting Highlands pada hujung minggu lalu.

“Boleh dikatakan sekarang ini kami berkawan baik kerana kami sering berjumpa dan menghabiskan masa bersama anak anak”

“Sejujurnya saya bersyukur dengan apa yang berlaku sekarang dan tak sangka Allah memberikan kurniaan sebegini buat kami berdua. Alhamdulillah,” ujar Memey Suhaiza.

Berikut beberapa keping gambar Abby Abadi, Memey Suhaiza, Norman Hakim dan anak anak mereka ketika bercuti di Genting Highlands hujung minggu lalu.



Puteri Sarah Mengaku Cium Amar


Gambar kesan ciuman di pipi Amar akhirnya terjawab apabila kekasihnya iaitu Puteri Sarah mengaku mencium Amar. Media Hiburan telah menghubungi Puteri Sarah untuk penjelasan lanjut.


Ketika diajukan persoalan tersebut, Puteri Sarah lantas memberitahu;

“Saya baru terbaca di laman Twitter tentang hal ini. Kalau nak tahu, saya mencium pipi Amar ketika majlis sedang berlangsung. Ketika itu dia mengusik saya, dan terus saya menciumnya. Kerana saya menggunakan gincu merah, itu yang ada kesan.

“Masa saya cium Amar di belakang saya ada beberapa orang. Saya tidak pasti sama ada mereka perasan atau pun tidak. Bayangkan jika ketika itu Amar datang seorang diri dengan penampilan sedemikian, pasti lain lagi ceritanya.

"Tambahan pula, mustahil untuk kami lakukan sedemikian rupa di luar sebelum hadir ke majlis. Dan benda yang terjadi itu di tempat khalayak, saya tidak tahu apa lagi yang mahu dicerita fasal kami.”

P/S: sungguh rendah moral artis malaysia. mak bapak taknak cium. sibuk dok cium laki bukan muhrim..gatai

Izara Aishah Komen Isu Video Menari Seksi


Susulan video Izara Aishah seksi menari Tango telah telah dimuatnaik menerusi laman youtube baru-baru ini, Izara telah dihubungi bagi mendapatkan penjelasan perihal video tersebut. Ujar Izara;


"Apa yang Izara boleh cakap, ia adalah video lama. Ketika itu Izara belum lagi menyertai Dewi Remaja. Izara dan teman sekolej melakukan projek khas untuk semester akhir pengajian. Tak sangka pula video tersebut dimuatnaik di laman Youtube selepas dikongsi oleh seorang rakan di Facebook.

"Izara maaf kepada peminat yang tersinggung dengan kostum seksi yang Izara gayakan. Percayalah Izara sudahpun berubah dan tidak akan pakai lagi pakaian sedemikian. Ya, dulu Izara memang seksi tetapi seiring dengan kematangan usia, Izara sudah boleh membezakan mana yang baik dan yang buruk," jelas Izara yang mengakui ketika video tersebut dirakamkan, usianya belum mencecah 18 tahun.

Kesian Pak Cik ni....40 tahun dambakan elektrik di bawah Pemerintahan BN



SEMANGGOL (KERIAN) - Ketika hampir semua kawasan di daerah Kerian pesat membangun, masih ada kawasan yang ‘terlepas pandang’ sehingga penduduknya terpaksa bergelap dan tidak mendapat bekalan air sempurna.

Situasi ini dialami kira-kira lima keluarga menetap di Kampung Matang 36, dekat Jalan Kerian yang terpaksa hidup tanpa kemudahan bekalan itu sejak 40 tahun lalu.
 

Salah seorang penduduk, Baharuddin Arip, 57, mendakwa, beliau sudah beberapa kali membuat permohonan mendapatkan bekalan elektrik kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Pejabat Daerah dan Tanah (PDT) Kerian tetapi tidak berjaya dengan alasan penduduk kampung tidak mencukupi untuk menyalurkan bekalan itu.
 

“Kami dimaklumkan kos membina pencawang elektrik sangat tinggi dan pihak berkenaan tidak mempunyai peruntukan secukupnya bagi menyediakan kemudahan elektrik kepada kami.
 

“Akibatnya, setiap penghuni rumah terpaksa bergantung kepada dua mesin jana kuasa elektrik dan sebuah pam air untuk mendapatkan bekalan bagi tempoh terhad,” katanya.
 

Katanya, lebih membebankan, penduduk terpaksa memperuntukkan kos bahan api lebih RM300 sebulan semata-mata untuk memastikan rumah mereka mendapat bekalan elektrik bermula jam 7 pagi hingga 11 malam setiap hari.
 

Seorang lagi penduduk, Mat Nasir Ahmad, 80, berkata, pihaknya menghantar surat rayuan kepada PDT Kerian pada bulan November 2006 untuk memohon kelulusan pembinaan infrastruktur jalan raya, penyediaan bekalan elektrik dan air kerana mereka terpaksa melalui jalan kebun untuk keluar ke pekan.
 

Menurutnya, susulan pembinaan bangunan Pusat Latihan Khidmat Negara (PLKN) Matang Timbul terletak berdekatan kampung itu, pihak berkenaan membina jalan berturap selain Kementerian Kesihatan menyediakan dua punca air bersih dari telaga asli.
 

“Bagaimanapun, usaha penyambungan bekalan elektrik gagal diselesaikan pada masa itu dan tidak diteruskanhingga kini.
 

“Sudah puas kami mengadu, permohonan kami ditolak ke sana dan ke mari ibarat seperti bola dengan alasan jumlah penduduk di kampung ini tidak cukup.
 

“Saya kesal kerana kampung yang dikelilingi kawasan yang pesat membangun masih terpinggir daripada kemudahan asas,” katanya.
 

Dalam pada itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semanggol, Ramli Tusin menggesa pihak bertanggungjawab tidak meminggirkan kawasan kampung di pedalaman, lebih-lebih lagi ada bangunan PLKN berdekatan kampung itu.
 

Menurutnya, kesemua pemilik rumah berkenaan memiliki geran tanah dan inisiatif meluluskan penyaluran bekalan elektrik tidak seharusnya menjadi sukar.
 

“Saya akan mengemukakan masalah ini terhadap pihak berkenaan memandangkan ia melibatkan keperluan asas rakyat.
 

“Agak menghairankan tiada inisiatif diambil dan perkara ini perlu diselesaikan segera memandangkan semua rakyat berhak mendapat kemudahan asas daripada kerajaan,” katanya.
 

Sementara itu, Timbalan Pengarah Pilihan Raya Dun Semanggol, Zaini Cha menegaskan usaha pemasangan bekalan elektrik di kampung Matang 36 agak sukar disebabkan pihak terlibat perlu mendapatkan keizinan puluhan tuan tanah bagi membolehkan pemasangan tiang elektrik dibuat.
 

Menurutnya, jarak kampung sejauh 3.2 kilometer dari kampung berdekatan turut menyebabkan kos pemasangan bekalan elektrik sangat tinggi.
 

“Justeru, kami mungkin mencadangkan penggunaan panel solar yang lebih menjimatkan kos kepada lima keluarga terlibat bagi membolehkan mereka menikmati kemudahan bekalan elektrik seperti orang lain,” katanya.

Ingat kes gadis ini diculik? Ini cerita terbaru





SEBAHAGIAN daripada lima suspek berjalan keluar dari Mahkamah Majistret Johor Bahru semalam.

JOHOR BAHRU – Lima lagi suspek yang disyaki terbabit dalam kes menculik juruhebah (DJ) stesen radio Best 104, Johor pada Sabtu lalu selepas mangsa dikatakan menolak cinta seseorang Ahad lalu diberkas semalam menjadikan penculik yang ditahan setakat ini meningkat kepada tujuh orang. 

Pada Ahad lalu, polis memberkas dua suspek termasuk bekas kekasih juruhebah yang popular dengan panggilan JD itu. 

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Datuk Dr. Hashim Haron berkata, kelima-lima suspek yang berumur 15 hingga 21 tahun itu ditahan di sekitar negeri ini pada pukul 2 pagi. 

Kelima-lima suspek itu direman bermula semalam hingga 8 Oktober depan manakala bekas kekasih JD dan seorang lagi suspek direman sehingga 7 Oktober ini.

Wednesday, September 19, 2012

Harta Taib Mahmud dan Kroni Berjumlah RM64 Bilion?


 
Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

[Baca berita penuh]
azlan
P/s: Menjawablah nanti, kalau tidak di dunia, di alam satu lagi.