Alaska – Seorang budak perempuan berusia tiga tahun meninggal dunia manakala adiknya yang berumur setahun mengalami hypothermia selepas mereka ditinggalkan di dalam sebuah bilik dengan tingkatnya dibuka sebagai hukuman kerana kencing malam, ketika cuaca sejuk mencecah suhu bawah 30 darjah selsius.
Berikutan itu, ibunya Esther G. Edwards-Gust serta teman lelakinya, Richard Tilden Jr. didakwa kerana menyebabkan kematian budak tersebut.
Menurut pihak berkuasa, Tilden dilaporkan membuka tingkap berkenaan bagi menghilangkan bau kencing selepas dua kanak-kanak berkenaan kencing di atas tilam yang mereka tidur.
Ketika kejadian, ibunya tidak berada di rumah kerana keluar bekerja.
Tilden memberitahu polis, dia hanya menyedari kedua-dua kanak-kanak itu tidak memberikan sebarang tindak balas ketika dia mahu menukar pakaian mereka.
Dia kemudiannya memanggil 911 namun kanak-kanak itu gagal diselamatkan.
Tilden ditahan pada hari yang sama dan siasatan polis mendapati kandungan alkohol dalam badannya mencecah 0.164, iaitu dua kali lebih rendah daripada had yang dibenarkan untuk memandu.
Dia turut memaklumkan kepada polis bahawa kunci pintu telah rosak, menyebabkan ia sukar dibuka dari dalam.
No comments:
Post a Comment