Nak Duit? Klik Di Sini Cepat..

Wednesday, September 19, 2012

Harta Taib Mahmud dan Kroni Berjumlah RM64 Bilion?


 
Laporan menggemparkan yang dikeluarkan oleh NGO berpangkalan di Switzerland Bruno Manser Fund (BMF) menganggarkan aset keluarga Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud sebanyak AS$21 bilion (RM64 bilion).

Kekayaan Taib sahaja dianggarkan sebanyak AS$15 bilion (RM46 bilion), sekali gus menjadikannya lelaki terkaya di Malaysia, mengatasi hartawan Robert Kuok dengan AS$12.5 bilion.

Laporan berjudul “The Taib Timber Mafia: Facts and Figures on Politically Exposed Persons from Sarawak, Malaysia” dikeluarkan di Brussels hari ini ketika Menteri Perusahaan Perladangan Dan Komoditi Tan Sri Bernard Dompok melawat Suruhanjaya Eropah.

Ia laporan pertama mengupas secara terperinci aktiviti perniagaan dan kekayaan peribadi 20 anggota keluarga Taib di Malaysia, Australia, Kanada, Hong Kong, United Kingdom, Amerika Syarikat dan lain-lain negara.

[Baca berita penuh]
azlan
P/s: Menjawablah nanti, kalau tidak di dunia, di alam satu lagi.

Aksi Pengguna Tandas Hotel Mewah Di Perhatikan Orang


Ketika pelawat sebuah hotel eksklusif di New York boleh menikmati pemandangan indah dari tandas di tingkat 18 bangunan itu, keadaan yang sama tidak dirasai orang lain yang ada di sekitar kawasan berkenaan. Pelanggan Kelab Boom Boom Boom di Hotel Standard di Manhattan dapat melihat ke luar melalui kaca yang menjadi lantai, dinding dan siling di tandasnya.


Pada masa sama, kaca itu juga membolehkan orang lain melihat aksi mereka di tandas. Keadaan itu membimbangkan sesetengah pengguna tandas kerana tiada sebarang notis diletakkan mengenai situasi berkenaan. Lebih memalukan, sesetengah aksi mereka turut dirakam orang tidak dikenali yang melihat mereka dari bawah. Pelancong dari Melbourne, Australia, David Langdon, 55, berkata melihat ke luar dari tandas itu memang menyeronokkan.

“Tetapi pemandangan di dalam tandas amat menakutkan,” katanya. Menurut Langdon, dia melihat pejalan kaki melambai ke arahnya dari bawah.


Katanya, keadaan itu bukan sesuatu yang diharapkan apabila seseorang membuang air. Deretan mangkuk tandas pada dinding bilik itu dibina berhampiran dengan tingkap kaca dan ia membolehkan orang lain melihat setiap pergerakan yang ada di situ. Pemilik premis itu juga tidak memasang langsir atau bidai bagi melindungi pengguna tandas berkenaan. Menurut sumber, hotel berkenaan memang popular di kalangan selebriti.

Antara bintang yang pernah menggunakan tandas itu ialah Leonardo DiCaprio dan Cameron Diaz. Walaupun ada yang menyuarakan rasa tidak puas hati, sesetengah pengguna lain tidak keberatan aksi mereka dalam tandas menjadi tontonan. Malah, ada antara mereka sempat melambai ke arah orang lain yang melihatnya dari bawah. Pengurus hotel berkenaan pula enggan memberikan sebarang komen ketika dihubungi media.




Tuesday, September 18, 2012

Ayu Raudhah Bertudung Tetapi Berbogel


Semalam 13 september 2012, pihak buahmulut telah memuatnaik beberapa keping gambar Ayu Raudhah dalam Majlis Pratonton filem Tiga Hari lakonan Ayu Raudhah, Afdlin Shauki, Shidi dan Vanida Imran.

GAMBAR AYU RAUDHAH DITEGUR

Gambar itu telah mencetuskan kontroversi apabila ayu yang kini imej bertudung dilihat tampil ke majlis tersebut dengan menampakkan pakaian dalam dibalik baju yang digayakan.

Berikut adalah petikan dari blog buahmulut.com :

"Seorang pembaca BM yang mengaku dirinya sebagai seorang peminat Ayu Raudah melahirkan rasa dukacita terhadap gambar yang kami paparkan tersebut. Dibawah kami siarkan tulisan peminat tersebut yang kami petik tulisanya menerusi email dan diolah sedikit agar mudah difahami maksudnya.

“Hai admin Buahmulut, saya ada ternampak beberapa keping gambar Ayu Raudah yang pihak tuan upload di portal dan juga Fan Page. tapi saya macam ternampak sesuatu yang berwarna Pink. betul ke apa yg saya nmpk tu? ke saya salah pandang. Kalau betullah harap lain kali Ayu Raudah kena lebih berhati – hati dengan pakaian yang dipakaianya. Nampak macam berpakai & bersarung tapi hakikatnya sama seperti berbogel. mungkin dia tak sedar kot baju macam tu. tapi tu la lain kali kena hati2. jadinya sebagai satu pengajaran. ok 10q”

Bertudung Tapi ‘Bogel

Putera William Dan Kate Middleton Di Taman KLCC


Pasangan diraja Britain Putera William dan Kate Middleton membuat kemunculan & sempat turun padang melawat serta beramah mesra bersama hadirin. Kehadiran pasangan ini dimulakan dengan lawatan ringkas ke masjid As-Syakirin sebelum bergerak ke Taman Rekreasi KLCC untuk bertemu orang ramai yang sedia menunggu.


Seawal jam 8.00 pagi lagi, rakyat Malaysia yang ingin bertemu & melihat secara dekat pasangan diraja ini mula berkumpul di Taman Rekreasi KLCC. Dianggarkan lebih kurang 7000 orang menyertai pertemuan pada pagi ini.

Selain beramah mesra bersama rakyat Malaysia, pasangan diraja ini juga turut disajikan dengan persembahan kebudayaan yang telah dirancang rapi. Kami juga turut berasa teruja melihat sambutan yang begitu hangat oleh rakyat Malaysia ketika kemunculan pasangan diraja ini. Pasangan diraja ini akan berlepas ke Kepulauan Borneo petang ini.









Apple Memperkenalkan iPhone 5


Apple iPhone 5 dilancarkan secara rasmi. Apple memperkenalkan iPhone 5 yang didatangkan dengan reka bentuk iPhone paling nipis tetapi menampilkan skrin lebih besar bersaiz empat inci. Model terbaru dalam siri iPhone itu diperkenalkan kepada umum oleh Naib Presiden Kanan Apple, Phil Shiller.

iPhone 5 Dilancarkan

Sekali imbas, iPhone 5 kelihatan sama seperti model sebelum ini, cuma lebih panjang dan nipis. Ia didatangkan dengan paparan 1,136 x 640 piksel, teknologi 4G LTE, chip A6 dan seberat 112 gram.

Antara ciri paling dipertingkatkan ialah kameranya yang kini didatangkan dengan pengimbas 8 megapiksel, resolusi 3,264 x 2,448 piksel dengan teknologi iluminasi di bahagian belakang, penapis IR hibris, lensa lima ciri, bukaan f2.4 selain boleh mengambil gambar panorama. Kamera video iPhone 5 didatangkan dengan kualiti HD 1080p.

Berbanding model terdahulu iaitu iPhone 4S, iPhone 5 lebih nipis sebanyak 18 peratus dan 20 peratus lebih ringan.


Apple Memperkenalkan iPhone 5

iPhone 5

Cara Pakatan Rakyat Turunkan Harga Kereta - Anwar Ibrahim

Gadis Kilang Ini Direman. Mengapa? Sila Baca...


PEKERJA kilang yang direman dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Petaling Jaya semalam bagi membantu siasatan kes mencampak bayi.

PETALING JAYA - Seorang ibu muda yang dipercayai tergamak mencampak bayinya hidup-hidup dari tingkat 3 Blok 1, Flat Desa Mentari di sini sebaik sahaja anaknya selamat dilahirkan direman sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan kes perbuatan kejam itu. 

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, perintah reman itu dikeluarkan oleh Majistret Mahkamah Petaling Jaya, Suraya Syawal pada pukul 11.30 pagi semalam. 

"Mahkamah membenarkan suspek direman tujuh hari bermula hari ini (semalam) untuk membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," kata beliau ketika dihubungi Kosmo!. 

Menurut beliau, laporan bedah siasat ke atas mayat bayi yang cukup sifat itu mengesahkan mangsa mati akibat mengalami kecederaan serius di kepala. 

"Bayi itu mengalami kecederaan teruk di kepala selepas dicampak dari tempat tinggi sebelum terhempas ke bawah," kata beliau. 

Arjunaidi memberitahu, suspek yang berusia 20 tahun dan belum berkahwin itu melahirkan bayinya secara sendirian ketika dia berada seorang diri di rumah keluarganya. 

Difahamkan bayi yang cukup bulan itu merupakan anak hasil hubungan suspek yang bekerja di sebuah kilang dengan teman lelakinya. Bagaimanapun, keluarga suspek tidak menyedari gadis itu mengandung. 

Polis setakat ini tidak menyiasat atau menahan kekasih suspek kerana belum ada keperluan dengan kes bunuh yang dihadapi suspek wanita itu. 

Suspek yang memakai baju T warna hitam, bertudung, berjaket merah jambu, berkain sarung batik, berstoking dan berselipar kelihatan bersahaja ketika diperintahkan ditahan reman oleh majistret. 

Wanita itu yang tidak ditemani ahli keluarga ketika dibawa ke mahkamah masih dirawat di Pusat Perubatan Universiti Malaya. 

Semalam akhbar melaporkan, seorang bayi perempuan ditemui mati dipercayai dicampak dari tingkat tiga flat Desa Mentari di sini. 

Polis yang memeriksa mayat bayi itu kemudian menahan seorang gadis yang kelihatan lemah selepas dipercayai baru lepas bersalin di tingkat tiga blok 1 di rumah flat itu. 

Ketika ditemui, bayi yang masih bertali pusat itu sudah tidak bernyawa lagi.

Thursday, September 13, 2012

Mamat Ini Dedah Ada Artis Dibayar Ribuan Ringgit Untuk Burukkan Kerajaan



PETALING JAYA: Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi mendedahkan terdapat segelintir artis dibayar puluhan ribu ringgit oleh parti politik tertentu dalam usaha menghasut rakyat membenci kerajaan. 

Zed atau nama sebenarnya Rozaidi Abdul Jamil,32, berkata, artis-artis berkenaan akan hadir dalam ceramah-ceramah anjuran parti politik berkenaan dan mereka akan diberi imbuhan yang nilainya melebihi jumlah bulanan ketika mereka aktif dalam dunia seni sebelum ini. 

“Hasil maklumat yang kami peroleh, artis-artis yang cenderung kepada parti politik tertentu dengan menyertai ceramah-ceramah mendapat imbuhan berlipat ganda berbanding ketika mereka aktif dalam bidang seni. 

“Jumlah pendapatan itu mencecah puluhan ribu ringgit sebulan bergantung kepada banyak mana program ceramah yang mereka sertai dalam masa sebulan,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi di sini, Khamis. 

Zed diminta mengulas mengenai kecenderungan segelintir artis yang mengaku sudah berhijrah tetapi bertindak menyertai parti politik tertentu dengan menghasut rakyat membenci kerajaan. 

Kata Zed, tidak ada artis yang akan melakukan kerja secara suka rela setiap masa kerana mereka tidak mempunyai pekerjaan tetap sebaliknya mereka melaksanakan sesuatu tanggungjawab itu untuk mendapat imbuhan. 

Katanya, parti politik berkenaan pula terpaksa menggunakan artis kerana golongan berkenaan mempunyai pengaruh kuat dalam menarik orang ramai menghadiri ceramah yang dianjurkan. 

Malah ujarnya, ada juga artis yang terpaksa berbuat demikian untuk mengalih perhatian bagi menutup kisah hitam masing-masing sebelum ini. 

“Ada juga artis yang berhijrah tetapi bukannya benar-benar berhijrah sebaliknya sekadar mahu menutup kisah buruk diri yang pernah dilakukan semasa bergelar artis. 

"Ia bukan langkah yang bijak sebaliknya mereka hanya dipergunakan untuk kepentingan pihak tertentu sebelum pilihan raya umum sahaja. 

“Selepas pilihan raya, saya pasti artis-artis ini akan senyap kerana sudah tiada jemputan untuk mereka sertai ceramah,” katanya. 

Ditanya benarkan golongan berkenaan tidak mendapat tempat di persada seni kerana penghijrahan yang dibuat Zed berkata, perkara itu sebenarnya tidak berlaku jika perubahan berkenaan dilakukan dengan ikhlas dan baik. 

Bagaimanapun apa yang dikesalkan golongan berkenaan mengambil pendekatan memburuk-burukkan dunia seni sendiri serta menghentam pihak-pihak tertentu. 

“Kalau nak berubah tu, berubahlah! Tak ada siapa yang larang tetapi mereka berubah dengan mengutuk dan menghina orang lain. Sebab itulah secara tidak langsung mereka diketepikan,” jelasnya. 

Sehubungan itu Zed berkata, sekiranya terdapat mana-mana artis yang mahu berubah mereka diminta untuk tidak terlibat dalam kancah politik kerana ia akan merosakkan reputasi diri mereka sendiri. 

P/s: Malas nak komen pasal mamat nie..dah la tak laku berlakon. pastu sibuk ja nak komen sana sini. cari populariti murahan ja. 

Persatuan Pengedar Kereta sokong Pakatan turun harga kereta. Pencacai umno bagaimana?




KUALA LUMPUR 13 September: Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli memberitahu, Persatuan Pengedar Kereta dan Syarikat Pinjaman Kuala Lumpur Selangor menyokong penuh dasar Pakatan Rakyat (Pakatan) untuk menurunkan harga kereta. 

Menurutnya, perbincangan tertutup selama dua jam yang diadakan di Ibu Pejabat KEADILAN itu semalam menyentuh seluruh aspek dalam usaha menjayakan manifesto penurunan harga kereta. 

“Kita dah berbincang dengan persatuan terbabit dan mereka memuji usaha kita dan ada yang memberi kritikan membina. Kita ambil serius usaha ini dan akan terus menghalusi semua cadangan agar ia dapat dilaksanakan,” kata Rafizi dalam sidang medianya. 

Presiden persatuan itu, Khoo Kah Jin memaklumkan, pihaknya menyokong usaha berkenaan dan perbincangan tersebut telah mencapai beberapa persetujuan bersama dalam kaedah menurunkan harga kereta. 

Antaranya, mereka sepakat agar cukai eksais tidak diturunkan secara mendadak dan pengagihan Permit Import (AP) dibuat secara tender terbuka. 

“Saya juga telah meminta Presiden Automotif Malaysia (MAA) untuk berjumpa dengan saya dan berbincang sekali mengenai perkara ini,” kata Khoo. 

Beliau juga mencadangkan supaya hutang pinjaman kereta selama 9 tahun dipendekkan kepada tujuh tahun kerana katanya, selepas tempoh 9 tahun, harga pasaran kereta akan jatuh teruk. 

“Kereta terpakai juga patut dieksport seperti yang dilakukan kebanyakan negara,” katanya. 

Tambah beliau, peraturan kenderaan berat seperti lori yang melebihi lima tan perlu mendapat permit harus dihapuskan. 

“Ia hanya mengecilkan pasaran lori dalam negara. Cuma negara kita yang ada peraturan sebegitu,” kata Khoo lagi. 

KEADILAN mengambil serius pelaksanaan penurunan harga kereta justeru pelbagai kempen dilakukan bagi meningkatkan kesedaran rakyat bahawa harga kereta di Malaysia boleh diturunkan. 

Bermula Ogos lalu, pelekat kereta kempen Turun Harga Kereta telah diagihkan di seluruh negara dan ternyata orang ramai terutama golongan ‘atas pagar’ menyokong usaha itu. 

Langkah seterusnya adalah membincangkan kaedah terbaik bagi merealisasikan cadangan itu secara umum bermula di Forum Turun Harga Kereta malam ini di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur Selangor pada jam 8 malam. 

Selain Rafizi, forum itu menampilkan lain-lain panel seperti Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad; Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua; Naib Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah), Wan Saiful Wan Jan, dan Ketua Penerangan KEADILAN, Nik Nazmi bertindak sebagai moderator.

Setiausaha Kerja Umno Hulu Terengganu Ditahan Polis kerana sumbang mahram?



KUALA TERENGGANU – Naib Ketua Pemuda PAS Negeri Terengganu Ustaz Kamaruzaman Abdullah berkata beliau diberitahu Setiausaha Kerja (SUK) Umno Bahagian Hulu Terengganu telah ditahan oleh pihak polis.

Katanya, SUK Umno itu ditahan kerana disyakki melakukan perbuatan terkutuk sumbang mahram dengan anak tirinya.
 

“Pagi tadi saya pergi beraya di balai polis Kuala Berang,  dia berbisik kepada saya…. (katanya)Ustaz tahu tak…. ..SUK Bahagian Umno Hulu Terengganu kena tangkap, (sekarang) ada di lokap,

“beristeri dua orang dah, tapi dia lakukan sumbang mahram dengan anak tirinya,”ujarnya menceritakan kepada para hadirin.

Menurutnya, pihak polis telah menjalankan siasatan ekoran dari aduan yang diterima daripada bapak saudara perempuan terbabit.

Kataya, apabila polis menjalankan siasatan, didapati budak perempuan tersebut  mengandung dan telah pun melahirkan anak.

Ustaz Kamaruzaman yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu berkata demikian ketika beliau menyampaikan ucapan dalam Majlis Pidato Khas Memperingati Peristiwa Ahzab di Kampung Banggol Binjai, Tepoh, dekat sini pada Ahad malam 9 September.

Beliau yang dihubungi semalam, Selasa 11 September,  mengesahkan perkara tersebut.

Ustaz Kamaruzaman juga memaklumkan, ada pihak tertentu yang sedang berusaha memujuk bapa saudara perempuan supaya menarik balik laporannya kepada pihak polis.

Justeru beliau berharap perkara tersebut dapat diadili dan pesalah terbabit dibawa ke mahkamah secepat mungkin.

PANAS: 'Skandal' Menteri Besar Negeri Sembilan Bakal Didedahkan. Kah kah kah....


Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, beliau akan membuat pendedahan baru dalam tempoh dua minggu - dakwaan skandal melibatkan Menteri Besar Datuk Seri Negeri Sembilan Mohamad Hassan.

Bercakap dalam majlis makan malam PKR di Seremban semalam, Rafizi menyifatkan perkara itu sebagai "berita baik" kepada pemimpin pembangkang dan penyokong Pakatan Rakyat.
 

"Dalam tempoh dua minggu, saya akan dedahkan skandal melibatkan Mohamad Hassan," katanya disambut tepukan gemuruh kira-kira 300 peserta dalam majlis itu.

Rafizi sebelum ini menjadi perhatian apabila 'meletupkan' isu National Feedlot Corporation (NFC) milik bekas menteri Datuk Seri Shahrizat Jalil, yang kemudian mengheretnya dalam saman fitnah di mahkamah.

Malam tadi, menceritakan perkembangan kesnya, Rafizi berkata, peguam NFC telah menulis kepada pasukan pembelaannya untuk menggantung sekejap kes itu.

Beliau percaya tindakan itu ada kaitan dengan tarikh pilihan raya yang semakin hampir.

Wednesday, September 12, 2012

Remaja dicekup Berkemban Tanpa Pakaian Dalam



Pelajar IPTA yang dicekup berkemban tanpa pakaian dalam bersama teman lelakinya dalam sebuah hotel masuk ke kamar mahkamah untuk proses pendakwaan.

DUNGUN - Seorang remaja perempuan yang masih menuntut di sebuah institusi pengajian awam, bukan sahaja nyaris meringkuk di penjara, malah bakal berhadapan hukuman disingkir daripada universiti, apabila dia didapati bersalah oleh mahkamah atas tuduhan jenayah syariah yang dilakukan bersama pasangannya. 

Remaja terbabit, 19, dihadapkan ke Mahkamah Rendah Syariah Dungun pagi semalam, atas tuduhan persediaan melakukan persetubuhan bersama pasangannya, seorang buruh, Mohd Saiful Mohd Nor, 24. 

Pasangan ini didakwa mengikut Seksyen 29 (a) (b) Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Takzir Negeri Terengganu 2001, jika sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman denda maksimum RM3,000 atau dua tahun penjara atau kedua-duanya sekali. 

Mengikut kertas pertuduhan, tertuduh ditahan sepasukan pegawai penguatkuasa syariah (PPS) di sebuah bilik hotel, kira-kira jam 12.30 pagi, 6 ogos lalu. 

Ketika serbuan dilakukan, pasangan lelaki yang didapati tidur dalam keadaan berselimut atas katil hanya memakai ‘boxer’ manakala tertuduh wanita berkemban dengan tuala tanpa memakai pakaian dalam. 

Siasatan mendapati mereka bukan mahram. 

Coli, seluar dalam wanita, seluar jeans serta tudung antara barang kes yang dirampas sebagai bahan bukti. 

Kedua-dua tertuduh bagaimanapun nyaris bermalam di tirai besi apabila Hakim Syarie, Shamsuddin Ngah memerintahkan mereka dikenakan hukuman denda RM2,700 atau penjara dua bulan. 

Kedua-dua tertuduh yang berasal dari Felda Kerteh Tiga itu yang mengaku bersalah sebelum membuat rayuan agar diringankan hukuman akhirnya menjelaskan denda masing-masing. . 

Pendakwaan dikendalikan oleh Pendakwaraya Syarie, Mustaffar Hamzah manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Najib, Rosmah Berdansa...

Kondom dalam Ayam KFC?



Seorang lelaki terkejut apabila tengah layan mengunyah ayam goreng KFC, secara tiba-tiba dia menjumpai cebisan plastik di dalam tepung goreng KFC. Selepas diselidiki, cebisan plastik itu adalah kondom! amat mengejutkan!!
http://i.imgur.com/of12Z.jpg

http://i.imgur.com/p9g3e.jpg

http://i.imgur.com/srsFp.jpg
Namun, anda semua jangan risau sebab kes ini berlaku di cawangan KFC di China dan bukan di Malaysia. Apapun ia bernaung dibawah bumbung yg sama.

Thursday, September 6, 2012

Gambar Sebenar Wajah Laksamana Hang Tuah


Orang ramai kini boleh melihat gambar wajah sebenar Laksamana Hang Tuah selepas gambar pahlawan itu dicetak di atas setem eksklusif keluaran Persatuan Sejarah dan Warisan Melayu Duyong (Pesawad).


Pengerusi Pesawad, Khalid Hussin berkata, wajah pada setem itu menyamai 99 peratus wajah pahlawan Hang Tuah yang terkenal ketika pemerintahan Kesultanan Melaka pada abad ke-15.

Gambar ini milik peribadi Ahli Bersekutu Pesawad, Datuk Dr Ibrahim Ghaffar yang bersetuju untuk mendedahkan dan berkongsi wajah Hang Tuah kepada orang ramai selepas Pesawad mengemukakan permohonan pada Jun lalu.

“Setem ini terhasil dalam tempoh sebulan iaitu selepas Pejabat Pos Malaysia meluluskan permohonan pengeluaran eksklusif oleh Pesawad seminggu sebelum Ramadan lalu,” katanya kepada pemberita, di Duyong, semalam.

Khalid berkata, setem memaparkan wajah Hang Tuah yang telah mula digunakan untuk penghantaran Kad Raya oleh Pesawad itu diwujudkan bertujuan menaikkan jati diri orang Melayu.

“Kita perlu bangga sebagai Melayu yang pernah unggul pada zaman kesultanan Melayu Melaka suatu ketika dahulu dan sebab itu setem ini dikeluarkan.

“Selain itu, Pesawad menjadikan ia sebagai salah satu aktiviti untuk mendapatkan dana persatuan yang ditubuhkan sejak 2010,” katanya.


Menurutnya, satu set setem mengandungi 10 keping setem dijual dengan harga 60 sen setiap satu, tidak dijual di Pejabat Pos dan Pesawad satu-satunya pihak  diberi kebenaran itu menjual setem tersebut.

“Orang ramai boleh mendapatkan setem ini dengan menghubungi Ahli Jawatankuasa Pesawad menerusi talian 012-915 1187 atau 013-309 8210 dan belian perlu dibayar melalui kiriman wang,” katanya.

Sementara itu, Dr Ibrahim berkata, potret lukisan Hang Tuah itu terhasil pada 1989 selepas  beberapa kali bertemu dengan pahlawan itu di alam ghaib bermula pada 1988.

“Selepas beberapa kali bertemu dan wajah sama tampil, saya tidak ragu-ragu lagi bahawa memang dialah Hang Tuah lalu saya minta bantuan seorang rakan melukis potret Hang Tuah berdasarkan cerita saya,” katanya.

Abang Bunuh Adik Sendiri Kerana TV


Bunuh Adik Sendiri Kerana TV. Perebutan siaran televisyen antara dua beradik di Kampung Telaga Papan, Kemaman malam kelmarin membawa padah apabila si adik ditikam mati oleh si abang.

Ahmad menunjukkan lokasi kedua-dua anaknya bergelut sehingga menyebabkan si adik mati ditikam di Kampung Telaga Papan, Kemaman kelmarin.
Mangsa yang terbunuh dalam kejadian pada pukul 8 malam itu ialah Abdul Hisham Ahmad, 23.

Sebelum tragedi itu, Hisham dan abangnya yang berusia 37 tahun itu dikatakan sudah berselisih faham kerana berebut sebuah motosikal.

Pergaduhan itu bertambah buruk apabila dua beradik itu kemudian berebut siaran televisyen. Ketika bergaduh kedua-dua beradik itu kemudian bergelut menyebabkan si abang didakwa mencapai satu objek tajam dan menikam bahagian badan mangsa.

Isteri mangsa, Ruhil Amani Shaharuddin, 17, berkata, abang iparnya itu memarahi suaminya yang ketika itu sedang menonton televisyen kerana televisyen tersebut dibeli oleh abang iparnya.

“Ketika itu saya baru selesai sembahyang Maghrib dan saya lihat suami dan abang ipar bergelut. Saya kemudian minta tolong bapa mertua meleraikan pergelutan tersebut,” cerita Ruhil ketika dihubungi.

Berikutan itu, Ruhil memberitahu, bapa mertuanya, Ahmad Din, 59, yang semasa kejadian berada kira-kira dua meter dari tempat kedua-dua beradik itu bergelut memarahi abang iparnya.

Wednesday, September 5, 2012

(Video) Amanda Fong, Isteri Mengandung Didera Suami

Anggota polis berpaut pada cermin kereta


HUN-CHEOL kemudian berpaut pada cermin kereta itu.

BUSAN, Korea Selatan - Seorang anggota polis trafik di sini digelar sebagai John McClane Korea Selatan selepas dia meniru aksi hero filem Die Hard itu ketika menangkap seorang penjenayah, menurut media semalam. 

Saluran berita Amerika Syarikat, CNN melaporkan Kim Hyun-cheol, 33, disanjung sebagai wira kerana keberaniannya berpaut pada cermin hadapan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang suspek selama 25 minit bagi menghalang lelaki berkenaan daripada melepaskan diri. 

Hyun-cheol memperoleh ramai peminat di negara asalnya selepas klip video aksi lagak ngeri itu tersebar. 

Menurut akhbar tempatan, Joongang Daily, Hyun-cheol pada mulanya meminta suspek berhenti selepas melihatnya membuat pusingan U secara haram di pusat bandar di sini. 

Bagaimanapun semasa dia menulis saman untuk kesalahan tersebut, lelaki berkenaan yang dikenali dengan nama keluarganya, Jeong mula memecut kenderaannya. 

Selama 25 minit kemudian, suspek itu memecut keretanya dengan anggota polis berkenaan berpaut pada cermin kenderaan itu. 

"Dia (suspek) seperti takutkan sesuatu. Dia cuma membuka sedikit tingkap keretanya," kata Hyun-cheol menurut akhbar Joongang Daily. 

Akhirnya, lelaki itu terpaksa menghentikan keretanya kerana kesesakan lalu lintas. 

Dia kemudian ditangkap semasa cuba melarikan diri. 

"Saya nekad berpaut kereta itu kerana saya mengesyaki dia seorang penjenayah," jelas Hyun-cheol. 

"Saya ingat saya akan mati. Saya tetap berpaut kerana saya benar-benar mahu menangkap lelaki ini," ujarnya. 

Jeong kemudian didapati dikehendaki polis kerana beberapa kes jenayah berkaitan dadah. 

Menurut Hyun-cheol, dia mengalami luka kecil di dada dan kakinya dan memerlukan masa tiga minggu untuk sembuh sepenuhnya. 

CNN melaporkan Hyun-cheol telah dinaikkan pangkat selepas kejadian itu. 

Imej itu dirakamkan pada 26 Ogos lalu.

Sunday, September 2, 2012

Benarkah Gangnam Bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’?



Beberapa hari ini ada sistem pesanan ringkas (SMS) dan twitter yang berlegar dengan kata-kata berikut;  Gangnam bermaksud ‘Saya Ingin Menjadi Yahudi’ sebarkan untuk Agama Islam. #ShareThis ! Subhanallah.

Macam-macam sekarang nih.. yang penting kita perlu berhati-hati daripada terjebak perangkap golongan yang mahiu menyesatkan umat Islam. Ustaz Azhar Idrus pun telah menjawab berkenaan isu Gangnam Style nih.. baca sini.

Tapi yang pasti video Gangnam Style nih memang tidak senonoh serta meruntuhkan akhlak golongan remaja sekarang. Apa yang menarik berkenaan video nih Addin pun tak tau..
Benarkah itu maksud gangnam style? Blogger nih menghuraikan isu berkenaan;


Jangan Malukan Umat, Ini Maksud Sebenar ‘Gangnam’

Memang tak senonoh video clip Oppa Gangnam Style nyanyian PSY yang menjadi viral secara tiba-tiba di Asia dan Amerika Syarikat. Tetapi sesenonoh mana pula penyebaran dakyah kononnya untuk kebaikan umat Islam bahawa Gangnam bermaksud “Saya Ingin Jadi Yahudi” ?

Jawapannya tiada faedah, malah memalukan umat Islam kerana bila tiba ke pengetahuan masyarakat bukan Islam, umat Islam akan dipermalukan dengan celaan seperti ‘bodoh’ , ‘tak buat kajian’ dan ‘cetek ilmu’.

Jadi, apakah Gangnam itu?

Technically, ‘Gangnam’ means Seoul south of the Han River. (gang = river, nam = south) . But in general sense, when Koreans say Gangnam, they refer to a particular district called ‘Gangnam-gu’.This district, or gu, is one of the most well-off areas in Seoul, and here you can see the fanciest buildings and the busiest workers and students in Korea.

Seperti yang tertulis di Wikipedia :

Gangnam-gu is one of the 25 gu (local government districts) which make up the city ofSeoul, South Korea. It is one of the most affluent areas of Seoul and is located in the southeast of the city. It is served by Seoul Subway Line 2, Seoul Subway Line 3, Seoul Subway Line 7, Seoul Subway Line 9, Bundang Line and the Sin Bundang Line. 
Menurut orang Korea, Gangnam-gu merupakan kawasan dalam Seoul yang dihuni artis-artis, penuh dengan bangunan rekaan moden, mahal, ada style dan mereka menyamakan Gangnam dengan Beverly Hills di Amerika Syarikat.

Oppa pula ialah panggilan hormat mereka kepada lelaki yang lebih tua seperti kita menyebut ‘abang’ atau ‘encik’ . Maka mamat gemok yang popular tiba-tiba itu menyanyikan lagu yang bertajuk ‘ cara encik gangnam’.

Negara Yahudi sebesar Amerika Syarikat pun tak pernah ada tempat dengan nama bermaksud “I wanna be Jews”.

Seharusnya kita tidak sembrono menyebarkan sesuatu yang memalukan kita umat Islam secara keseluruhan akibat perbuatan dangkal hasil tangan puak-puak tertentu yang belum tentu lagi kita tahu pegangan akidah mereka. Boleh jadi ia dilakukan oleh orang kafir sendiri bagi memalukan umat Islam