Gambar Bangunan Domina Pizza Ada Salib. Hal ini telah mencetus kontroversi apabila wujudnya salib dan gereja atas restoran tersebut. Orang ramai boleh beranggapan bahawa orang melayu sekarang ini berpusu-pusu mengunjungi gereja sedangkan matlamat asal mereka ke sana adalah untuk makan Pizza. Berikut adalah gambar yang dimaksudkan.
Mengenai isu Domino’s Pizza berbumbung salib, Ustaz Hj. Abu Yaziz sebagai Penasihat Halal Domino’s Pizza Malaysia & Singapura tampil untuk memberikan penjelasan.
Terima kasih atas maklum balas dan pandangan yang diberikan mengenai kedai kami yang terletak di Manjung, Perak.
Merujuk kepada catatan blog dan laman sesawang yang dikongsi bersama, terima kasih kerana membawa perkara ini kepada perhatian kami. Kami memandang serius perkara ini dan telah mengambil langkah yang sewajarnya dengan mengadakan pertemuan dengan pihak berkuasa yang berkaitan dan masyarakat tempatan untuk menjelaskan kedudukan kami berhubung perkara yang dibangkitkan.
Kami peka terhadap sensitiviti semua agama dan bangsa dalam menjalankan perniagaan dan operasi kami. Semua cawangan yang kami kendalikan tidak bersekutu atau bergabung dengan mana-mana kumpulan agama atau berkaitan dengan mana-mana parti politik. Malah, kami telah memilih lokasi cawangan kami berdasarkan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan penghantaran pizza berkualiti kepada masyarakat tempatan.
Untuk makluman anda, Domino’s Pizza menandatangani perjanjian sewa premis kami yang sedia ada di Manjung, Perak pada 14 Mei 2012 dan kami telah memasuki premis tersebut pada 4 Jun 2012. Ini adalah sebelum kami dimaklumkan mengenai rumah ibadah yang beroperasi di tingkat atas premis semasa kerja-kerja pengubahsuaian kedai kami dilakukan. Kami ingin menekankan bahawa Domino’s Pizza tiada kaitan langsung dengan pertubuhan agama yang disebutkan kerana kami adalah entiti persendirian yang dikendalikan atas dasar perniagaan.
Untuk menangani selanjutnya beberapa perkara yang dikhuatiri masyarakat Manjung, Domino’s Pizza telah mengadakan sesi dialog untuk bertemu dan menjelaskan perkara ini dengan pihak berkuasa dan masyarakat tempatan pada 14 Jun 2012. Sesi dialog tersebut diadakan untuk menyelesaikan salah faham dan spekulasi kerana kami peka terhadap keperluan pelanggan kami.
Antara yang hadir ialah Jawatankuasa Halal dan Penasihat Halal Domino’s Pizza, Imam dari Masjid Daerah Manjung, Ahli Jawatan Kuasa Persatuan Masjid Daerah Manjung, wakil daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang beribupejabat di Kuala Lumpur, wakil dari Pejabat Kesihatan, Majlis Agama Islam Bahagian Manjung, dan masyarakat tempatan Manjung yang terdiri daripada pegawai bank, guru sekolah dan pembantu kedai. Sesi tersebut juga memaparkan latar belakang Domino’s Pizza sebagai sebuah syarikat perniagaan dan pengendali perkhidmatan makanan HALAL di Malaysia. Domino’s Pizza ialah sebuah organisasi yang diiktiraf sebagai “HALAL” oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), badan yang bertanggungjawab terhadap piawaian pensijilan halal bagi semua premis makanan. Kami memikul tanggungjawab ini secara serius dan memastikan bahawa semua cawangan kami beroperasi mengikut prosedur yang ditetapkan setiap hari. Kami juga mengambil langkah teliti untuk memastikan bahawa kami tidak melanggar Akta dan Peraturan Makanan HALAL, dan ini termasuk menjamin status HALAL bagi bahan makanan mentah, penyediaan makanan dan kebersihan premis, dapur dan kedai secara keseluruhan dan juga proses penyediaan makanan.
Kami peka terhadap keperluan pelanggan di Malaysia dan memahami betapa pentingnya memenuhi syarat dan peraturan yang ditetapkan oleh JAKIM. Kami ingin memaklumkan pelanggan kami bahawa premis kami diperiksa oleh pegawai JAKIM dari masa ke masa untuk memastikan pematuhan sepenuhnya kepada peraturan. Di samping itu, bahagian audit dalaman menjalankan audit HALAL setiap tiga bulan di semua premis Domino’s.
Sekali lagi, kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada anda atas maklum balas yang diberikan dan sekiranya anda memerlukan penjelasan lanjut, sila hubungi saya di halaman Facebook:
http://www.facebook.com/ustaz.abu.yaziz atau En Shamsul Amree, Timbalan Pengurus Besar Domino’s Pizza Malaysia & Singapore di email: shamsul.amree@dominos.com.my.
Yang ikhlas,
Ustaz Hj. Abu Yaziz @ Mohamad Bin Shafie.
Penasihat Halal
Domino’s Pizza Malaysia & Singapura.
(Mikenwill Group of Companies).
Buatlah di Masjid2, lagi strategik, jemaah islam lg suka nk dtg masjid. Permintaan dan penghantaran pun strategik sbb kebiasaan masjid menjadi "One stop centre"!
ReplyDeleteBerhubung/contact dengan AJK Masjid utk buat menu delivery, pasti ramai yg sokong!
Sekadar pandangan... kalau isu premis strategik
setuju dengan encik saufi. tapi apakan daya, ianya bukan milik bumi. jadi kecenderungan agak kurang ke arah itu. Bila ada isu mcm ni, barulah sibuk nak cari penyelesaian. sepatutnya mereka awal2 lagi memikirkan sensetiviti kaum lain.
ReplyDelete