
Oriental Daily melaporkan seorang jurutera di Hong Kong mengaku bersalah kerana mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia 12 tahun.
Cheng Chi Chung, 29, mendapatkan perkhidmatan seks daripada laman sesawang pelacuran ketika isterinya ke luar negara kerana urusan perniagaan. Dia dilaporkan meminta dua orang remaja dihantar ke rumahnya 29 Ogos tahun lepas.
Seorang daripada gadis yang telah dihantar oleh bapa ayam hanya berusia 12 tahun lapan bulan. Kanak-kanak itu hanya dikenal sebagai X oleh mahkamah apabila kes itu dibicarakan.
Walaupun mengetahui umur kanak-kanak itu dan keadaannya yang sedang haid, Cheng tetap mengadakan hubungan seks dengannya tanpa sebarang perlindungan. Dia kemudiannya memberi kanak-kanak itu HK$1 500 (RM581).
Cheng mengaku bersalah mengadakan hubungan seks dengan kanak-kanak berusia di bawah 13 pada hari Jumaat. Mahkamah juga telah menetapkan 16 Mac ini untuk menjatuhkan hukuman. <
No comments:
Post a Comment